Pages

10 Jun 2019

17 KELEBIHAN BILA ANDA MENJADI PENJAWAT AWAM


Perkhidmatan Awam merupakan sektor amat penting bagi negara ini. Penjawat awam menjadi nadi pengerak sesebuah kerajaan untuk memberi khidmat atau penyampaian mesej kerajaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Berikut kelebihan kelebihan bila bekerja di sektor awam dan disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai yang memohon jawatan kosong yang diiklankan di Sektor Awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat bila menjadi seorang penjawat awam ialah:

KEMUDAHAN ELAUN PERUMAHAN
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu meringan anda.

COST OF LIVING ALLOWANCE (COLA)
Bila anda bekerja di Bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi. Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makanan, tol dan lain - lain. Anda akan dapat COLA ini dan dibayar berdasarkan di mana banda anda bekerja.

KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. (kecuali ada tindakan tatatertib) kenaikan gaji yang anda perolehi setiap tahun dan akan berbeza mengikut gred. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM (ITKA)
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas untuk anda sebagai tanda satu penghargaan yang berkhidmat buat negara.

KEMUDAHAN PINJAMAN KOMPUTER DAN KENDERAAN
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

KEMUDAHAN CUTI TAHUNAN MENGIKUT KELAYAKAN
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

KEMUDAHAN CUTI BERSALIN
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 3 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan.

KEMUDAHAN PINJAMAN PERUMAHAN
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

KEMUDAHAN CARUMAN KWSP ATAU PENCEN
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi

BERSARA PADA UMUR 58 - 60 TAHUN (PILIHAN LEBIH AWAL) 
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Anda tidak akan diberikan peluang berkhidmat selama itu jika berkerja swasta

PELUANG KENAIKAN PANGKAT
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik 1 level lagi dari tahap biasa anda sebelum ini. anda boleh jadi bos sekarang

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN
Boleh Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

PELUANG UNTUK BERKURSUS DARI SEMASA KE SEMASA
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

LEBIH BANYAK MASA UNTUK BERSAMA KELUARGA
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya 

DAPAT BERAMAL IBADAT LEBIH BANYAK
Bila banyak masa anda boleh beramal ibadat untuk kehidupan yang lebih baik di dunia dan akhirat nanti tanpa berkejar masa untuk berkerja dan beramal ibadat.

TARAF HIDUP MAKIN BAIK DAN TINGGI
Bila banyak kemudahan di atas maka dengan sendiri taraf hidup anda lebih banyak, duit gaji tetap tiap bulan cuma anda perlu urus dengan sebaik mungkin tanpa boros dan anda juga dapat membuat pinjaman peribadi dari pelbagai bank yang cepat meluluskan kerana percaya kepada penjawat awam seperti anda..

BONUS SETIAP TAHUN
Ini paling best biasa sekali setahun hendak raya, pasti ada, tak kira jumlah atau pun semasa tahun baru hendak memulakan penggal persekolahan..tersenyum bila sebut bonus

Semoga dengan fakta hebat ini akan memberi semangat untuk anda ibu bapa untuk berusaha agar anak anda atau anda sendiri agar menjadi penjawat awam di masa depan.selamat berusaha semua.