Perkhidmatan Awam merupakan sektor amat penting bagi negara ini. Penjawat awam menjadi nadi pengerak sesebuah kerajaan untuk memberi khidmat atau penyampaian mesej kerajaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Berikut kelebihan kelebihan bila bekerja di sektor awam dan disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa
begitu ramai yang memohon jawatan kosong yang diiklankan di Sektor Awam.
Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat bila menjadi seorang penjawat awam ialah:
KEMUDAHAN ELAUN PERUMAHAN
Ya, anda dapat elaun perumahan pada
setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana
elaun ini sudah pasti akan membantu meringan anda.
COST OF LIVING ALLOWANCE (COLA)
Bila anda bekerja di Bandaraya yang taraf
hidupnya adalah tinggi. Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makanan, tol dan
lain - lain. Anda akan dapat COLA ini dan dibayar berdasarkan di mana banda anda bekerja.
KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada
kenaikan gaji tahunan anda. (kecuali ada tindakan tatatertib) kenaikan
gaji yang anda perolehi setiap tahun dan akan berbeza mengikut gred. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana -
mana selain di sektor awam.
IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM (ITKA)
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas
disediakan khas untuk anda sebagai tanda satu penghargaan yang
berkhidmat buat negara.
KEMUDAHAN PINJAMAN KOMPUTER DAN KENDERAAN
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman
kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.
KEMUDAHAN CUTI TAHUNAN MENGIKUT KELAYAKAN
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima
adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti
anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan
juga kenaikan pangkat.
KEMUDAHAN CUTI BERSALIN
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah
anda perlu ambil cuti bersalin 3 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji
terus jalan.
KEMUDAHAN PINJAMAN PERUMAHAN
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam
kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula
membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.
KEMUDAHAN CARUMAN KWSP ATAU PENCEN
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke?
Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda
lagi
BERSARA PADA UMUR 58 - 60 TAHUN (PILIHAN LEBIH
AWAL)
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Anda
tidak akan diberikan peluang berkhidmat selama itu jika berkerja swasta
PELUANG KENAIKAN PANGKAT
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya
naik gaji dan juga anda naik 1 level lagi dari tahap biasa anda sebelum ini. anda boleh jadi bos sekarang
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN
Boleh Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu!
Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung
pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga
kerajaan.
PELUANG UNTUK BERKURSUS DARI SEMASA KE SEMASA
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar
ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang
di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4
angka juga anda perlu bayar setahun.
LEBIH BANYAK MASA UNTUK BERSAMA KELUARGA
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama
keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi
anda seadanya
DAPAT BERAMAL IBADAT
LEBIH BANYAK
Bila banyak masa anda
boleh beramal ibadat untuk kehidupan yang lebih baik di dunia dan akhirat nanti
tanpa berkejar masa untuk berkerja dan beramal ibadat.
TARAF HIDUP MAKIN BAIK DAN TINGGI
Bila banyak kemudahan di atas maka dengan
sendiri taraf hidup anda lebih banyak, duit gaji tetap tiap bulan cuma anda
perlu urus dengan sebaik mungkin tanpa boros dan anda juga dapat membuat
pinjaman peribadi dari pelbagai bank yang cepat meluluskan kerana percaya
kepada penjawat awam seperti anda..
Ini paling best biasa sekali setahun hendak raya, pasti ada, tak kira jumlah atau pun semasa tahun baru hendak memulakan penggal persekolahan..tersenyum bila sebut bonus
Semoga dengan fakta hebat ini akan memberi semangat untuk anda ibu bapa untuk berusaha agar anak anda atau anda sendiri agar menjadi penjawat awam di masa depan.selamat berusaha semua.