07 Mei 2018

KELEBIHAN MANIFESTO PAKATAN HARAPAN PADA PRU 14 2018

Manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk pilihan raya umum ke-14 yang menjanjikan 10 perkara, terutama meringankan beban rakyat dalam masa 100 hari pertama pentadbiran kerajaan PH.Dalam 100 hari itu juga Pakatan Harapan mahu mewujudkan suruhanjaya dan jawatankuasa untuk menyiasat dan menangani isu-isu yang menimbulkan kontroversi, termasuk 1MDB dan Perjanjian Malaysia 1963.
  1. Menghapuskan GST dan mengurang kos sara hidup dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat.
  2. Menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar.
  3. Menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum.
Pakatan Harapan juga akan melaksanakan 4 perkara lain menyasarkan hutang yang ditanggung peneroka dan lepasan universiti dan perlindungan untuk suri rumah dan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40):
  1. Menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda.
  2. Memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah.
  3. Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam bergaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam.
  4. Memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40.
Dalam 100 hari itu juga, Pakatan Harapan akan mewujudkan suruhanjaya dan jawatankuasa untuk mengkaji dan menangani isu-isu kontroversi:

  1. Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja 1MDB, Felda, Mara dan Tabung Haji, dan merombak semula struktur kepimpinan mereka.
  2. Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963.
  3. Melancarkan kajian terperinci mengenai projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing.
****TERBAIK PAKATAN HARAPAN UNTUK RAKYAT****


Tiada ulasan:

Catat Ulasan