Pages

21 Jun 2020

URUSAN PASPORT DAN VISA PERLU TEMUJANJI ONLINE DI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA



Sekarang urusan Pasport dan Visa Pas Permit Masuk di Jabatan Imigresen Malaysia seluruh Malaysia perlu membuat temujanji dahulu. Anda boleh terus ke laman web berikut http://sto.imi.gov.my/e-temujanji/. Ini bagi menyenangkan Jabatan tersebut membuat kawalan keatas orang ramai agar mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Berikut Terma & Syarat ke aplikasi temujanji online Jabatan Imigresen Malaysia

1) Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, sila buat pilihan lain

2) Permohonan temujanji boleh dibuat seawal tiga(3) bulan sebelum dan selewat - lewatnya satu (1) hari sebelum tarikh temujanji dan tertakluk kepada kekosongan

3)Pilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah Cawangan Jabatan Imigresen

4) Pemohon perlu berada di pejabat Imigresen sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu temujanji. Pihak Imigresen berhak untuk membatalkan temujanji sekiranya lewat

5) Pemohon yang didapati sengaja menyalahgunakan sistem akan disekat

6) Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa temujanji

7) Notifikasi butiran temujanji akan diemel kepada pemohon, sila cetak dan bawa semasa temujanji.

8) Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas kesahihah maklumat yang diberikan melalui sistem. Jabatan Imigresen berhak membuat semakan lanjut dan pengesahan ke atas maklumat yang diberikan.

9) URUSAN PEMBAYARAN ADALAH SECARA E-PAYMENT MENGGUNAKAN KAD ATM/DEBIT ATAU KAD KREDIT.

10) Sila rujuk laman web rasmi jabatan di www.imi.gov.my untuk maklumat berkenaan dokumen berkaitan.

Terms & Conditions;

1) This appointment and scheduling system allocates slots on a first come, first served basis. Limited slots are available per site and there is no guarantee that a slot will always be available for a user's first choice for an appointment schedule;
2) Appointment can be made as early as three months before or at least one day before appointment date (depends on availability);
3) Please select date and time slot according official operation time/ working hours of Immigration Department of selected location;
4) Please be present at least 30 minutes before the appointment time. Immigration Department has the right to cancel late show up;
5) Users who are found to have abused the system will be blocked from securing an appointment;
6) Please ensure the documentation to be submitted is complete.
7) Notification of appointment details will be send to applicant’s e-mail, please print and bring it during the appointment.
8) Users accept the responsibility for supplying, checking, and verifying the accuracy and correctness of the information they provide on this system in connection with their application. Immigration Department has the right to make further investigation and verification if necessary.

9) WE ACCEPT E-PAYMENT ONLY (ATM/DEBIT OR CREDIT CARD)
10) Please refer our website at www.imi.gov.my for information regarding documents needed for your transactions



Tiada ulasan:

Catat Ulasan