Pages

25 Oktober 2020

SAFAWI RASID DAN LUQMAN HAKIM MENCERIAKAN NEGARA DI MASA CONVID 19

Pendermik convid 19 masih menyerang negara kita, tiba-tiba ada dua (2) individu yang turut menyerang negara iaitu penyerang muda superstar bola sepak Malaysia, Safawi Rasid yang bermain untuk kelab Portimonense SC di Primeira Liga Portugal dan Luqman Hakim Shamsudin yang bermain untuk kelab KV Kortrijk Division A Belgium

Dua individu ini menjadi perbualan hangat di media sosial dan menjadi bahan perbualan harian dimana mana sahaja. Masa sekarang kedua individu ini masih belum memberi impak atau beraksi penuh untuk kelab masing-masing tapi ini boleh dikira satu kejayaan kepada Malaysia amnya dan bola sepak negara khasnya..Mari kita sama-sama menjadi penyokong setia dan penyokong membina bukan penyokong mengeji dan menghina mereka. Inilah 2 individu menjadi duta tak rasmi untuk negara tercinta ini..Semoga mereka tabah tempuhi cabaran dan doakan kejayaan meraka...Aminn



BIODATA

Nama : Muhammad Safawi Bin Rasid

Lahir  : Dungun Terengganu Malaysia

Umur : 05 Mac 1997 (23 Tahun)

Tinggi : 173cm/63kg

Posisi Utama : Attacker/Right Winger

Lain Posisi : Left Winger/Centre-Forward

Foot : Left

..................................... SEHINGGA 25.10.2020....................................

Rekod Jaringan (Semua) : 24 Gol

Jumlah Caps : 52x

Purata Jaringan : 0.46%

Caps Skuad Negara Malaysia (semua) : 21x

Jaringan Untuk Negara : 13 Gol

Purata Jaringan Untuk negara : 0.62%

Jumlah Menjadi Juara : 6x (Bersama JDT)

Nilai Semasa : 300K =<> RM1.5 Juta (25.10.2020)


BIODATA

Nama : Luqman Hakim Shamsudin

Lahir  : Kota Bharu Kelantan Malaysia

Umur : 05 Mac 2002 (18 Tahun)

Tinggi : 170cm/60kg

Posisi Utama : Attacker/Centre-Forward

Lain Posisi : Second Attacker/Right Winger

Foot : Right

Rekod Jaringan (Semua) : 16 Gol

Jumlah Caps : 20x

Purata Jaringan : 0.8%

Caps Skuad Negara Malaysia (semua) : 20x

Jaringan Untuk Negara : 16 Gol

Purata Jaringan Untuk negara : 0.80%

Jumlah Menjadi Juara : 0

Nilai Semasa : €150K =<> RM740K (25.10.2020)


APA ITU DARURAT DAN KESAN BERDASARKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Pendermik convid 19 masih bermaharajalela di negara ini , Kes setiap hari meningkat. Selepas mesyuarat kabinet desas desus negara akan mengistiharkan “darurat”. Perkara ini menjadi viral dengan pelbagai komen di media sosial atau bualan harian dari orang atas hingga ke orang kampung or rakyat jelata..mari kita lihat apa kata pakar Perlembagaan Prof Dr Shamrahayu A. Aziz Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Apa Itu Maksud Darurat

Darurat maksudnya suatu keadaan berkaitan keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam yang tidak dapat dikawal melalui sistem pentadbiran biasa.Pengisytiharan darurat adalah suatu pemasyhuran yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong melalui suatu pewartaan bahawa keadaan tersebut telah wujud atau hampir berlaku.

Apa Kesan Pengisytiharan Darurat

Kesan umum pengisytiharan darurat ialah, Perlembagaan digantung dan pentadbiran negara adalah ditentukan oleh pihak eksekutif.

Tentera juga boleh mengambil alih teraju dalam hal berkaitan keselamatan sekiranya keadaan memerlukan, lebih-lebih lagi apabila darurat diisytiharkan kerana berlakunya ancaman kepada keselamatan negara.

Parlimen masih boleh bersidang sekiranya tidak dibubarkan.

Ketika proklamasi darurat berkuat kuasa, kuasa eksekutif Persekutuan adalah juga meliputi semua perkara dalam kuasa perundangan Negeri dan memberi arahan kepada kerajaan negeri atau mana-mana pegawai atau pihak berkuasa Negeri. (Perkara 150(4)).

Kesan lain, dari segi pentadbiran dan perundangan perlu dibincangkan lagi. Ringkasan untuk kali ini sekadar ini sahaja

Adakah Pengisytiharan Darurat Dibenarkan Oleh Perlembagaan

Ya. Perlembagaan membenarkan pengisytiharan darurat melalui Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 150 adalah satu daripada tiga peruntukan yang berada di bawah Bahagian XI Perlembagaan Persekutuan, iaitu Bahagian berkaitan Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, Dan Perbuatan Dan Jenayah Yang Memudaratkan Orang Awam Dan Kuasa Darurat. Bahagian XI ini membenarkan undang-undang bagi tujuan pencegahan dibuat, termasuklah tahanan pencegahan bagi tujuan menangani keadaan darurat. 

Mari kita semua berdoa semoga negara kita aman damai seperti biasa, Harap kita bersabar dan serah kepada yang pakar atau para pemimpin kita serta pihak berkuasa untuk menguruskan situasi sukar ini..aminn



18 Oktober 2020

NASIHAT KESIHATAN UNTUK BILA USIA MASUK 50AN KE ATAS

Pada masa sekarang di dunia yang sibuk dengan pelbagai cabaran di segi sosial, kesihatan, perkerjaan, politik. Manusia sering terabai kesihatan diri. Usia tua akan tiba juga nanti, Kita perlu tabah menghadapinya, Anda perlu sedia dan beri ruang sedikit masa untuk diri anda..Ini antara petua yang kita perlu buat dan hindarinya...

A. Empat perkara untuk diperiksa, sekerap mungkin dan berjadual:
(1) Tekanan darah
(2) Gula darah
(3) Fungsi Ginjal
(4) Cholesterol

B. Tiga perkara yang perlu dikurangi:
(1) Garam
(2) Gula
(3) Produk bertepung

C. Tiga perkara yang perlu diperbanyakkan:
(1) Sayuran
(2) Kacangan
(3) Buahan

D. Tiga perkara yang perlu dilupakan:
(1) Usia
(2) Masa lalu
(3) Keluh kesah

E. Empat perkara yang harus Anda miliki:
(1) Teman yang mencintaimu
(2) Keluarga Peduli
(3) Pikiran positif
(4) Rumah yang hangat Dan menentramkan.

F. Lima perkara yang perlu Anda lakukan untuk tetap sihat:
(1) Berjemur
(2) Tersenyum
(3) Bersukan/senaman ringan
(4) Kurangi berat badan
(5) Lakukan pekerjaan sukarela

G. Enam perkara yang tidak harus Anda lakukan:
(1) Jangan menunggu sampai Anda lapar untuk makan
(2) Jangan menunggu sampai Anda haus baru minum
(3) Jangan menunggu sampai Anda mengantuk baru tidur
(4) Jangan menunggu sampai Anda merasa lelah baru beristirahat
(5) Jangan menunggu sampai Anda sakit baru melakukan kontrol
(6) Jangan menunggu sampai Anda memiliki masalah baru berdoa kepada Tuhan. 

***JAGA DIRIMU SEBELUM TERLAMBAT...SEMOGA BERMENAFAAT***


17 September 2020

CARA BLOK SPAM ATAU EMAIL YANG KITA TIDAK INGINI DI GMAIL DAN YAHOO ANDA

 

Pada masa ini walaupun canggih dengan whatsupp dan pelbagai lagi medium perhubungan namun email masih lagi amat berguna untuk pengesahan maklumat secara atau untuk merasmikan atau membuktikan sesuatu perkara dan maklumat, Namun ada juga email yang kita tidak mahu atau sengaja dihantar ke inbox kita..Di sini disertakan cara untuk blok atau berhentikan spam email-email yang tidak berguna itu..


Cara Blok Email Di Gmail

1. Login Ke Akaun Gmail Anda

2. Klik Setting (Dipojok Kanan Atas)

3. Setelah Itu Pilih Filters

4. Selepas itu Lalu Pilih Create New Filter

5. Lalu Pada Kolum Tersebut Masukkan Alamt Email Yang Ingin Anda Blok

6. Berjaya

 

Cara Blok Email Di Yahoo

1.Login Ke Akaun Yahoo Anda

2. Klik Option (Di Pojok Kanan Atas)3. Setelah Itu Pilih More Options

4. Selepas itu Lalu Di Panel Sebelah Kiri Pilih Filter Lalu  Create Or Edit New Filter

5. Lalu Klik Add

6. Lalu Pada Kolum Tersebut Masukkan Alamt Email Yang Ingin Anda Blok

7. Berjaya


****SEMOGA BERMENAFAAT UNTUK SEMUA****



CARA PENULISAN SURAT RASMI DENGAN FORMAT YANG BETUL

 

Surat rasmi ialah surat yang ditulis kepada pihak tertentu bagi tujuan rasmi seperti memohon kebenaran sesuatu.Walaupun zaman telah maju dengan pelbagai maklumat canggih seperti Whatsapp dan lain lain yang canggih surat rasmi tetap berguna dan amat penting bagi kita semua.

*Tulisan untuk surat rasmi hanya boleh guna font Arial saiz 12-14. Dulu times new roman

*Single spacing. Bagi untuk tandatangan, Kena enter 3 kali sahaja

*Tarikh surat tidak perlu masukkan hari bulan kalendar Islam. Hanya Jabatan berkaitan agama Islam sahaja pakai contoh di pejabat agama/zakat.

*Surat yang dituju kepada lelaki atau perempuan tetap guna/pakai panggilan tuan

*Alamat penerima jika satu saja boleh letak di muka pertama. Kalau 2,3 atau lebih perlu diletak seperti di senarai edaran.

*Senarai penerima susunannya diutamakan orang luar dahulu, lepas itu baru dari jabatan dan agensi kita

*Surat keluar kena buat dua (2) salinan

-1 print atas letterhead (hantar ke penerima)

-1 print tanpa letterhead (masuk fail)

Dua dua surat ni kena tanda tangan/sain hidup. Tidak boleh copy. Kalau copy surat tidak laku di mahkamah.(Jika ada perkara berbangkit)

*Fail perlu ditutup jika lebih 100 kandungan atau 4cm, mana yang terdahulu. Pegawai jangan tandatangan tanda tangan/sain surat kalau sudah lebih 100 kandungan .Isi tersebut jadi tidak valid. Contoh kalau surat ada 156 contohnya, jadi 56 kandungan itu akan jadi tidak sah. Yang ini ramai terlepas pandang, boleh baiki lepas ini jika yang terlanjur atau pernah buat.

*Jika kalau fail hilang, buka sampul kecil dan masukkan surat berkaitan disitu. Sampul kecil sah sehingga 3 bulan (90 hari) dan jika hari ke 91 tak jumpa juga, bukak fail baru tajuk yang sama tetapi jilid yg seterusnya.

*Rekod pergerakan fail perlu ada. Boleh pakai kad keluar masuk atau sistem. Tidak kisah asalkan berekod, bagi mengelakkan fail tidak dapat dikesan.

*Fail terbuka (putih) yang hendak dilupuskan, kena atau boleh dihantar senarai ke Arkib dan blh lupus mengikut cadangan Arkib. Kalau fail terhad (fail sulit/fail hijau), perlu rujuk CGSO terlebih dahulu. Setelah turun taraf kepada fail putih baru boleh hantar senarai untuk pelupusan. Jadi kurangkanlah fail hijau jika tiada keperluan.

*Perlu ada dua (2) buku daftar surat. Asingkan untuk surat terbuka dan terperingkat (sulit). Buku blh beli di PNB. 

*Tutup fail tak perlu tulis tarikh. Hanya tulis: DITUTUP. RUJUK JILID 2

Sebab dikanan kulit fail memang ada ruangan yang perlu tulis tarikh fail ditutup. 

*Tutup fail dengan palang (garis merah), dari bucu atas ke bawah tanpa ganggu ruangan tajuk fail. Tulisan didalam garisan boleh warna hitam/biru

*Tajuk dan nombor rujukan dilarang sama sekali kalau kita tampal. Kena tulis tangan baru betul

*Kurangankan penggunaan cop dalam buku servis sebab pernah ada kes, buku kena hujan, semua maklumat hilang cuma nampak beberapa yang tulis dengan tangan saja.

*Disurat tidak boleh diminitkan apa2. Minit di kertas minit. Di surat hanya boleh cop terima sahaja. Walaubagaimanapun menjadi amalan di merata jabatan mengamalkan minit di surat bagi memudahkan membuat rujukan. Saya hanya kongsi info betul dari arkib...jangan marah...hi hi

*Kalau berlaku banjir/kebakaran melibatkan bilik fail melibatkan dokumen, buat laporan ke Arkib

*Kalau buat kursus/bengkel jangan hantar Pembantu Tadbir atau sokongan saja. Pegawai atasan perlu serta sekali. Kalau Pembantu Tadbir saja pergi, balik tidak akan terjadi perubahan, akan ikut budaya lama.Tak berubah....

*****SEMOGA BERMENAFAAT UNTUK SEMUA****



13 Julai 2020

PESANAN DARI MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN) SEMASA TEMPOH PKPP 2020

Pada masa ini Malaysia berada dalam Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dari 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020 rakyat diminta mematuhi SOP yang disarankan oleh KKM dan MKN seperti penjarakan sosial, selalu sanitizer, pakai topeng muka yang dikuatkuasa dari masa kemasa. Berikut ada pesan dari MKN untuk rakyat kita semua..

Pada masa ini Malaysia berada dalam Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dari 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020 rakyat diminta mematuhi SOP yang disarankan oleh KKM dan MKN seperti penjarakan sosial, selalu sanitizer, pakai topeng muka yang dikuatkuasa dari masa kemasa. Berikut ada pesan dari MKN untuk rakyat kita semua.

1.PKPP - Pelitup muka 3 lapis hanya boleh dipakai sekali & tidak melebihi 8 jam sekiranya bergejala. Pelitup muka fabrik perlu dicuci sebelum diguna semula.


2.PKPP - Pakai pelitup muka dengan betul. Jangan kongsi, jangan pakai di bawah dagu, jangan letak merata-rata. Pastikan bersih.

3.PKPP - Bersama mencegah COVID-19. Lindungi keluarga anda dengan sentiasa memantau status kesihatan diri dan keluarga.

4.PKPP - Rakyat Malaysia jangan alpa. Terus kekal amalkan 3W (Wash, Wear & Warn) & elakkan 3S (tempat sesak, sempit dan bersembang jarak dekat). Patuhi SOP.

5.PKPP - Elakkan bersalaman atau bersentuhan dengan orang lain. Tangan yang tidak dibasuh dengan kerap dan betul, penuh dengan kuman.

6.PKPP - Rakyat Malaysia jangan lupa kita masih belum menang. Terus patuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

7.PKPP - Selamat kembali ke sekolah! Jaga jarak sosial, amalkan kebersihan optimum dan jangan lupa patuhi SOP.


21 Jun 2020

PAUTAN SISTEM TEMUJANJI ONLINE DI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA



Selamat datang ke aplikasi temujanji online Jabatan Imigresen Malaysia. Anda boleh terus ke laman web berikut  http://sto.imi.gov.my/e-temujanji/

Terma & Syarat:

1) Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, sila buat pilihan lain;

2) Permohonan temujanji boleh dibuat seawal tiga (3) bulan sebelum dan selewat - lewatnya satu (1) hari sebelum tarikh temujanji dan tertakluk kepada kekosongan;

3)Pilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah Cawangan Jabatan Imigresen;

4) Pemohon perlu berada di pejabat Imigresen sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu temujanji. Pihak Imigresen berhak untuk membatalkan temujanji sekiranya lewat;
5) Pemohon yang didapati sengaja menyalahgunakan sistem akan disekat;

6) Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa temujanji;

7) Notifikasi butiran temujanji akan diemel kepada pemohon, sila cetak dan bawa semasa temujanji.

8) Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas kesahihah maklumat yang diberikan melalui sistem. Jabatan Imigresen berhak membuat semakan lanjut dan pengesahan ke atas maklumat yang diberikan.

9) URUSAN PEMBAYARAN ADALAH SECARA E-PAYMENT MENGGUNAKAN KAD ATM/DEBIT ATAU KAD KREDIT.

10) Sila rujuk laman web rasmi jabatan di www.imi.gov.my untuk maklumat berkenaan dokumen berkaitan.

FOLLOW THE ONLINE TRAINING SYSTEM AT THE MALAYSIAN DEPARTMENT OF IMMIGRATION


Anyone wishing to work in the Immigration Department must fill out the following requirements...http://sto.imi.gov.my/e-temujanji/


Terms & Conditions

1) This appointment and scheduling system allocates slots on a first come, first served basis. Limited slots are available per site and there is no guarantee that a slot will always be available for a user's first choice for an appointment schedule

2) Appointment can be made as early as three months before or at least one day before appointment date (depends on availability) 

3) Please select date and time slot according official operation time/ working hours of Immigration Department of selected location;

4) Please be present at least 30 minutes before the appointment time. Immigration Department has the right to cancel late show up;

5) Users who are found to have abused the system will be blocked from securing an appointment

6) Please ensure the documentation to be submitted is complete.
7) Notification of appointment details will be send to applicant’s e-mail, please print and bring it during the appointment.

8) Users accept the responsibility for supplying, checking, and verifying the accuracy and correctness of the information they provide on this system in connection with their application. Immigration Department has the right to make further investigation and verification if necessary.

9) WE ACCEPT E-PAYMENT ONLY (ATM/DEBIT OR CREDIT CARD)

10) Please refer our website at www.imi.gov.my for information regarding documents needed for your transactions



URUSAN PASPORT DAN VISA PERLU TEMUJANJI ONLINE DI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA



Sekarang urusan Pasport dan Visa Pas Permit Masuk di Jabatan Imigresen Malaysia seluruh Malaysia perlu membuat temujanji dahulu. Anda boleh terus ke laman web berikut http://sto.imi.gov.my/e-temujanji/. Ini bagi menyenangkan Jabatan tersebut membuat kawalan keatas orang ramai agar mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Berikut Terma & Syarat ke aplikasi temujanji online Jabatan Imigresen Malaysia

1) Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, sila buat pilihan lain

2) Permohonan temujanji boleh dibuat seawal tiga(3) bulan sebelum dan selewat - lewatnya satu (1) hari sebelum tarikh temujanji dan tertakluk kepada kekosongan

3)Pilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah Cawangan Jabatan Imigresen

4) Pemohon perlu berada di pejabat Imigresen sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu temujanji. Pihak Imigresen berhak untuk membatalkan temujanji sekiranya lewat

5) Pemohon yang didapati sengaja menyalahgunakan sistem akan disekat

6) Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa temujanji

7) Notifikasi butiran temujanji akan diemel kepada pemohon, sila cetak dan bawa semasa temujanji.

8) Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas kesahihah maklumat yang diberikan melalui sistem. Jabatan Imigresen berhak membuat semakan lanjut dan pengesahan ke atas maklumat yang diberikan.

9) URUSAN PEMBAYARAN ADALAH SECARA E-PAYMENT MENGGUNAKAN KAD ATM/DEBIT ATAU KAD KREDIT.

10) Sila rujuk laman web rasmi jabatan di www.imi.gov.my untuk maklumat berkenaan dokumen berkaitan.

Terms & Conditions;

1) This appointment and scheduling system allocates slots on a first come, first served basis. Limited slots are available per site and there is no guarantee that a slot will always be available for a user's first choice for an appointment schedule;
2) Appointment can be made as early as three months before or at least one day before appointment date (depends on availability);
3) Please select date and time slot according official operation time/ working hours of Immigration Department of selected location;
4) Please be present at least 30 minutes before the appointment time. Immigration Department has the right to cancel late show up;
5) Users who are found to have abused the system will be blocked from securing an appointment;
6) Please ensure the documentation to be submitted is complete.
7) Notification of appointment details will be send to applicant’s e-mail, please print and bring it during the appointment.
8) Users accept the responsibility for supplying, checking, and verifying the accuracy and correctness of the information they provide on this system in connection with their application. Immigration Department has the right to make further investigation and verification if necessary.

9) WE ACCEPT E-PAYMENT ONLY (ATM/DEBIT OR CREDIT CARD)
10) Please refer our website at www.imi.gov.my for information regarding documents needed for your transactions



16 Jun 2020

CARA MUDAH ADD ATAU PAUTKAN YOUTUBE DI FACEBOOK ANDA MENGGUNAKAN HAND PHONE

Berikut disertakan cara mudah untuk add atau pautkan Akaun Youtube anda ke Akaun Facebook anda mengguna Handphone agar antara satu sama lain akaun tersebut berkaitan dan followers anda senang mengikutinya. Disertakan step bergambar agar memudahkan anda menukarnya..Moga bermenafaat.. 


1. Buka Dan Login FB Anda Cari Profil Edit Details
2. Pilih Links Dan Add

3. Pilih Add Social Link..Pilih Youtube