Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
·
Kumpulan: Pelaksana
·
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/
Jabatan / Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Perlis, Melaka dan Pulau Pinang
·
Jadual Gaji:
·
GAJI MINIMUM
|
GAJI MAKSIMUM
|
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
|
RM1,352.00
|
RM4,003.00
|
RM100.00
|
·
Syarat Lantikan:
i.
Calon bagi lantikan
hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
tutup iklan jawatan; dan
c.
§ Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
§ Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap
2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
§ Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap
3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
ii.
Calon bagi lantikan
hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa
Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
·
Syarat Peningkatan Secara Lantikan:
i.
Pegawai sedang
berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar
Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa
Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi) Gred N19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila
telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
a. mempunyai kelayakan di perenggan i(c) di atas;
atau
b. lulus Peperiksaan Khas; dan
c. had umur pelantikan:
§ berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh
lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
§ berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh
lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
§ berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh
lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
·
Deskripsi Tugas:
Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas
Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan
fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta
penyediaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan