Pages

19 November 2017

TUGAS PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29

   Pegawai Tadbir ialah satu jawatan amat penting dalam sebuah jabatan dan organisasi , Ia sama penting dengan Pembantu Tadbir N19, Merupakan nadi utama pengerak sesebuah jabatan. Jawatan ini lah barisan depan Fontliner bagi jabatan itu. Mereka ini boleh dikatakan "semua pandai dalam kerja". Berikut tugasan Pegawai Tadbir N29..

    Tugas Umum Pegawai Tadbir N29: 
Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.
  1. Pengurusan berkaitan pengurusan kewangan
  2. Perolehan bekalan dan pembangunan
  3. Pengurusan
  4. Perkhidmatan personel
  5. Pengurusan pentadbiran pejabat
  6. Pengurusan majlis rasmi
  7. Mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.


KELEBIHANAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) DALAM MEMOHON KERJA DALAM PERKHIDMATAN AWAM


Di dunia ini pelbagai golongan sempurna dan sebaliknya .Kita wajib syukur apa yang ada , Positifkan diri kena lihat golongan yang kurang dari kita baru kita tidak rasa rendah diri , Jangan pandang orang atas dari kita..Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) banyak kelebihan dan bersyukur apayang ada..Kini kemudahan banyak disediakan oleh kerajaan ,, Salah satu Peluang Pekerjaan dalam perkhidmatan awam..
Komitmen kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya terbukti melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988 yang telah dikeluarkan dimana kouta 1% peluang pekerjaan di sektor awam diperuntukkan kepada golongan orang kurang upaya.
Bagi Sektor Swasta, Jawatankuasa Penggalakan Pengajian Orang Cacat Di Sektor Swasta telah ditubuhkan dalam tahun 1990 di bawah Jabatan Buroh Semenanjung Malaysia telah mewujudkan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta yang merupakan suatu garis panduan kepada agensi kerajaan, majikan, pertubuhan majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan orang kurang upaya serta orang kurang kurang upaya sendiri untuk pendaftaran dan penempatan kerja orang kurang upaya bekerja di sektor swasta.
Bagi orang kurang upaya, mereka boleh membuat pendaftaran di mana-mana pejabat buruh di negeri dan daerah ) Kategori OKU boleh di tafsirkan seperti berikut...
KATEGORI ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Bagi maksud pendaftaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengklasifikasikan Orang Kurang Upaya kepada tujuh (7) kategori utama ketidakupayaan seperti berikut:
 1. Kurang Upaya Pendengaran
Individu yang tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran. Terdapat 4 tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU pendengaran, iaitu:
Minima (Mild) -(20-<30dB)(untuk orang dewasa)
Sederhana (Moderate) -(30-<60dB)Teruk (Severe) -(60-<90dB)Sangat Teruk (Profound) - (> 90 dB)
Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang daripada 10 darjah daripada fixation;



 2. Kurang Upaya Penglihatan
Individu yang tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan sepeti cermin mata atau kanta sentuh. OKU penglihatan yang dimaksudkan boleh dibahagi kepada:
i.Buta(Blind)
ii.Penglihatan Terhad (Low Vision/Partially Sighted)
Penglihatan lebih teruk daripada 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang daripada 20 darjah daripada fixation.
 3. Kurang Upaya Fizikal
Seseorang yang mengalami ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan fungsi atau tidak mempunyai satu anggota di mana-mana bahagian anggota badan termasuklah keadaan anggota yang tidak sempurna yang mana keadaan ini akan menjejaskan keupayaannya. Jenis yang termasuk dalam kategori ini ialah kerdil, kudung tangan atau kaki atau keduanya, kudung ibu jari tangan, lumpuh, spina bifida, muscular dystrophy dan cerebral palsy. Bagi kekurangan (impairment) yang tidak menjejaskan fungsi seperti kudung satu jari, mempunyai 6 jari atau lebih dan tidak ada atau kurang sempurna cuping telinga tidak dikategorikan sebagai kurang upaya fizikal.
 4. Masalah Pembelajaran
Seseorang yang menghadapi masalah kecerdasan otal yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah lembam, down syndrome, kurang upaya intelektual, autisme, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), masalah pembelajaran spesifik (dyslexia, dyscalculia, dygraphia) dan lewat perkembangan global (global development delay).
 5. Kurang Upaya Pertuturan
Individu yang mengalami masalah pertuturan tetapi boleh mendengar.
 6. Kurang Upaya Mental
Seseorang yang menghadapi penyakit mental yang teruk yang telah menjalani rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya 2 tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat walaupun setelah menjalani rawatan psikiatri. Antara jenis-jenis penyakit mental tersebut adalah Skizofrenia, Mood Disorder dan Organic Mental Disorder yang serius dan kronik.
 7. Kurang Upaya Pelbagai
Individu yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan di bawah mana-mana lima (5) kategori lain yang sedia ada. Contohnya, seorang individu yang mengalami 2 jenis ketidakupayaan dari segi penglihatan dan pendengaran akan didaftarkan dalam kategori kurang upaya pelbagai.
**MOGA SAMPAI KEPADA GOLONGAN SASAR**


PANDUAN MEMOHON KERJA DI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (SPA)


PENGENALAN SISTEM SMSM
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah menjalankan pengurusan elektronik dalam perkhidmatannya apabila sistem pengambilan berkomputer iaitu Sistem Mengambil Sepanjang Masa (SMSM) diperkenalkan sejak Januari 1997,. Sistem ini direkabentuk dan dibangunkan oleh Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dalam tahun 1995/96, dan dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 21 Disember 1996. Dengan adanya SMSM, ia akan memastikan urusan pengambilan dapat dilaksanakan secara berterusan.
PENDAFTARAN PERMOHON
Pemohon boleh memohon jawatan dengan menggunakan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) melalui Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Maklumat jawatan-jawatan yang ditawarkan boleh dirujuk melalui Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di bahagian 'Maklumat Jawatan (Gaji/Syarat Lantikan/Deskripsi Tugas)'. Pendaftaran permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa dan akan sah laku untuk tempoh satu tahun. Pemohon tidak perlu menunggu iklan disiarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Iklan yang disiarkan melalui media hanya sebagai makluman tentang jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Melalui SMSM, semua permohonan yang lengkap akan didaftarkan di dalam Bank Data berkomputer Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Pemohon-pemohon diingatkan supaya mengisi borang dengan teliti dan memohon jawatan yang bertepatan dengan kelayakan yang diperolehi. Kesilapan mengisi borang menyebabkan calon-calon tidak akan didaftarkan.


JAWATAN YANG BOLEH DI POHON
Pengambilan untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Walau bagaimanapun penempatan ke pusat-pusat latihan setelah calon berjaya menduduki temu duga akan diuruskan oleh KKM sendiri.




Urusan pengambilan bagi tujuan pelantikan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia adalah bagi jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk ijazah, diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (STPM), STAM, SPM dan Sijil Kemahiran Malaysia/Sijil Politeknik/Sijil yang diiktiraf Kerajaan.
Urusan pengambilan bagi jawatan-jawatan kelayakan SRP/PMR dan ke bawah telah diwakilkan kuasa oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Pengarah Jabatan berkenaan. Kementerian/Jabatan tersebut akan mengiklankan jawatan tersebut di dalam akhbar tempatan dari semasa ke semasa. Pemohon hendaklah berhubung terus dengan Kementerian/Jabatan berkenaan apabila iklan dikeluarkan.
Tempoh urusan pengambilan dilaksanakan.

Pada umumnya tempoh proses urusan pengambilan adalah dua belas (12) minggu daripada tarikh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia menerima permohonan lengkap pengisian jawatan daripada Jabatan atau Kementerian bagi jawatan yang melibatkan tapisan dan 24 minggu bagi jawatan yang melibatkan urusan peperiksaan atau ujian bakat/fizikal. Permohonan jawatan dalam SMSM adalah melalui Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) yang disediakan di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia www.spa.gov.my

KEKOSONGAN JAWATAN
Berdasarkan peraturan sekarang, Kementerian/Jabatan dan Pentadbiran Negeri akan melaporkan kekosongan jawatan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia untuk membuat pengisian. Kementerian/Jabatan akan mengemukakan maklumat-maklumat mengenai kekosongan jawatan tersebut dan kriteria pemohon yang diperlukan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia akan memulakan urusan pengambilan dengan menyemak calon-calon yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Sebagai contoh sekiranya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia menerima permohonan daripada Kementerian/Jabatan pada 1 Oktober 2004, hanya calon-calon yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia sehingga tarikh tersebut sahaja akan dipertimbangkan.
Satu proses tapisan akan dijalankan oleh Suruhanjaya untuk memanggil calon temu duga berdasarkan keperluan Kementerian/Jabatan. Peringkat tapisan untuk memanggil calon temu duga adalah peringkat yang kritikal dan rumit.
Apabila jumlah kekosongan adalah sedikit berbanding permohonan biasanya asas tapisan yang digunakan adalah CGPA atau bidang pengajian/pengkhususan seseorang calon berdasarkan keperluan Kementerian/Jabatan.
Bagi beberapa jawatan di mana jumlah permintaan adalah sentiasa tinggi biasanya tiada dikenakan tapisan ke atas calon. Bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang berkaitan, peluang mereka adalah cerah untuk dipanggil temu duga.
**SEMOGA DAPAT JADI PANDUAN UNTUK SEMUA**


14 November 2017

DOA SELAMAT YANG RINGKAS DAN MUDAH UNTUK SEMUA

َْ
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.*

*اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ*
*اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْن َ وَالصَّلاَةُوَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ* *وَالْمُرْسَلِيْنَ lوَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ*

*Allahumma Ya Allah,Ya Rahman, Ya Rahim*
Ampunilah dosa semua sahabat2 kami keluarga kami yang tersayang.
Berikanlah Taufik dan Hidayah Mu kepada mereka.
Mudahkanlah segala urusannya​,limpahkan rezekinya dan kurniakan mereka keluarga yang bahagia didunia dan akhirat.

*Allahuma Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim*
Tanamkan persaan kasih sayang kepada semua sahabat2 kami dan keluarga kami agar kami saling mengasihi..

*Allahumma Ya Rahman*
Kami bermohon agar dipermudah kan lah segala urusan kami hari ini dan hari yg akan datang sesungguh Engkahlah Maha pemurah lagi Maha mengasihani.....

Segala puji pujian hanya utk Mu Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin"

*رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّم ْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا* *لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ*
*رَبَّنَا ء َاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَة*     ً *وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَة*ً *وَقِنَا عَذَابَ النَّار*    
*وَصَلَّى الله ُعَلَى* *سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ*
*وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ*
*Ya Allah*
Ampunkan Dosa kami
*Ya Allah*
                                        

APA ITU MOTOR INSURERS BUREAU (MIB)??

Statistik kemalangan di negara ini pembunuh no 1 yang meragut ribuan nyawa tanpa kita sedari.Ramai mangsa yang tidak tahu jika kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu pulak tidak mahu bayar. Dia kata bukan salah dia! Mesti kita terkedu, kecewa.. sudah la cedera. Takkan kena keluar duit sendiri masuk hospital? Tak adilkan bukan salah kita. Jadi dekat mana kita boleh claim?

Sebenarnya ada solution, ramai yang tidak tahu. Jadi disini hendak maklum untuk semua mangsa. Kes macam ini boleh claim dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB).MIB itu apa? Syarikat insurans ke? Bukan. MIB ini dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang tidak ada insurans.MIB dapat duit dari mana?

MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans wajib mencarum ke dalam MIB. Kalau begitu..Macam mana nak claim dengan MIB ye? Sebelum buat claim dengan MIB kena take note benda-benda ni dulu:

1. Claim MIB boleh dibuat sendiri atau melalui peguam.

2. MIB tak terima kes langgar lari. Mesti tahu no plet kenderaan yang melanggar.

3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian.

4. Jika kita appoint peguam dan nak saman kenderaan itu, mesti inform MIB 30 hari sebelum failkan saman.

5. MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income, dsb MIB tak cover.

6. Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri.

Sudah jelas? Kalau jelas ini dokumen yang kena hantar ke MIB untuk claim:

1. Surat kepada MIB mengandungi details kejadian, sebab untuk claim dan senarai dokumen yang disertakan.

2. Repot polis.

3. Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada).

4. Laporan perubatan.

Hantar dokumen di atas ke:

Motor Insurers' Bureau of West Malaysia
Wisma PIAM
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910          

**SEMOGA MENDAPAT MENAFAAT SEMUA**


07 November 2017

DOA TERBAIK UNTUK PELAJAR YANG MEDUDUKI PEPERIKSAAN SPM

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM tahun telah bermula hingga 5/12/2017 nanti, Ibubapalah yang paling sibuk dan bimbang tentang anak anak kita. Jadi marilah kita sama2 doakan moga2 anak kita dapat menjawab soalan-soalan dengan Tenang dan lancar agar reslt nanti perolehi result CEMERLANG. Aminn.

Doa untuk anak anak kita yang menduduki peperiksaan  SPM salah satunya...

. *بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم*

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكzَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

*بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
 اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
 وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
  أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ uوَالْمُرْسَلِيْن
 وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين

*Ya Allah,*
Minggu ini adalah minggu anak2 kami menduduki peperiksaan SPM. Kami mohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi  YA ALLAH.

*YA ALLAH,*
Peliharalah kesihatan anak anak di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

*YA ALLAH,*
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

*YA ALLAH,*
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah- mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.

*YA ALLAH,*
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu Kau perbaiki akhlak anak anak kami.

*Ya ALLAH,*
kami tidak mampu mengawasi anak anak kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami YA ALLAH. Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.

*YA ALLAH,*
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.

*YA ALLAH,*
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak jiran jiran dan sahabat kami YA ALLAH. Berikanlah mereka kejyaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.

*YA ALLAH*
Perkenankanlah doa kami ini.

   رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.
   رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ.
   رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.
   رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ.
   وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.
   سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ
   وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.

 امين يا رب العالمين.

**SEMOGA BERGUNA UNTUK KITA SEMUA**

01 November 2017

ZIKIR INI MENJADI KITA TENANG DAN SELESA


Zikir banyak kelebihannya dalam islam. Sesiapa yang amal secara berterusan dengan ikhlas dan jujur terhadap ALLAH SWT akan merasa nikmat dan keindahan serta akan ada kesan yang kita sedari atau tidak dalam kehidupan kita ini..Banyak hadis yang memberitahu kelebihan berzikir contoh Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah Laailaha illallah sampai kepada Allah. Disini tip hendak tenang dalam hidup seharian maka amalkan zikir Rabbaniyah setiap hari akan rasa selesa dalam hidup serta akan rasa dekat dengan Allah amalkan zikir2 ini :

1. Astaghfirullahal azim - 100× 

2. Subhanallah wabihamdi subhanallah al azim - 100x 

3. Lailahailallah - 100x 4. HasbiAllah wani'mal wakil - 100x 

5. Subhanallah walhamdulillah walailhaillallah wallahuakbar - 100x 

6. Lahaulawala quwwata illa billahil'ali hil azim - 100x 

7. Allahumma salli 'ala sayidina Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim -100x

*SEMOGA KITA SAMA2 BERJAYA HIDUP DIDUNIA DAN AKHIRAT NANTI*


PERKARA YANG DILARANG DILAKUKAN OLEH PARA ISTERI


Suami adalah ketua keluarga dalam islam dan tanggungjawab sangat besar kepada sesebuah keluarga. Maka tanggjawab para isteri untuk mentaatsuaminya selagi suaminya tidak melanggar hukum islam (syarak)

Berikut Hal-hal yang menjadikan wanita itu durhaka kepada suaminya seperti tersebut dalam kitab Muhimmah Karangan Abdul Rauf Fanshuri Acheh dan Abdullah Abdul Rahim Fathani :

·         Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya baik itu untuk jimak atau menyentuh mana saja bagian tubuhnya.

·         Keluar rumah tanpa izin suami baik itu ketika suami ada di rumahataupun tidak ada.

·         Keluar rumah karena belajar ilmu yang bukan ilmu fardhu ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu fardhu ain jika suaminya tidak mampu mengajar.

·         Tidak mau berpindah (berhijrah) bersama suaminya.

·         Mengunci pintu, tidak mengizinkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.

·        Bermuka masam ketika berhadapan dengan suami.

·        Minta talak atau cerai tanpa sebab mengikut hukum islam

·        Berpaling atau membelakangi suami ketika berbicara.

·        Menyakiti hati suami baik itu dengan perkataan atau perbuatan.

·        Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.

·        Mengizinkan orang lain masuk ke dalam rumah, sedangkan orang itu tidak disukai oleh suami.

***SEMOGA MENDAPAT MENAFAAT UNTUK SEMUA***

11 Oktober 2017

PASUKAN BESAR YANG GAGAL LAYAK KE PIALA DUNIA 2018


Pasukan besar yang tersingkir dari World Cup Russia 2018
Sedih dan kerugian besar bagi peminat dan penyokong pasukan besar dunia yang gagal layak ke Piala Dunia Russia 2018..Setakat ini 7 Pasukan besar yang gagal..Kerugian disegi penajaan siaran telvision dan penajaan masing masing..

1) BELANDA
2) USA
3) CHILE
4) WALES
5) BOSNIA
6) CAMEROON
7) GHANA

*Pasukan yang akan bermain Play Off*

1) SWITZERLAND vs NORTHERN IRELAND
2) ITALI vs SWEDEN
3) DENMARK vs REPUBLIC IRELAND
4) CROTIA vs GREECE
5) AUSTRALIA vs HONDURAS
6) NEW ZEALAND vs PERU






PASUKAN YANG TELAH LAYAK KE PIALA DUNIA 2018



Pasukan yang sudah layak ke WORLD CUP 2018 RUSSIA
1) RUSSIA
2) BRAZIL
3) IRAN
4) JEPUN
5) MEXICO
6) BELGIUM
7) KOREA SELATAN
8) ARAB SAUDI
9) GERMAN
10 ENGLAND
11) SEPAYOL
12) NIGERIA
13)COSTA RICA
14)POLOND
15) MESIR
16) SERBIA
17) ICELAND
18) PERANCIS
19) PORTUGAL
20) URUGUAY
21)ARGENTINA
22) COLOMBIA
23) PANAMA

*Pasukan yang akan bermain Play Off*
1) SWITZERLAND
2) ITALI
3) DENMARK
4) CROTIA
5) NORTHERN IRELAND
6) GREECE
7) IRELAND
8) AUSTRALIA
9) NEW ZEALAND
10) PERU
11) HONDURAS

*Pasukan besar yang tersingkir dari World Cup*
1) BELANDA
2) USA
3) CHILE
4) WALES
5) BOSNIA
6) CAMEROON
7) GHANA

10 Oktober 2017

30 LIST OF NAME FOR BALLON D'OR AWARD 2017

Cristiano Ronaldo and Lionel Messi are among the 2 big names listed in the 30 names chosen for the final candidate for the Ballon D "Or 2017 award issued by the French Football Association yesterday. Neymar is also listed on the list. a total of 7 people followed PSG and Juventus for 3 people .. Here is the official list ..
  1. Cristiano Ronaldo (Real Madrid)
  2. Karim Benzema (Real Madrid)
  3. Luka Modric (Real Madrid)
  4. Isco (Real Madrid)
  5. Marcelo (Real Madrid)
  6. Sergio Ramos (Real Madrid)
  7. Toni Kroos (Real Madrid)
  8. Edinson Cavani (Paris Saint-Germain)
  9. Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain)
  10. Neymar (Paris Saint-Germain)
  11. Gianluigi Buffon (Juventus)
  12. Leonardo Bonucci (Juventus)
  13. Paulo Dybala (Juventus)
  14. Lionel Messi (Barcelona)
  15. Luis Suarez (Barcelona)
  16. Antoine Griezmann (Atletico Madrid)
  17. Jan Oblak (Atletico Madrid)
  18. Mats Hummels (Bayern Munich)
  19. Robert Lewandowski (Bayern Munich)
  20. Eden Hazard (Chelsea)
  21. N'Golo Kante (Chelsea)
  22. Philippe Coutinho (Liverpool)
  23. Sadio Mane (Liverpool)
  24. Radamel Falcao (Monaco)
  25. Dries Mertens (Napoli)
  26. Kevin De Bruyne (Manchester City)
  27. David de Gea (Manchester United)
  28. Harry Kane (Tottenham)
  29. Edin Dzeko (Roma)
  30. Pierre-Emerick Aubameyang (Borussia Dortmund)

30 CALON ANUGERAH BALLON D'OR TAHUN 2017


SENARAI 30 ORANG CALON ANUGERAH BALLON D'OR 2017 : 

Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi antara 2 nama besar yang tersenarai dalam 30 nama yang dipilih pada calon akhir untuk anugerah Ballon D" Or 2017 yang dikeluarkan oleh Persatuan bola Sepak Perancis semalam..Neymar juga turut tersenarai dalam list itu. Kelab Real Madrid menpunyai wakil paling ramai iaitu seramai 7 orang diikuti PSG dan Juventus seramai 3 orang..Berikut senarai rasmi..
  1. Cristiano Ronaldo (Real Madrid)
  2. Karim Benzema (Real Madrid)
  3. Luka Modric (Real Madrid)
  4. Isco (Real Madrid)
  5. Marcelo (Real Madrid)
  6. Sergio Ramos (Real Madrid)
  7. Toni Kroos (Real Madrid)
  8. Edinson Cavani (Paris Saint-Germain)
  9. Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain)
  10. Neymar (Paris Saint-Germain)
  11. Gianluigi Buffon (Juventus)
  12. Leonardo Bonucci (Juventus)
  13. Paulo Dybala (Juventus)
  14. Lionel Messi (Barcelona)
  15. Luis Suarez (Barcelona)
  16. Antoine Griezmann (Atletico Madrid)
  17. Jan Oblak (Atletico Madrid)
  18. Mats Hummels (Bayern Munich)
  19. Robert Lewandowski (Bayern Munich)
  20. Eden Hazard (Chelsea)
  21. N'Golo Kante (Chelsea)
  22. Philippe Coutinho (Liverpool)
  23. Sadio Mane (Liverpool)
  24. Radamel Falcao (Monaco)
  25. Dries Mertens (Napoli)
  26. Kevin De Bruyne (Manchester City)
  27. David de Gea (Manchester United)
  28. Harry Kane (Tottenham)
  29. Edin Dzeko (Roma)
  30. Pierre-Emerick Aubameyang (Borussia Dortmund)