15 Ogos 2018

KEBURUKAN WHATSAPP HARI INI


Pada hari ini semua pemilik telefon pintar negara ini mempunyai akaun WhatsApp. Penggunaan WhatsApp begitu popular seiring de­ngan perkembangan teknologi pada masa kini. Kini dianggarkan 700 juta pengguna WhatsApp aktif direkodkan setakat ini. Banyak kebaikan yang dapat kita perolehi amplikasi ini sebalik banyak juga keburukan yang tanpa disedari bila mengguna amplikasi ini. Antaranya ialah…

Keburukan sekiranya penggunaan aplikasi tersebut disalahgunakan. Antaranya WhatsApp mengurangkan hubungan secara perbualan terutama dalam lingkungan keluarga. Penggunaan WhatsApp secara melampau mungkin boleh merenggangkan hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak atau suami dan isteri.


Kesan negatif seterusnya, ada kemungkinan aplikasi ini boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga gara-gara salah seorang pasangan berlaku curang. Mereka berhubung dengan pasangan terla­rang melalui WhatsApp.

Aplikasi ini juga boleh menyebabkan masyarakat lalai dan lupa terhadap tanggungjawab masing-masing kerana terlalu leka melayan kerenah rakan-rakan dalam WhatsApp. Kadang-kadang hingga lupa makan dan minum. Lebih malang lagi kewajipan solat turut terabai.

Paling ditakuti aplikasi Whats­App ini juga boleh menjadi media penyebaran fitnah dalam kalangan masyarakat. Jika keadaan itu dibiarkan, struktur masyarakat pasti akan hancur akibat fitnah yang berleluasa hasil penyebaran melalui WhatsApp.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan