Pages

14 November 2021

MARI BERSELAWAT DAN KENALI BIODATA NABI MULIA NABI MUHAMAD SAW

BIOGRAFI NABI M U H A M M A D (S. A. W) 

Mari kenali Nabi  kesayangan kita Nabi Muhamad saw. Nabi ulung di dunia pemimpin umat manusia. Kita semua akan memohon syafaat baginda di akhirat nanti..amin..Rajin2 lah kita berselawat kepada baginda paling kurang 100x sehari..Paling bagus 1000x sehari..Banyak hadis2 sahih yang mengatakan kelebihan selawat kepada baginda swt..

▪Nama : Muhammad (SAW)
▪Bapa : Abdullah
▪Ibu : Aminah
▪Tarikh Kelahiran : 12hb Rabiul Awwal (571 M)
▪Tarikh Kemangkatan : 08 Jun 632 M (11 after Hijra)
▪Tempoh Usia : 63 tahun
▪Tempat Kelahiran :  Makkah
▪Tempat Kemangkatan : Madinah
▪Tempat Tinggal : Makkah kemudian berhijrah ke Madinah
▪Pekerjaan : Ahli perniagaan, di angkat menjadi Rasul.
▪Usia : 63 tahun
di Makkah : 50 tahun
▪Usia Nabowat :      40 tahun
▪Menetap di Madinah ; 13 tahun
▪Tahun Berdakwah :23 tahun
▪Berniaga : 26  tahun 583–609M
▪Berdakwah :23 tahun 609–632M

TINDAKAN 

1) Sifat2 Kebaikan
2) Berdakwah
3) Berjihad didalam Islam

SIKAP 

1) Kedamaian dan Keadilan
2) Suka kepada orangramai
3) Suka kepada orang Islam
4) Suka menderma
5) Menghormati semua makhluk

ISTERI2 BAGINDA

1) Khadija bint Khuwaylid 595–619
(2) Sawda bint ZamĘża   619–632
(3) Aisha bint Abi Bakr 619–632
(4) Hafsa bint Umar 624–632
(5) Zaynab bint Khuzayma 625–627
(6) Hind bint Abi Umayya 625–632
(7) Zaynab bint Jahsh 627–632
(8) Juwayriyya bint al-Harith 628–632
(9) Ramla bint Abi Sufyan 628–632
(10) Rayhana bint Zayd 629–631
(11) Safiyya bint Huyayy 629–632
(12) Maymunah bint al-Harith 630–632
(13) Maria al-Qibtiyya 630–632

ANAK2 BAGINDA

Lelaki :

(1) Al-Qassem
(2) Abdullah
(3) Ibrahim

Perempuan:

(1) Zainab
(2) Ruqayyah
(3) Ummu Kalthoom
(4) Fatima

10 Mukjizat setiap orang perlu tahu berkenaan Nabi MUHAMMAD (S.A.W)

Selain AlQuran mukjizat agong baginda..

1) Tahukah anda 

"Tubuh Nabi SAW tidak pernah di hinggapi atau digigit oleh sebarang serangga spt lalat, serangga, semut dan nyamok.

2) Tahukah anda 

Nabi SAW tidak pernah menguap sepanjang hayat Baginda.

3) Tahukan anda 

Binatang jinak dan buas tidak pernah menunjukkan rasa marah kpd Baginda (S.A.W)

4) Tahukah anda  

Semasa “tidur” Baginda boleh mendengar segala “perbualan”

5) Tahukah anda 

Baginda SAW boleh melihat segala pemandangan di hadapan dan di belakang pada waktu yang sama tanpa perlu menoleh.

6) Tahukah anda 

Baginda SAW sentiasa “satu kaki lebih tinggi” daripada sesiapa sahaja yang mendekati diri Baginda.

7) Tahukah anda 

Baginda SAW telah “di khatankan, di mandikan dan dibersihkan” didalam perut ibunya sebelum dilahirkan ke dunia lagi.

8) Tahukah anda 

Baginda SAW tidak mempunyai sebarang bayang daripada matahari, bulan atau sebarang pengcahayaan.

9)Tahukah anda 

Baginda SAW sentiasa dilindungi oleh awan setiap kali berjalan di kawasan terbuka.

Ganjaran pahala bila anda berkongsi maklumat ini, anugerah pahala adalah amat besar !!! Inshaallah
"Allahummasolli ala Muhammad wa’ala aali Muhammad”
“Sallallahu Alaihi-Wa Salam”.



22 Julai 2021

NOMBOR WHATSAPP UNTUK BANTUAN BAKUL PRIHATIN NEGARA 0192615999

 

Pada musim PKP ini ramai rakyat Malaysia terjejas disegi kewangan dan perasaan ,Moga kita semua banyak bersabar dan cuba cari stategi yang betul untuk mengatasi masalah ini. Banyak bantuan dari kerajaan dan NGO. Cuma kita kena perlu rajin usaha untuk bertanya dan salah satu ialah Bantuan Bakul Prihatin Negara. Kerajaan terus bantu rakyat yang terkesan akibat COVID-19 menerusi Bakul Prihatin Negara, Inisiatif terbaru bersama sektor korporat.  Rakyat Malaysia boleh memohon bantuan Bakul Prihatin Negara dengan menghubungi Bilik Gerakan JKM Daerah, Talian Kasih 15999 atau WhatsApp ke 019-2615999 

##SEMOGA BERMENAFAAT



JANGAN BIMBANG...VAKSIN SELAMAT UNTUK KITA SEMUA..JOM SAMA SAMA VAKSIN DIRI ANDA

Musim COVID 19 sekarang ditahap kritikal dan rekod tertinggi di negara kita. Harap semua kita mematuhi setiap arahan MKN demi kebaikan kita dan famili yang tersayang..Hanya vaksin usaha terakhir untuk hindari penyakit bahaya ini..Jangan kita ragu-ragu dan percaya kepada kata-kata segelintir manusia yang anti vaksin...JANGAN PERCAYA..Kita perlu percaya kepada pakar vaksin...Bagi pengetahuan semua Semua pengeluar vaksin tertakluk kepada peraturan kebangsaan dan antarabangsa serta perlu mematuhi spesifikasi Amalan Pengilangan Baik (GMP) Vaksin untuk rakyat Malaysia telah melalui proses penilaian ketat oleh pihak berkuasa. Lindung Diri, Lindung Semua. Vaksin tidak mengandungi bahan yang membahayakan tubuh badan dan diiktiraf halal.

 

Lakukan tanggungjawab dan jadi penerima vaksin untuk beri perlindungan kepada diri sendiri dan keluarga tercinta. Lindungi Diri, Lindungi Semua. Lengkapkan dua dos vaksin anda untuk memperoleh perlindungan maksimum dari jangkitan Covid-19. Lindung Diri, Lindung Semua.




20 Jun 2021

PESANAN MKN TENTANG VAKSIN DAN JOM SAMA-SAMA KITA AMBIL VAKSIN

 Pelan Pemulihan Negara Pelaksanaan PKP penuh menyaksikan graf jangkitan kes Covid-19 mula menunjukkan pola melandai. Teruskan lagi!!

Pelan Pemulihan Negara merupakan panduan bagi setiap rakyat untuk bersama berusaha keluar dari kemelut pandemik Covid-19.

Vaksin yang diberikan kepada rakyat Malaysia telah melalui proses penilaian ketat & semakan pelbagai aspek. Yakinlah dan dapatkan vaksinasi anda.

Anda dinasihatkan membawa kad pengenalan, telefon (bagi pengguna MySejahtera), senarai ubat yang diambil (jika ada) dan pen apabila hadir untuk divaksinasi.

Pelan Pemulihan Negara-pelan dinamik & komitmen Kerajaan bagi melindungi nyawa rakyat & memastikan kelangsungan hidup pulih seperti sediakala

Janji temu vaksinasi anda amat berharga. Semak status pendaftaran anda dan hadirlah mengikut jadual janji temu yang ditetapkan. #menangbersama



30 Mei 2021

SEKTOR DAN PERKARA YANG DIBENARKAN SEMASA PKP 3.0 01 JUN HINGGA 14 JUN 2021

 


Berikut adalah senarai sektor-sektor yang dikecualikan daripada PKP 3.0 :

1. Air

2. Elektrik

3. Tenaga

4. Komunikasi

5. Pos

6. Pengangkutan

7. Pengairan

8. Minyak

9. Gas

10. Bahan api

11. Pelincir

12. Penyiaran

13. Kewangan

14. Perbankan

15. Kesihatan

16. Farmasi

17. Bomba

18. Pelaburan

19. Penjara

20. Lapangan terbang

21. Keselamatan

22. Pembersihan

23. Pertahanan

24. Peruncitan

25. Bekalan makanan



19 Mei 2021

BILA MATI TERKEJUT BESAR!!...MINTA DENGAN ALLAH SWT MAHU KEMBALI DI DUNIA


Musim PKP berterusan di Malaysia..Banyak masa kita bersama keluarga di rumah..Isilah masa dengan yang terluang dengan benda berfaedah..Kita semua ada hp yang canggih, Jadi semalam terlihat di Youtube ceramah agama dari Ulama popular sekarang Selatan Thailand Baba Soh dan Baba Ding..aduhai amat menusuk hati bab mati..ramai antara umat manusia sekarang tidak khabar tiba-tiba mati sedangkan amalan kurang atau tiada kerana hidup dalam kelalaian dan jauh dari agama islam sebenar. Bila dikebumi kita semua terkejut aduhai sudah meninggal aku..disitu kita akan lihat di mana distinasi kita seterusnya Syurga atau Neraka masa itu sudah tidak berguna sebab bila mati itulah permulaan akhirat bagi kita semua...Mati yang tidak akan kembali selama lamanya seterusnya menanti rahmat atau azab akhirat pula...

Sama sama kita tambah amalan dan sedar diri dan jangan lalai dan dekati dan belajarilah agama sebelum mati kerana mati akan tiba-tiba muda atau tua..itu sahaja pesanan untuk saya dan untuk kita semua...aminn



03 April 2021

PESANAN TERBARU MKN UNTUK RAKYAT MALAYSIA SEMUA BAGI HINDARI COVID 19


Majlis Keselamatan Negara (MKN) ialah Jabatan yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan arahan2 dari kerajaan bagi menentukan rakyat agar patuh dan mematuhi segala prosedur untuk membedung Covid 19, MKN tidak jemu-jemu untuk menasihati rakyat Malaysia agar untuk setiap masa patuh arahan kerajaan 
bagi membendung penularan covid19..Terbaru pesanan MKN ialah...

Sentiasa beringat! Covid-19 tidak pernah bercuti dan sudah berada dalam komuniti kita. Amalkan norma baharu dan patuhi SOP untuk elakkan jangkitannya.

Jika setiap rakyat di negara ini kekalkan disiplin dan patuhi SOP, maka kita pasti akan dapat memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.



24 Februari 2021

CELCOM SYARIKAT TELCO CEKIK DARAH!!! PERATURAN GILOORRR JANGAN PILIH CELCOM!!

Celcom hampeehh..Itu yang dapat saya kata kali ini, baru hendak downgrade plan..Call Centre 1111 downgrade tidak boleh,,tetapi Upgrade boleh..peraturan apa ni...Harap SKMM semak peraturan gini, musim PKP rakyat susah ada lagi peraturan rimba..Kalau sudah tidak dapat turun plan kenapa buat plan yang rendah...memang peraturan cekik darah...kapitalis ada lagi tahun 2021..Harap celcom jelaskan dalam peraturan dan syarat langgan supaya pelangan tidak tertipu..letak di web dengan jelas mengatakan peraturan begitu...panas lagi ni...Finaly ambil keputusan tamat perkhidmatan Celcom ambil Prepaid Digi 40GB RM35 untuk sebulan menggunakn no sama/asal..Terbaik. Sebab saya mohon downgrade sebab kt rumah sudah ada wifi. Jadi plan umlimited banyak2 bazir..itu ceritanya

13 Februari 2021

BONUS TABUNG HAJI 2021 HANYA 3.10%...TIDAK SEPERTI DIHARAPKAN

 


Tarikh Pengumuman Jumlah Bonus (Hibah) Tabung Haji Tahun 2020

Sebagai makluman, Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengumumkan agihan pendapatan bonus (hibah) berkadaran peratus kepada pendeposit serta tambahan hibah haji kepada pendeposit yang belum menunaikan haji sekiranya prestasi dan kedudukan kewangan Tabung Haji memberangsangkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Jumlah kadar pengagihan peratusan pendapatan bonus atau hibah Tabung Haji bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 akan diumumkan pada satu tarikh yang dimaklumkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji (TH). Tarikh RAMALAN 02.04.2021 (JUMAAT) Pada Kadar 5%...Ramalan jerr ni

Hibah Tahunan (Bonus) & Hibah Haji atau Bonus Haji  

Hibah Tahunan atau Bonus Tahunan adalah bonus (hibah) yang diistiharkan oleh Tabung Haji (TH) mengikut prestasi Kewangan tahun semasa yang diberi bagi menghargai kesetiaan pendeposit yang sentiasa yakin dan aktif menyimpan di TH.

Hibah Haji atau Bonus Haji adalah bonus khas yang diberi kepada para pendeposit TH yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada kos bayaran haji semasa.