Manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk pilihan raya
umum ke-14 yang menjanjikan 10 perkara, terutama meringankan beban rakyat dalam
masa 100 hari pertama pentadbiran kerajaan PH.Dalam 100 hari itu juga Pakatan Harapan mahu
mewujudkan suruhanjaya dan jawatankuasa untuk menyiasat dan menangani isu-isu
yang menimbulkan kontroversi, termasuk 1MDB dan Perjanjian Malaysia 1963.
- Menghapuskan
GST dan mengurang kos sara hidup dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat.
- Menstabilkan
harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar.
- Menyamaratakan
gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan
gaji minimum.
Pakatan Harapan juga
akan melaksanakan 4 perkara lain menyasarkan hutang yang ditanggung peneroka
dan lepasan universiti dan perlindungan untuk suri rumah dan isi rumah
berpendapatan 40% terendah (B40):
- Menghapuskan
hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda.
- Memperkenalkan
skim caruman KWSP untuk suri rumah.
- Menangguhkan
pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam bergaji kurang dari
RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam.
- Memperkenalkan
Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di
klinik swasta berdaftar untuk golongan B40.
Dalam 100 hari itu juga,
Pakatan Harapan akan mewujudkan suruhanjaya dan jawatankuasa untuk mengkaji dan
menangani isu-isu kontroversi:
- Menubuhkan
Suruhanjaya Siasatan Diraja 1MDB, Felda, Mara dan Tabung Haji, dan
merombak semula struktur kepimpinan mereka.
- Menubuhkan
Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanakan
Perjanjian Malaysia 1963.
- Melancarkan kajian terperinci mengenai projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing.
****TERBAIK PAKATAN HARAPAN UNTUK RAKYAT****
Tiada ulasan:
Catat Ulasan