Pages

22 Julai 2021

NOMBOR WHATSAPP UNTUK BANTUAN BAKUL PRIHATIN NEGARA 0192615999

 

Pada musim PKP ini ramai rakyat Malaysia terjejas disegi kewangan dan perasaan ,Moga kita semua banyak bersabar dan cuba cari stategi yang betul untuk mengatasi masalah ini. Banyak bantuan dari kerajaan dan NGO. Cuma kita kena perlu rajin usaha untuk bertanya dan salah satu ialah Bantuan Bakul Prihatin Negara. Kerajaan terus bantu rakyat yang terkesan akibat COVID-19 menerusi Bakul Prihatin Negara, Inisiatif terbaru bersama sektor korporat.  Rakyat Malaysia boleh memohon bantuan Bakul Prihatin Negara dengan menghubungi Bilik Gerakan JKM Daerah, Talian Kasih 15999 atau WhatsApp ke 019-2615999 

##SEMOGA BERMENAFAAT



JANGAN BIMBANG...VAKSIN SELAMAT UNTUK KITA SEMUA..JOM SAMA SAMA VAKSIN DIRI ANDA

Musim COVID 19 sekarang ditahap kritikal dan rekod tertinggi di negara kita. Harap semua kita mematuhi setiap arahan MKN demi kebaikan kita dan famili yang tersayang..Hanya vaksin usaha terakhir untuk hindari penyakit bahaya ini..Jangan kita ragu-ragu dan percaya kepada kata-kata segelintir manusia yang anti vaksin...JANGAN PERCAYA..Kita perlu percaya kepada pakar vaksin...Bagi pengetahuan semua Semua pengeluar vaksin tertakluk kepada peraturan kebangsaan dan antarabangsa serta perlu mematuhi spesifikasi Amalan Pengilangan Baik (GMP) Vaksin untuk rakyat Malaysia telah melalui proses penilaian ketat oleh pihak berkuasa. Lindung Diri, Lindung Semua. Vaksin tidak mengandungi bahan yang membahayakan tubuh badan dan diiktiraf halal.

 

Lakukan tanggungjawab dan jadi penerima vaksin untuk beri perlindungan kepada diri sendiri dan keluarga tercinta. Lindungi Diri, Lindungi Semua. Lengkapkan dua dos vaksin anda untuk memperoleh perlindungan maksimum dari jangkitan Covid-19. Lindung Diri, Lindung Semua.