23 Januari 2019

SENARAI ENAM KESALAHAN JALAN RAYA AKAN DI SAMAN SERTA MERTA TAHUN 2019


Pada Februari 2019 ini Saman serta-merta RM300 akan dikeluarkan kepada pemandu yang didapati melakukan enam kesalahan utama sepanjang Ops Selamat Ke-14 yang akan bermula atau Sempena Tahun Baharu Cina 2019 bermula 29 Januari hingga 12 Februari ini. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata antara kesalahan yang boleh dikenakan saman serta-merta ialah :
1. Memandu Di Lorong Kecemasan
2. Memandu Melebihi Had Laju
3. Memotong Barisan
4. Memotong Garisan Berkembar
5. Tidak Mematuhi Lampu Isyarat
7. Menggunakan Alat Komunikasi Ketika Memandu
Katanya, tindakan itu bertujuan mendidik pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan selain menjamin keselamatan pengguna jalan raya di sepanjang musim perayaan ini.
***SEMOGA KITA SEMUA BERHATI HATI DAN SENTIASA MEMATUHI PERATURAN JALAN RAYA KALAU TIDAK MELAYANG RM300**


Tiada ulasan:

Catat Ulasan