1. Anda
dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen ASAL dan SALINAN semasa temu
duga serta DISUSUN mengikut turutan seperti berikut:
o Kad Pengenalan
dan Sijil Kelahiran;
o Sijil
Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan
Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa (jika berkenaan);
o Sijil Kelulusan
Persekolahan SPM/SPM(V) atau setaraf;
o Sijil yang
membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);
o STPM/STP /
Diploma & transkrip / Ijazah Sarjana Muda & transkrip / Sarjana /
Doktor Falsafah / Surat Pengesahan Kelulusan Tamat Pengajian yang diluluskan
oleh Senat daripada pusat-pusat pengajian tinggi. Calon adalah dimohon untuk
menyediakan terjemahan transkrip dalam Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris bagi
yang menggunakan bahasa lain. (jika berkenaan);
o Ijazah Sarjana
Muda & transkrip bagi calon yang memiliki Sarjana / Doktor Falsafah
o Surat tawaran
biasiswa bagi Pemegang Biasiswa JPA (jika berkenaan);
o Sijil-sijil
lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan
Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain (jika berkenaan);
o Sijil kegiatan
luar (Dokumen Asal Sahaja);
o Sijil
Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerimaan bantuan Jabatan
Kebajikan Masyarakat/Program Kesejahteraan Rakyat (jika berkenaan); dan
o Ringkasan
Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi Terkini, Surat Perakuan
Ketua Jabatan (seperti di pautanhttp://www.spa.gov.my/web/guest/pegawaisedangberkhidmat)
dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat dalam
Perkhidmatan Awam sahaja..
2. Anda
dikehendaki juga membawa resume bergambar yang ringkas dan
padat. Salinan dokumen dan resume yang diserahkan tidak akan
dikembalikan dan menjadi hak milik Suruhanjaya.
3. Anda
dikehendaki MELENGKAPKAN resume di pautan myResume dan MEMUAT
NAIK sijil akademik (SPM, STPM / Diploma & Transkrip, Ijazah &
Transkrip, Sarjana dan Doktor Falsafah jika berkaitan) SEBELUM MENGHADIRI TEMU
DUGA pada tarikh yang telah ditetapkan.
4. Anda
dikehendaki MENYEMAK pengiktirafan akademik (Diploma / Ijazah
/ Sarjana / Doktor Falsafah jika berkaitan) untuk lantikan ke perkhidmatan awam
di pautan https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php?pg=2 atau http://www2.mqa.gov.my/mqr/ dan MELAMPIRKAN cetakan
status pengiktirafan semasa menghadiri temu duga.
5. Kegagalan
mengambil tindakan seperti perkara 1 hingga 4 serta mengemukakan maklumat palsu
akan menjejaskan pertimbangan Suruhanjaya untuk lantikan.
6. Anda
dikehendaki berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan