Pages

13 Disember 2018

MARI CARI DAN SEMAK KESALAHAN KALIMAH INI???

Cuba anda cari perbezaan kalimat dibawah ini, Sambil di baca kalimah ini ya! 
baca dgn teliti baik baik...


🐝Subhanallah
🍯walhamdulillah
🐝wa Laa ilaaha illallah
🍯Allahu akbar

🐝Subhanallah
🍯walhamdulillah
🐝wa Laa ilaaha illallah
🍯Allahu akbar

🐝Subhanallah
🍯walhamdulillah
🐝wa Laa ilaaha illallah
🍯Allahu akbar

🐝Subhanallah
🍯walhamdulillah
🐝wa Laa ilaaha illallah
🍯Allahu akbar

🐝Subhanallah
🍯walhamdulillah
🐝wa Laa ilaaha illallah
🍯Allahu akbar

🐝Subhanallah
🍯walhamdulillah
🐝wa Laa ilaaha illallah
🍯Allahu akbar

🐝Subhanallah
🍯walhamdulillah
🐝wa Laa ilaaha illallah
🍯Allahu akbar

Pelik pelik sungguh...Ternyata tidak ada perbezaan.......Bererti anda telah berzikir hari ini dan anda telah membuat orang lain berzikir kepada Allah, Alhamdulillah.......Sebarkan...

PERLU TAHU JENIS BAHAN BUATAN BODYKIT KERETA ANDA SEBELUM MEMBELINYA


Para peminat kereta pasti selalu bertukar atau ingin bertukar bodykit untuk kecantikan atau ketika bodykit rosak..sebelum membeli anda perlu tahu serba sedikit jenis bahan buatan agar pembelian berbaloi dengan kewangan..Semua Bodykit adalah kosong tanpa cat atau tanpa kemasan kerana keluar dari acuan kilang. Pembeli harus membaca dan memahami semua bodykit keluar dengan permukaan yang kasar dan keras di pasaran. Produk-produk ini harus dibawa ke workshop untuk pengemasan dan semburan cat sebelum solekan lain lain untuk kecantikan. Sekiranya pembeli tidak faham dan tidak mempunyai pengetahuan mengenai bodykit tetapi mengharapkan bodykit sempurna untuk memasangkan terus di kereta anda, ini akan menyebabkan anda kecewa kerana bodykit hanya akan kelihatan cantik dan kemas bila selepas digilap semula dan semburan cat digunakan.maknanya harga berbeza bodykit kosong dengan bodykit selesai disembur cat..Berikut bahan bahan biasa diguna…

1.KOD BERMULA DENGAN B ATAU M
Kaca Serat: Cahaya berat, nipis, keras tetapi mudah retak, murah dalam harga (ringan, nipis, keras dan senang pecah, tapi harga murah)

2.KOD BERMULA DENGAN PU ATAU PUM
PU (Poliuretana): Berat berat, tebal, fleksibel & mampu menyerap kesan sederhana, permukaan acuan kasar berat (berat, tebal, lembut sikit dan boleh tahan langgar tetapi kemukaan barang kasar)

3.PENGGANTIAN/PLASTIK BADAN BAHAGIAN PART PP ATAU KOD BERMULA DENGAN ABS
PP (Polipropilena) / ABS (Acrylonitrile Butadiene Styrene = Plastik): Bahan asal / OEM, paling sesuai, permukaan halus, ringan, sedikit fleksibel untuk kesan cahaya. (Bahan tulen, rapat, kemukaan barangan licin, ringan, lembut dan boleh tahan langgar ringan)

Sekarang anda semua telah kenal jenis bahan buatan bodykit kereta anda oleh itu atas anda mahu pilih jenis mana..Disyorkan pilih No.3 kerana item hampir asli(original)..semoga berfaedah..



26 Ogos 2018

SENARAI DOKUMEN WAJIB DI BAWA SEMASA HADIR TEMUDUGA


Dokumen wajib dibawa Semasa hadir temu duga:
1. Anda dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen ASAL dan SALINAN semasa temu duga serta DISUSUN mengikut turutan seperti berikut:
o   Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
o   Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa (jika berkenaan);
o    Sijil Kelulusan Persekolahan SPM/SPM(V) atau setaraf;
o    Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);

o  STPM/STP / Diploma & transkrip / Ijazah Sarjana Muda & transkrip / Sarjana / Doktor Falsafah / Surat Pengesahan Kelulusan Tamat Pengajian yang diluluskan oleh Senat daripada pusat-pusat pengajian tinggi. Calon adalah dimohon untuk menyediakan terjemahan transkrip dalam Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris bagi yang menggunakan bahasa lain. (jika berkenaan);

o Ijazah Sarjana Muda & transkrip bagi calon yang memiliki Sarjana / Doktor Falsafah
o Surat tawaran biasiswa bagi Pemegang Biasiswa JPA (jika berkenaan);
o Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain (jika berkenaan);
o  Sijil kegiatan luar (Dokumen Asal Sahaja);
o Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerimaan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat/Program Kesejahteraan Rakyat (jika berkenaan); dan
o  Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi Terkini, Surat Perakuan Ketua Jabatan (seperti di pautanhttp://www.spa.gov.my/web/guest/pegawaisedangberkhidmat) dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam sahaja..
2. Anda dikehendaki juga membawa resume bergambar yang ringkas dan padat. Salinan dokumen dan resume yang diserahkan tidak akan dikembalikan dan menjadi hak milik Suruhanjaya.
3. Anda dikehendaki MELENGKAPKAN resume di pautan myResume dan MEMUAT NAIK sijil akademik (SPM, STPM / Diploma & Transkrip, Ijazah & Transkrip, Sarjana dan Doktor Falsafah jika berkaitan) SEBELUM MENGHADIRI TEMU DUGA pada tarikh yang telah ditetapkan.
4. Anda dikehendaki MENYEMAK pengiktirafan akademik (Diploma / Ijazah / Sarjana / Doktor Falsafah jika berkaitan) untuk lantikan ke perkhidmatan awam di pautan https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php?pg=2 atau http://www2.mqa.gov.my/mqr/ dan MELAMPIRKAN cetakan status pengiktirafan semasa menghadiri temu duga.
5. Kegagalan mengambil tindakan seperti perkara 1 hingga 4 serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan pertimbangan Suruhanjaya untuk lantikan.

6. Anda dikehendaki berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga.

7. Keputusan temu duga boleh diketahui 30 hari dari tarikh akhir temu duga dengan melayari Portal Rasmi SPA atau aplikasi mobile mySPAv2.

INFO BERAPA RM DISAMAN JPJ DAN POLIS BILA MELAKUKAN KESALAHAN JALAN RAYA

Pada masa sekarang tiap tiap hari kita semua terpaksa melalui jalan raya..Pada masa ekonomi tidak menentu semua barang mahal, Jadi wang perbelanjaan harian terpaksa dibelanja secara berhemah untuk perkara lebih penting atau kecemasan. Salah satu kita semua kena elak dari melakukan kesalahan jalan raya supaya bajet tidak lari. Berikut info terkini dari JPJ tentang jumlah saman JPJ apabila melakukan kesalahan jalan raya. Jumlah seperti berikut..

1) Menghalang kereta lain & memotong 👉🏻 Denda RM3OO

2) Memandu perlahan di lorong kanan 👉🏻 Denda RM15O

3) Menyimpan batang kayu, batang besi, pisau & lain² objek bahaya dlm kereta 👉🏻 Denda RM1OO

4) Isi minyak tanpa matikan enjin 👉🏻 Denda RM1OO

5) Mabuk semasa memandu 👉🏻 Denda RM2OOO / Denda penjara 6 BULAN

6) Cermin terlampau gelap 👉🏻 Denda RM5OO / Denda penjara 2 BULAN

7) Guna handphone/telefon bimbit semasa memandu 👉🏻 Denda RM3OO

8) Tidak memakai seat belt/tali pinggang 👉🏻 Denda RM3OO

9) Memandu van / lori lebih 8 jam 👉🏻 Denda RM15O

1O) Tiada side mirror/Cermin sisi 👉🏻 Denda RM1OO

**SEMOGA INFO INI DAPAT MEMBANTU ANDA MENJADI LEBIH BERHATI HATI**



20 Ogos 2018

MARI AMALKAN PERKARA YANG MUDAH DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA


Kita semua akan menuju kematian dan akan bertemu ALLAH SWT..Mahu atau tidak kita semua akan menempuhinya. Maka amalan yang mencukupi perlu untuk  bekalan di alam akhirat nanti yang mana kekal selamanya..Dunia hari ini yang mencabar dan banyak dugaan menbuat kita semua jauh dari amalan baik dan jauh dari NYA..Lalai, Alpa, Sibuk dan lain lain lagi. Maka berilah waktu untuk AMALAN HARIAN yang mudah tapi perlu komitmen untuk bekalan kita semua nanti...

1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh.(Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan)

2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}.

🔴 Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.

3. Kemudian bacalah surah Yasin.(Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.)

4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat.(Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu)

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari).(Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki)

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman.( Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak)

7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}

8. Kemudian baca Surah An-Naba’.( Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”)

9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin.( Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.)

10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah.( Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.)

11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk.( Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.)

12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. ( Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan)

13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.

15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah (muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut.( Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.)

16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’.( Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalah perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.)

17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh.( Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’)

18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja.( Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.)

19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, bagi perempuan mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.

20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’.( Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.)

21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.

22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu.( Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.)

***Amalkan sedikit demi sedikit yang mana mampu. Jangan Tinggal Semua. Semoga kita dapat amal dan sampaikan. YA ALLAH Ampunlah kami dan siapa yang membaca pesanan ini...Amin***


KITA PATUT TAHU SEJARAH SIAPA ORANG ISLAM PERTAMA


Mari kita umat islam muslim semua ambil tahu serba sedikit tentang perkara kecil yang kita anggap remeh tetapi penting dalam hal sejarah islam kita. 30 orang Islam pertama? Jawab nya :

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
*Nabi Sulaiman AS.*

2. Orang yang pertama minum air zamzam : 
*Nabi Ismail AS.*

3. Orang yang pertama berkhitan :
*Nabi Ibrahim AS*

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
*Nabi Ibrahim AS.*

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
*Nabi Adam AS.*

6. Orang yang pertama mengerjakan sa'i antara Safa & Marwah :
*Sayyidatina Hajar*

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
*Nabi Muhammad SAW.*

8. Orang yang pertama menjadi Khalifah Islam :
*Abu Bakar As Siddiq RA.*

9. Orang yang pertama menggunakan Kalender Hijriyyah :
*Umar bin Al-Khattab*

10. Orang yang pertama meletakkan Jabatan khalifah dalam Islam :
*Hasan bin Ali RA.*

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW :
*Thuwaibah RA.*

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
*Haris bin Abi Halah*

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita :
*Sumayyah binti Khabbat*

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
*Abdullah bin Amru bin Al-Ash*

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
*Saad bin Abi Waqqas*

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan menyerukan adzan:
*Bilal bin Rabah*

17. Orang yang pertama sholat dengan Rasulullah SAW :
*Ali bin Abi Tholib*

18. Orang yang pertama membuat mimbar masjid Nabi SAW :
*Tamim Ad-dary*

19. Orang yang pertama menghunus pedang dalam perjuangan fisabilillah :
*Zubair bin Al-Awwam*

20. Orang yang pertama menulis sejarah Nabi Muhammad SAW :
*Ibban bin Othman bin Affan*

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
*Khadijah bt Khuwailid.*

22. Orang yang pertama menggagas usul fiqh :
*Imam Syafi'i RH.*

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
*Ali bin Abi Tholib*

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
*Muawiyah bin Abi Sufyan*

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan umum:
*Harun Ar-Rasyid*

26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal :
*Umar bin Khattab*

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an setelah
Rasulullah SAW :
*Ali bin Abi Tholib*

28. Orang yang pertama membangun menara di Masjidil Haram Mekah:
*Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur*

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
*Mus'ab bin Umair*

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga :
*Nabi Muhammad SAW*.

***MOGA BERGUNA BAGI ILMU PENGETAHUAN SEMUA***

PERKARA PELIK YANG DILAKUKAN OLEH UMAT ISLAM SEKARANG

Pada dunia serba moden dan canggih sekarang, Kaum muslim makin jauh dari beribadat kepada MAHA PENCIPTA..Kita masing masing sibuk dengan kerja dan aktiviti harian yang tanpa kita sedari makin menjauhi dari agama islam..Berikut antara keganjilan kaum muslim sekarang atau kaum muslimin umumnya)

لايستطيع السفر للحج لأن تكلفة الحج مرتفعه .. لكن يستطيع السفر رغبةً في تغيير الجو !
ألا إن سلعة الله غالية
1. Tidak mampu menunaikan Haji kerana konon belanjanya besar, tetapi sanggup pergi melancung menggantinya, bukankah perdagangan Allah itu mahal.

لايستطيع شراء الأضحية لغلاء السعر لكن يستطيع شراء آيفون لمواكبة الموضة.
ألا إن سلعة اللَّـه غالية
2. Tidak sanggup membeli haiwan qurban kerana harganya mahal, tapi sanggup dan mampu membeli iPhone untuk mengganti model yang ada. bukankah perdagangan Allah itu mahal.

يستطيع قراءة محادثات تصل إلى ١٠٠ محادثه في اليوم ..
ولا يستطيع قراءة ١٠ آيات من القرآن بحجة ليس لديه وقت لقراءة القرآن
ألا إن سلعة الله غالية
3. Sanggup membaca beratus-ratus mesej (whatsapp, fb dll) setiap hari, namun tidak sanggup membaca 10 ayat Al-Quran dengan alasan tiada waktu yang cukup untuk membaca... bukankah perdagangan Allah itu mahal.

قليل من سيرسلها لأنه يشعر بالحرج .
4. Terasa sedikit atau berat mahu menyebarkannya berita kebaikan serta merasa berat dan tak guna tetapi benda kebaikan merasa senang dan ringan untuk disebarkan walaupun berita palsu dan memudaratkan.

Ya ALLAH siapa yang mahu berkongsi tulisan ini berilah rezki dari arah yang tidak disangka-sangka.Ampunlah dosa kita dan siapa yang membaca pesanan ini..aminn

PERKARA YANG MENGHAPUSKAN PAHALA AMALAN SEHARIAN KITA

Amalan harian kita tanpa kita sedari akan terpadam atau kosong..Ibarat menyimpan dalam poket..Tiba tiba kosong apabila kita ingin menggunakan..Masa itu kita akan merana , meraba raba dan menyesal akibat kesalahan kita sendiri ..Hati-hati dengan poket yang kosong

" تتوضأ أحسن وضوء " لكــن. .. تسرف في الماء' كيس مثقْوب
1. Engkau telah berwuduk dengan sebaik2 wuduk akan tetapi engkau membazir menguna air, (itu sama dengan) poket kosong

" تتصدق عَلى الفقراء بمبلغ ثم .. تذلهم وتضايقهم كيس مثقْوب.
2. Engkau bersedekah kepada fakir miskin kemudian, engkau menghina dan menyulitkan mereka, (itu seperti) poket kosong.

 تقوم الليل وتصوم النهار وتطيع ربك" لكــن. .. قاطع الرحم كيس مثقْوب
3. Engkau solat malam hari, puasa di siang hari, dan mentaati tuhanmu, tapi engkau memutuskan (tali) silaturrahim, (jelas itu adalah) poket kosong

تصوم وتصبر عَلى الجوع و العطش" لكـن .. تسب وتشتم وتلعن كيس مثقْوب
4. Engkau sabar dengan haus dan lapar, tapi engkau menghina dan mencaci, (sama dengan) poket kosong.

" تلبسين الطرحه والعباية فوق الملابس "لكـن .. العطر فواح كيس مثقْوب
5. Engkau memakai baju kurung dan berjubah, tapi minyak Wangi menyengat, (itu) poket kosong.

تكرم ضيفك وتحسن إليه لكـن .. بعد خروجه تغتابه وتخرج مساوئه كيس مثقْوب
6. Engkau memuliakan tamumu dan berbuat baik kepadanya, tapi setelah dia pergi engkau mengumpatnya, (sungguh itu) poket kosong.

أخيرا ً لا تجمعوا حسناتكم في كيس مثقْوب . تجمعوها بصعوبة من جهة .. ثم تسقط بسهولة من جهه أخرى..
يا رب اسألك لي ولأحبتي الهداية والغفران .
Pada akhirnya kamu hanya mengumpulkan kebaikanmu dalam poket kosong, kamu mengumpulkan dengan susah payah kemudian kamu membazirkannya dengan mudah pula. Ya ALLAH kami mohon Hidayah dan keampunan atas kami dan orang-orang yang kami cintai.Jangan lalaikan hati kami untuk meningatiMU dan ampuni diriku...aminn



15 Ogos 2018

KEBURUKAN WHATSAPP HARI INI


Pada hari ini semua pemilik telefon pintar negara ini mempunyai akaun WhatsApp. Penggunaan WhatsApp begitu popular seiring de­ngan perkembangan teknologi pada masa kini. Kini dianggarkan 700 juta pengguna WhatsApp aktif direkodkan setakat ini. Banyak kebaikan yang dapat kita perolehi amplikasi ini sebalik banyak juga keburukan yang tanpa disedari bila mengguna amplikasi ini. Antaranya ialah…

Keburukan sekiranya penggunaan aplikasi tersebut disalahgunakan. Antaranya WhatsApp mengurangkan hubungan secara perbualan terutama dalam lingkungan keluarga. Penggunaan WhatsApp secara melampau mungkin boleh merenggangkan hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak atau suami dan isteri.


Kesan negatif seterusnya, ada kemungkinan aplikasi ini boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga gara-gara salah seorang pasangan berlaku curang. Mereka berhubung dengan pasangan terla­rang melalui WhatsApp.

Aplikasi ini juga boleh menyebabkan masyarakat lalai dan lupa terhadap tanggungjawab masing-masing kerana terlalu leka melayan kerenah rakan-rakan dalam WhatsApp. Kadang-kadang hingga lupa makan dan minum. Lebih malang lagi kewajipan solat turut terabai.

Paling ditakuti aplikasi Whats­App ini juga boleh menjadi media penyebaran fitnah dalam kalangan masyarakat. Jika keadaan itu dibiarkan, struktur masyarakat pasti akan hancur akibat fitnah yang berleluasa hasil penyebaran melalui WhatsApp.

25 Jun 2018

PANDUAN DAN NASIHAT BAGI YANG BERUMUR 40 AN 50 AN 60 AN KE ATAS


Kita semua di dunia ini sementara sahaja. Masa berjalan begitu cepat tanpa disedari, Rasa baru sekejap umur sudah dewasa dan akan measuki alam tua..Berikut Nasihat Berguna Dan Perlu Direnung bagi yang sudah mencapai umur 40-an', 50-an, 60-an ***

*Nasihat pertama

Cubalah berurut urat saraf 7 kali setahun supaya lancar perjalanan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.

*Nasihat kedua

Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.

*Nasihat ketiga

Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.

*Nasihat keempat

Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.

*Nasihat kelima

Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh-temeh.

*Nasihat keenam

Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.

*Nasihat ketujuh

Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.

*Nasihat kelapan

Banyakkan gurau-senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.

*Nasihat kesembilan

Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.

*Nasihat kesepuluh

Bersedekah, berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke fisabillilah. Semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak. ان شاء الله

*Nasihat kesebelas

Makanlah makanan sunnah. Dengan usia dalam lingkungan ini macam2 penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah orang yang tersayang.. Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua..

*SEMOGA BERMANFAAT*


12 Jun 2018

ADAB DAN PERATURAN PERLU DI KETAHUI BILA BERAYA DI RUMAH ORANG TAHUN 2018

Hari Raya Aidil Fitri yang ditunggu tunggu hampir tiba. Pasti kita semua terutama kanak kanak riang menunggu saat itu..Tetapi jangan kita lupa adab dan peraturan bila kita beraya di rumah saudara mara dan rakan taulan supaya jangan ada yang terasa hati atau cakap cakap belakang yang tidak elok untuk kita hindarkan di hari mulia ini.Berikut antara adab adab dan tip bila berhari raya...

1. Jangan datang rumah orang awal sangat. Orang masih solat raya. (Terutama pada hari pertama syawal)

2. Pastikan anak anak kita tidak ambik angpau sampai 4 atau 5 kali.. Ekonomi meleset sekarang boleh pengsan tuan rumah.

3. Jangan datang rumah orang tengah malam. Tuan rumah sudah pakai baju kelawar untuk tidur pasti datang pada waktu sesuai.

4. Jangan banyak bertanya kenapa baju tuan rumah sama dengann langsir. Barang sekarang semua mahal. Langkah berjimat sikit.. 

5. Jangan sibuk bertanya bila hennak kawin. Kalau sudah kawin sibuk bertanya bila hendak ada anak. Bosan org hendak jawab. Berbual dan tanya perkara yang sesuai sahaja.

6. Jangan pandai pandai tukar atau usik remote tv rumah orang. Biar tuan rumah buat sendiri atau tengok je channel tersedia.

7. Jangan pakai baju sedondon sangat ramai ramai,  nanti macam kumpulan dikir barat.

8. Jangan masuk terus ke dapur rumah orang. Biasa musim raya, dapur macam tongkang pecah.

9. Budak Budah diberi amaran jangan buka angpow depan tuan rumah. Nanti biru muka tuan rumah sama dengan warna duit RM1.

10. Orang hidang, air terus minum tidak payah banyak komen atau minta air jenis lain

11. Jangan tumpang berhadas kecik/besar tetapi tidak jaga kebersihan.

12. Kalau termakan kuih tidak sedap, abaikan atau jangan makan terus. Jangan cuba nak selit kuih tu dekat sofa atau pasu rumah orang. Tak baik.

13. Jangan mintak password atau guna wifi rumah orang.

14. Jangan sibuk tanya kuih raya tuan rumah beli ke buat.. makan je sudah.

15. Dah tu jangan tanya kuih tu beli kat mana.. berapa ringgit..jangan banyak tanya.

16. Jangan tinggal pampers anak dalam bilik air rumah orang. Buang terus dalam tong sampah...Jaga kebersihan.

17. Jangan duduk lama sangat beraya rumah orang tu... Org lain pun nak raya gak ok.

18. Jangan parking depan pagar rumah jiran, jalan kaki sikit ...Jaga perasaan jiran jiran

**SELAMAT HARIRAYA SEMOGA BERMENAFAAT..ENJOY**




04 Jun 2018

AMALAN TERBAIK PADA 10 MALAM TERAKHIR BULAN RAMADHAN

Puasa tahun ini 1439H hanya tinggal 10 hari lagi kira terakhir. Dalam 10 hari ini ada terdapat LAILATUL QADR yang mana amalan dikira lebih baik dari 1000 bulan..Maka kita semua ambillah peluang sebaik mungkin kerana tahun depan kita belum pasti mengadapi puasa ramadhan lagi..

1) JANGAN TINGGAL *solat MAGHRIB berjamaah.*
-Kerana permulaan MALAM itu sejak dari masuknya waktu Maghrib.

JANGAN TINGGAL *solat ISYAK berjamaah*
-Disebutkan dalam hadith dari Musnad Imam Ahmad, bahawa orang yang solat Isyak berjamaah memperoleh pahala qiyam separuh malam.

3)JANGAN TINGGAL *solat Ba'diyah Isyak*
-Ini merupakan salah satu solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Sidna Rasul صلى الله عليه و آله وصحبه وسلم baik ketika hadhir atau safar,dalam Ramadan dan selainnya

4) *SELESAIKAN solat Tarawih/Qiyam BERSAMA IMAM dengan sempurna*.
-Juga dalam hadith riwayat Imam Ahmad,pahala qiyam Ramadan bersama Imam sehingga selesai adalah seperti berdiri sepanjang malam tanpa tidur.

5)JANGAN LUPA *bangun Sahur.*
-Meskipun hanya untuk makan,ia juga bahagian dari ibadah Malam.

6)JANGAN LUPA *istighfar* ketika waktu Sahur
-Allah memuji orang yang beristighfar pada waktu sahur,seperti yang terkandung dalam Surah Aali Imran.

7)SENTIASA sediakan wang *sadaqah* pada setiap malam Ramadan.
-Disebut dalam hadith riwayat Imam Tirmdizi,bahawa sebaik-baik sadaqah adalah di DALAM RAMADAN.

8)JANGAN TINGGAL *solat SUBUH berjamaah.*
-Disebut dalam hadith riwayat Imam Muslim,solat subuh berjemaah dikurnia ganjaran berjaga sepanjang malam untuk ibadah.

*Siapa yang amalkan kesemua lapan perkara ini,demi Allah tidak akan terlepas dari mendapatkan kebaikan Lailatul Qadar,meskipun dia tidak menyaksikan tanda-tandanya.*