08 Julai 2024

20 PERFUME PALING SESUAI DAN POPULAR BERSAMA HARGA TERKINI DI MALAYSIA

Semua kita perlu wangi dan manusia suka kepada wangian tetapi angian yang sesuai dengan hidung masing-masing..Minyak wangi ditakrifkan mengikut Kamus ialah sebagai campuran wangian pati atau aroma sebatian, bahan pengikat dan pelarut yang digunakan untuk memberikan "bau yang menyenangkan" kepada tubuh manusia, haiwan, makanan, objek, dan ruangan.

Minyak wangi ini menpunyai tiga (3) bahagian, Wangian yang paling kuat parfum sekitar 20 -30% dalam satu-satu wangian, Kedua Eau de Parfum, ada sekitar 15-20% dan ketiga Eau de Toilette sekitar 15-20%.

Berikut jenama yang popular di Malaysia dengan harga yang sesuai dan bau yang paling best..pilihan di tangan anda.

1. Acqua Digio Profondo RM550

2. Acqua Digio Profumo RM450

3. Blue De Chanel RM530

4. Carolina Harerra 212 Sexy Men RM360

5. D&G Intenso RM259

6. D&G The One RM229

7. Davidoff The Game RM148

8. Dior Farhenheit RM550

9. Dior Homme Intense RM508

10. Dior Sauvage RM600

11. Escada Sentiment RM190

12. JPG Le Male RM258

13. JPG Ultra Male RM229

14. Lacoste Blanc RM304

15. Pacco Rabbane Paco RM

16. Prada Luna Sport RM344

17. Versace Dylan Blue RM164

18. Versage Eros EDP RM305

19. YSL Y EDP RM550


16 Mei 2024

REALITI KEHIDUPAN ZAMAN SEKARANG

Hidup zaman sekarang ,pelbagai cabaran kena lalui lebih-lebih lagi kos barangan yang makin naik, Mai kita dengar keluhan suami yang berkerja seorang..kalau suami isteri kerja kejadian seperti ini tidak akan berlaku..Jadikan ini satu pedoman untuk kita semua...untuk jimat cermat dan saling fahami memahami..


Suami baru dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar:

- Bil air RN30.00.

- Duit rumah RM700.00.

- Duit kereta RM700.00.

- Bil telefon suami dan isteri RM200.00.

- Bil elektrik RM170.00.

- Ansuran motor kapcai RM150.00.

- Yuran Tuisyen anak RM150.00.

- Tukar RN150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.

Jumlah Keseluruhan Habis dibelanjakan RM2,250.00.

Lalu berbekalkan duit baki gaji RM750.00 balik ke rumah jemput isteri dari tempat kerja, terus disambut dengan isteri satu soalan,

'Hari ni hari gaji abang kan? Jom pergi beli barang dapur. Banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm nie! Sebab I tak laratlah nak masak hari nie.. Lagipun, bebudak pun esok hari sabtu cutikan?'.

Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yang bongsu..

'Ayah.. Cikgu adik cakap ari Isnin, Cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru.."

Isteri spontan menyampuk..

'Mintak kat ayah.. Ayah baru dapat gaji..'

Sambil itu, anak yang sulung pula mencelah..

'Ayah.. Kakak pun nak duit RM30.00 hari isnin nie.. Untuk beli Buku Rujukan.. Dah dekat nak periksa nie..'

Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong. Tinggal baki gaji RM700.00 (Baru hari pertama terima gaji tu..!!!).


Kemudian, selepas maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur. Sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 (Baki gaji RM650.00) langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah RM50.00 (Baki gaji RM600.00).

Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 (Baki gaji RM350.00) untuk beli barang kering dan RM50.00 (Baki gaji RM300.00) untuk beli barang basah.

Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja.

Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit (Yang tinggal baki hanya RM300.00 dari jumlah gaji bersih RM3,000.00) dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.

Esoknya, pagi Sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50 (Baki gaji RM293.50).

Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di Pasar Malam Jalan TAR sempena Malam Minggu. Si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 (Baki gaji RM263.50).

Sesampai di Jalan TAR, si isteri berkenan dengan Tudung Bawal berharga RM15.00 mintak dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar (Baki gaji RM248.50) .

Kemudian bila ke depan sedikit, bahagian pakaian kanak-kanak pula nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. isteripun selamba berkata..

'Bang.. Baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diaorang yang baru nie. Murah jer.. RM15 hengget..'

Suami pun keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak (Baki gajiRM218.50).

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar, mintak singgah di kedai makan untuk makan malam. Sang ayah kesiankan degan rengekan anak pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.

Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM210.00.

Malamnya pulak, beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta!!!

Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM60.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat, serta menghitung hari lagi untuk ke 25 hb/26 hb yang akan datang samada sampai atau tidak??

Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan dengan muka sedih...

'... Tidak ada modal. Tinggal baki gaji RM60 Hengget je nak buat modal hidup sampai hujung bulan nie...'

Lalu isteri menjawab dgn sinis..

'.. Kalau ajak balik kampung saya je, tak de duit.. Kalau ajak balik kampung saya je, Abang kata tak de duit.. Mana pergi duit gaji abang selama nie? Tak kan lah baru seminggu gaji tinggal baki 60 hengget? Sudah tak berduit.. Abang ada simpan pompuan lain ke..?"

Terpinga-pinga suami.. Confused..!! Blurred..!! Nak dijawab, jadi perang.. Nak diceritakan yang sebenar nanti, disalahkan balik, kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu...

Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

p/s: Kepada yang masih bujang, sudah bersediakah anda untuk menghadapi situasi sebegini?



26 Mac 2024

INGAT PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA ANDA


Puasa tahun ini datang lagi, jom rebut bulan mulia ini dengan lakukan pelbagai amal ibadat seperti sedekah, kongsi makanan dengan jiran-jiran, solat malam selain puasa itu sendiri, Dalam berpuasa jangan lupa perkara basic iaitu perkara yang membatalkan puasa, Jom baca sebagai ingat kembali...

Perkara Yang Membatalkan Puasa 

1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja

2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka

3. Muntah Dengan Sengaja

4. Keluar Haid & Nifas

5. Gila

6. Murtad

7. Keluar Mani Dengan Sengaja

8. Bersetubuh Di Siang Hari



JOM BACA APA ITU PUASA BARU BERTAMBAH DARJAT PUASA ANDA

 


Puasa datang lagi tahun ini. syukur kerana kita masih diberi umur yang panjang oleh ALLAH SWT..Amin..Jom sama-sama kita luang sedikit masa untuk memahami apa itu puasa sebenar...moga bermenafat..

Syarat Wajib Puasa :-

1. Islam

2. Baligh

3. Berakal

4. Sihat

5. Bermukim (Tidak Musafir)

6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

Syarat Sah Puasa :-

1. Islam

2. Berakal & Mumayyiz

3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

Rukun-Rukun Puasa:-

1. Orang Yang Puasa

2. Berniat

3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

Perkara Yang Membatalkan Puasa :-

1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja

2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka

3. Muntah Dengan Sengaja

4. Keluar Haid & Nifas

5. Gila

6. Murtad

7. Keluar Mani Dengan Sengaja

8. Bersetubuh Di Siang Hari

Perkara Sunat Ketika Puasa :-

1. Segera Berbuka Puasa

2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis

3. Baca Doa

4. Melambatkan Bersahur

5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan

6. Sentiasa Bersedekah

7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat

8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh

Makruh Ketika Puasa :-

1. Bersuntik

2. Berbekam

3. Berkumur-Kumur

4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan

5. Mandi Yang Berlebihan

6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah

Golongan Yang Wajib Qada' Puasa :-

1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh

2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)

3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas

4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa

5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa

6. Orang Yang Pitam/Mabuk 

7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga

Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa:-

1. Mereka Yang Tidak Dapat Mngqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua - (Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal..

Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan)

2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh

3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa

4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian (Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya)

5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya

Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan :-

Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :-

1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P

(Sekiranya Tidak Mampu)

2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya)

3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin

Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat

Tingkatan Puasa:-

1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak

2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas

3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin

Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa :-

1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran

2. Orang Musafir

3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah

4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga

5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu

LAFAZ NIAT PUASA BULAN RAMADAN (HARIAN) BESERTA BACAAN RUMI

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala

_Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan