Pages

25 Jun 2018

PANDUAN DAN NASIHAT BAGI YANG BERUMUR 40 AN 50 AN 60 AN KE ATAS


Kita semua di dunia ini sementara sahaja. Masa berjalan begitu cepat tanpa disedari, Rasa baru sekejap umur sudah dewasa dan akan measuki alam tua..Berikut Nasihat Berguna Dan Perlu Direnung bagi yang sudah mencapai umur 40-an', 50-an, 60-an ***

*Nasihat pertama

Cubalah berurut urat saraf 7 kali setahun supaya lancar perjalanan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.

*Nasihat kedua

Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.

*Nasihat ketiga

Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.

*Nasihat keempat

Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.

*Nasihat kelima

Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh-temeh.

*Nasihat keenam

Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.

*Nasihat ketujuh

Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.

*Nasihat kelapan

Banyakkan gurau-senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.

*Nasihat kesembilan

Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.

*Nasihat kesepuluh

Bersedekah, berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke fisabillilah. Semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak. ان شاء الله

*Nasihat kesebelas

Makanlah makanan sunnah. Dengan usia dalam lingkungan ini macam2 penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah orang yang tersayang.. Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua..

*SEMOGA BERMANFAAT*


12 Jun 2018

ADAB DAN PERATURAN PERLU DI KETAHUI BILA BERAYA DI RUMAH ORANG TAHUN 2018

Hari Raya Aidil Fitri yang ditunggu tunggu hampir tiba. Pasti kita semua terutama kanak kanak riang menunggu saat itu..Tetapi jangan kita lupa adab dan peraturan bila kita beraya di rumah saudara mara dan rakan taulan supaya jangan ada yang terasa hati atau cakap cakap belakang yang tidak elok untuk kita hindarkan di hari mulia ini.Berikut antara adab adab dan tip bila berhari raya...

1. Jangan datang rumah orang awal sangat. Orang masih solat raya. (Terutama pada hari pertama syawal)

2. Pastikan anak anak kita tidak ambik angpau sampai 4 atau 5 kali.. Ekonomi meleset sekarang boleh pengsan tuan rumah.

3. Jangan datang rumah orang tengah malam. Tuan rumah sudah pakai baju kelawar untuk tidur pasti datang pada waktu sesuai.

4. Jangan banyak bertanya kenapa baju tuan rumah sama dengann langsir. Barang sekarang semua mahal. Langkah berjimat sikit.. 

5. Jangan sibuk bertanya bila hennak kawin. Kalau sudah kawin sibuk bertanya bila hendak ada anak. Bosan org hendak jawab. Berbual dan tanya perkara yang sesuai sahaja.

6. Jangan pandai pandai tukar atau usik remote tv rumah orang. Biar tuan rumah buat sendiri atau tengok je channel tersedia.

7. Jangan pakai baju sedondon sangat ramai ramai,  nanti macam kumpulan dikir barat.

8. Jangan masuk terus ke dapur rumah orang. Biasa musim raya, dapur macam tongkang pecah.

9. Budak Budah diberi amaran jangan buka angpow depan tuan rumah. Nanti biru muka tuan rumah sama dengan warna duit RM1.

10. Orang hidang, air terus minum tidak payah banyak komen atau minta air jenis lain

11. Jangan tumpang berhadas kecik/besar tetapi tidak jaga kebersihan.

12. Kalau termakan kuih tidak sedap, abaikan atau jangan makan terus. Jangan cuba nak selit kuih tu dekat sofa atau pasu rumah orang. Tak baik.

13. Jangan mintak password atau guna wifi rumah orang.

14. Jangan sibuk tanya kuih raya tuan rumah beli ke buat.. makan je sudah.

15. Dah tu jangan tanya kuih tu beli kat mana.. berapa ringgit..jangan banyak tanya.

16. Jangan tinggal pampers anak dalam bilik air rumah orang. Buang terus dalam tong sampah...Jaga kebersihan.

17. Jangan duduk lama sangat beraya rumah orang tu... Org lain pun nak raya gak ok.

18. Jangan parking depan pagar rumah jiran, jalan kaki sikit ...Jaga perasaan jiran jiran

**SELAMAT HARIRAYA SEMOGA BERMENAFAAT..ENJOY**




04 Jun 2018

AMALAN TERBAIK PADA 10 MALAM TERAKHIR BULAN RAMADHAN

Puasa tahun ini 1439H hanya tinggal 10 hari lagi kira terakhir. Dalam 10 hari ini ada terdapat LAILATUL QADR yang mana amalan dikira lebih baik dari 1000 bulan..Maka kita semua ambillah peluang sebaik mungkin kerana tahun depan kita belum pasti mengadapi puasa ramadhan lagi..

1) JANGAN TINGGAL *solat MAGHRIB berjamaah.*
-Kerana permulaan MALAM itu sejak dari masuknya waktu Maghrib.

JANGAN TINGGAL *solat ISYAK berjamaah*
-Disebutkan dalam hadith dari Musnad Imam Ahmad, bahawa orang yang solat Isyak berjamaah memperoleh pahala qiyam separuh malam.

3)JANGAN TINGGAL *solat Ba'diyah Isyak*
-Ini merupakan salah satu solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Sidna Rasul صلى الله عليه و آله وصحبه وسلم baik ketika hadhir atau safar,dalam Ramadan dan selainnya

4) *SELESAIKAN solat Tarawih/Qiyam BERSAMA IMAM dengan sempurna*.
-Juga dalam hadith riwayat Imam Ahmad,pahala qiyam Ramadan bersama Imam sehingga selesai adalah seperti berdiri sepanjang malam tanpa tidur.

5)JANGAN LUPA *bangun Sahur.*
-Meskipun hanya untuk makan,ia juga bahagian dari ibadah Malam.

6)JANGAN LUPA *istighfar* ketika waktu Sahur
-Allah memuji orang yang beristighfar pada waktu sahur,seperti yang terkandung dalam Surah Aali Imran.

7)SENTIASA sediakan wang *sadaqah* pada setiap malam Ramadan.
-Disebut dalam hadith riwayat Imam Tirmdizi,bahawa sebaik-baik sadaqah adalah di DALAM RAMADAN.

8)JANGAN TINGGAL *solat SUBUH berjamaah.*
-Disebut dalam hadith riwayat Imam Muslim,solat subuh berjemaah dikurnia ganjaran berjaga sepanjang malam untuk ibadah.

*Siapa yang amalkan kesemua lapan perkara ini,demi Allah tidak akan terlepas dari mendapatkan kebaikan Lailatul Qadar,meskipun dia tidak menyaksikan tanda-tandanya.*