Pages

04 April 2018

RAYUAN BRIM 2018 KINI TELAH DIBUKA SEHINGGA 31 MEI 2018


PM telah umum rayuan BRIM 2018 kini dibuka sehingga 31 mei 2018 .Rayuan boleh dikemukan di LHDN terdekat. Berikut kenyataan pm. KUALA LUMPUR: Rayuan bagi pemohon yang gagal menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 dibuka hari ini hingga 31 Mei depan, kata Datuk Seri Najib Razak.Perdana Menteri berkata rayuan boleh dikemukakan di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang terdekat. "Kepada yang permohonan BR1M mereka tahun ini tak lulus, anda boleh buat rayuan bermula hari ini 2 April sehingga 31 Mei 2018 di mana-mana cawangan @LHDNMofficial," katanya menerusi catatan laman Twitter dan Facebook beliau, hari ini.
PM DS Najib berkata pemohon juga boleh menyemak status mereka dan mendapatkan maklumat lanjut menerusi portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my.
Kerajaan memperuntukkan RM6.8 bilion untuk bayaran kepada 7.2 juta penerima BR1M 2018, dengan bayaran peringkat pertama bermula pada 26 Februari lalu, peringkat kedua pada Jun dan peringkat ketiga pula pada Ogos depan. - SUMBER BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan