Pages

30 Mei 2018

PENGUMUMAN BONUS DAN INTENSIF LAIN OLEH PM 30 MEI 2018


Sidang media mesyuarat Kabinet oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

1. Bonus Hari Raya Penjawat awam gred 41 ke bawah sahaja - RM 400, Pencen - RM200, duit akan masuk 7/6/2018

2. Minyak RON 95 Kekal, RON 97 - Harga diapungkan mengikut harga minyak dunia.

3. HSR Batal akan dibincangkan dengan Singapura.

4. MRT3 - Batal

5. Bandar Malaysia akan direview semula, keputusan - esok.

6. Cukai SST dengan kadar 10% akan ganti GST mulai September 2018

7. Bantuan Sara Hidup Rakyat yang mengantikan BRIM akan diteruskan.

8. Manifesto akan diteruskan, tapi akan dikaji dari semua aspek kerana hutang banyak.

9. Kerajaan akan buka akaun 'Tabung Harapan' untuk kutip derma dari rakyat untuk bayar hutang negara

10.RTM akan siarkan World Cup Russia 2018

11.Diskaun tol kepada semua lebuhraya sebanyak 50% tempoh 2 Hari sebelum raya

29 Mei 2018

CARA MENBUAT KUIH KERBAU GULING


KUIH KERBAU GULING memang jadi viral dan popular sekarang terutama di Kelantan lebih lebih lagi di bulan puasa ini. Sejarah mengatakan kuih ini berasal dari negara jiran Thailand. Bila dinikmati memang sedap dan lazat.Sekali tengok rupa memang berat hendak cuba tetapi bila cuba, terpikat dan jatuh cinta..Panggil Kuba Guling sebab kuih itu warna gelap dan dipusing dalam kelapa muda umpama Kerbau berguling dalam lumpur. Disini ada resipi ringkas untuk kita semua mencuba..enjoy
BAHAN-BAHAN:

  • 250gm tepung beras
  • 200gm gula
  • 150gm tepung jagung
  • 1/2 sudu makan kapur
  • 3 sudu makan tepung beras pulut
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Tempurung bakar (ambik air hitam sahaja & tapis) – pastikan guna tempurung yang bersih
  • 1 liter ( lebih) air (tengok atas kepekatan)
  • Secubit garam
CARA MEMASAK:
  1. Masukkan semua bahan diatas ke dalam kuali. Kacau biar sebati dahulu baru buka api.
  2. Bila dah sebati, buka api sederhana dan masak hingga likat. Pastikan ia sentiasa dikacau.
  3. Sediakan loyang saiz 8. Sapukan minyak dan tuangkan tepung yang dah siap dimasak tadi.
  4. Bila adunan dah sejuk, potong dan gulingkan dalam kelapa parut (muda) yang dah digaul dengan sedikit garam.
  5. Siap dan sedia untuk dinikmati                                                                                                                   **SELAMAT MENCUBA DAN BERJAYA**              

21 Mei 2018

MAKANAN TERBAIK DI BULAN PUASA

Apabila datang bualan puasa pelbagai jenis makanan ada untuk juadah berbuka, Jadi kita perlu memilih makanan yang terbaik untuk kesihatan kita sepanjang hari terutama di musim panas ini...enjoyy

1. Barli Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah,menguatkan buah pinggang,membersihkan perut

5. Madu Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang, memperbaiki otak,memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air Minuman terbaik (Syor Air Suam). Jika dahaga hendaklah disedut
perlahan-lahan. Jangan diteguk.Mudah mendapat sakit pada hati~Elakan minum ais yan melampau kerana menyebabkan urat bermasalah diwaktu yang panjang..

*SENARAI DI ATAS IALAH MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W*

**SEMOGA MENDAPAT MENAFAAT**





15 Mei 2018

SENARAI SKUAD ARGENTINA UNTUK PIALA DUNIA 2018

Argentina salah satu pasukan popular dan pilihan untuk pada Piala Dunia 2018 nanti. Berikut senarai awal 35 pemain Argentina bagi Russia 2018, La Albiceleste menyenaraikan hampir semua pemain bintangnya termasuk Lionel Messi, Sergio Aguero dan Angel Di Maria sebelum mengecilkan skuadnya kepada 23 nama pada 21 Mei ini apabila beliau mengumumkan senarai rasmi pasukannya.
Penjaga gol: Sergio Romero (Manchester United/ENG), Nahuel Guzman (Tigres Monterrey/MEX), Wilfredo Caballero (Chelsea/ENG), Franco Armani (River Plate).
Pertahanan: Gabriel Mercado (Sevilla/ESP), Federico Fazio (AS Roma/ITA), Nicolas Otamendi (Manchester City/ENG), German Pezzella (Fiorentina/ITA), Ramiro Funes Mori (Everton/ENG), Marcos Rojo (Manchester United/ENG), Nicolas Taglafico (Ajax/NED), Javier Mascherano (Hebei Fortune/CHN), Marcos Acuna (Sporting Lisbon/POR), Eduardo Salvio (Benfica/POR), Cristian Ansaldi (Torino/ITA).
Tengah: Ever Banega (Sevilla/ESP), Guido Pizarro (Sevilla/ESP), Lucas Biglia (AC Milan/ITA), Leandro Paredes (Zenit St Petersburg/RUS), Angel Di Maria (Paris Saint-Germain/FRA), Giovani Lo Celso (Paris Saint-Germain/FRA), Enzo Perez (River Plate), Manuel Lanzini (West Ham/ENG), Pablo Perez (Boca Juniors), Cristian Pavon (Boca Juniors), Maximiliano Meza (Independiente), Ricardo Centurion (Racing), Rodrigo Battaglia (Sporting Lisbon/POR).
Penyerang: Lionel Messi (Barcelona/ESP), Gonzalo Higuain (Juventus/ITA), Paulo Dybala (Juventus/ITA), Mauro Icardi (Inter Milan/ITA), Sergio Aguero (Manchester City/ENG), Diego Perotti (AS Roma/ITA), Lautaro Martinez (Racing).


SENARAI SKUAD BRAZIL UNTUK PIALA DUNIA 2018

Brazil ialah pasukan sinonim dengan Piala Dunia. Brazil juga merupakan pasukan paling banyak yang menjuarai Piala Dunia iaitu sebanyak 5 kali..Brazil telah melahirkan banyak bintang dunia dengan corak pemainan samba yang diminati oleh jutaan peminat di dunia.Berikut skuad terbaru Brazil untuk kejohanan termasyhur di planet ini..enjoy

Skuad Brazil:
Penjaga gol: Alisson (AS Roma/ITA), Cassio (Corinthians/BRA), Ederson (Manchester City/ENG).
Pertahanan: Danilo (Manchester City/ENG), Fagner (Corinthians), Marcelo (Real Madrid/ESP), Filipe Luis (Atletico Madrid/ESP), Miranda (Inter Milan/ITA), Marquinhos (PSG/FRA), Thiago Silva (PSG/FRA), Geromel (Gremio).
Tengah: Casemiro (Real Madrid/ESP), Fernandinho (Manchester City/ENG), Paulinho (Barcelona/ESP), Renato Augusto (Beijing Guoan/CHN), Fred (Shakhtar Donestk/UKR), Philippe Coutinho (Barcelona/ESP), Willian (Chelsea/ENG).
Penyerang: Neymar (PSG/FRA), Gabriel Jesus (Manchester City/ENG), Roberto Firmino (Liverpool/ENG), Douglas Costa (Juventus/ITA), Taison (Shakhtar Donestk/UKR).

07 Mei 2018

MAKLUMAT TUGAS DAN GAJI PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN DAN OPERASI) N19

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
·         

Kumpulan: Pelaksana
·         Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/ Jabatan / Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Perlis, Melaka dan Pulau Pinang
·         Jadual Gaji:
·          
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,352.00
RM4,003.00
RM100.00

·         Syarat Lantikan:
i.        Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a.     warganegara Malaysia;
b.    berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.      
§  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

§  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

§  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

ii.        Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
·         Syarat Peningkatan Secara Lantikan:
i.        Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
a.     mempunyai kelayakan di perenggan i(c) di atas; atau
b.    lulus Peperiksaan Khas; dan
c.     had umur pelantikan:
§  berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
§  berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
§  berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

·         Deskripsi Tugas:
Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.

KELEBIHAN MANIFESTO PAKATAN HARAPAN PADA PRU 14 2018

Manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk pilihan raya umum ke-14 yang menjanjikan 10 perkara, terutama meringankan beban rakyat dalam masa 100 hari pertama pentadbiran kerajaan PH.Dalam 100 hari itu juga Pakatan Harapan mahu mewujudkan suruhanjaya dan jawatankuasa untuk menyiasat dan menangani isu-isu yang menimbulkan kontroversi, termasuk 1MDB dan Perjanjian Malaysia 1963.
  1. Menghapuskan GST dan mengurang kos sara hidup dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat.
  2. Menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar.
  3. Menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum.
Pakatan Harapan juga akan melaksanakan 4 perkara lain menyasarkan hutang yang ditanggung peneroka dan lepasan universiti dan perlindungan untuk suri rumah dan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40):
  1. Menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda.
  2. Memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah.
  3. Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam bergaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam.
  4. Memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40.
Dalam 100 hari itu juga, Pakatan Harapan akan mewujudkan suruhanjaya dan jawatankuasa untuk mengkaji dan menangani isu-isu kontroversi:

  1. Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja 1MDB, Felda, Mara dan Tabung Haji, dan merombak semula struktur kepimpinan mereka.
  2. Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963.
  3. Melancarkan kajian terperinci mengenai projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing.
****TERBAIK PAKATAN HARAPAN UNTUK RAKYAT****