Selamat datang ke aplikasi temujanji online Jabatan Imigresen Malaysia. Anda boleh terus ke laman web
berikut http://sto.imi.gov.my/e-temujanji/
Terma & Syarat:
1) Tempahan melalui
sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve).
Slot yang disediakan adalah terhad. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih
telah penuh, sila buat pilihan lain;
2) Permohonan temujanji
boleh dibuat seawal tiga (3) bulan sebelum dan selewat - lewatnya satu (1) hari
sebelum tarikh temujanji dan tertakluk kepada kekosongan;
3)Pilih Tarikh dan Slot
masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana
terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah Cawangan Jabatan Imigresen;
4) Pemohon perlu berada
di pejabat Imigresen sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu temujanji. Pihak
Imigresen berhak untuk membatalkan temujanji sekiranya lewat;
5) Pemohon yang
didapati sengaja menyalahgunakan sistem akan disekat;
6) Pemohon hendaklah
memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan
penghantaran semasa temujanji;
7) Notifikasi butiran
temujanji akan diemel kepada pemohon, sila cetak dan bawa semasa temujanji.
8) Pemohon adalah
bertanggungjawab ke atas kesahihah maklumat yang diberikan melalui sistem.
Jabatan Imigresen berhak membuat semakan lanjut dan pengesahan ke atas maklumat
yang diberikan.
9) URUSAN PEMBAYARAN
ADALAH SECARA E-PAYMENT MENGGUNAKAN KAD ATM/DEBIT ATAU KAD KREDIT.
10) Sila rujuk laman
web rasmi jabatan di www.imi.gov.my untuk maklumat berkenaan
dokumen berkaitan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan