Komitmen
kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya terbukti
melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988 yang telah dikeluarkan dimana
kouta 1% peluang pekerjaan di sektor awam diperuntukkan kepada golongan orang
kurang upaya.
Bagi
Sektor Swasta, Jawatankuasa Penggalakan Pengajian Orang Cacat Di Sektor Swasta
telah ditubuhkan dalam tahun 1990 di bawah Jabatan Buroh Semenanjung Malaysia
telah mewujudkan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta yang
merupakan suatu garis panduan kepada agensi kerajaan, majikan, pertubuhan
majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan orang kurang upaya serta
orang kurang kurang upaya sendiri untuk pendaftaran dan penempatan kerja orang
kurang upaya bekerja di sektor swasta.
Bagi
orang kurang upaya, mereka boleh membuat pendaftaran di mana-mana pejabat buruh
di negeri dan daerah ) Kategori OKU boleh di tafsirkan seperti berikut...
KATEGORI ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Bagi
maksud pendaftaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengklasifikasikan Orang Kurang
Upaya kepada tujuh (7) kategori utama ketidakupayaan seperti berikut:
1. Kurang Upaya Pendengaran
Individu
yang tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua belah telinga tanpa
menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung
walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran. Terdapat 4 tahap yang
boleh dikategorikan sebagai OKU pendengaran, iaitu:
Minima (Mild) -(20-<30dB)(untuk
orang dewasa)
Sederhana (Moderate) -(30-<60dB)Teruk (Severe) -(60-<90dB)Sangat Teruk (Profound) - (> 90 dB)Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang daripada 10 darjah daripada fixation;
2. Kurang Upaya Penglihatan
Individu
yang tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad sama ada di sebelah
atau di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan
sepeti cermin mata atau kanta sentuh. OKU penglihatan yang dimaksudkan boleh
dibahagi kepada:
i.Buta(Blind)
ii.Penglihatan
Terhad (Low Vision/Partially Sighted)
Penglihatan
lebih teruk daripada 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60
walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan
kurang daripada 20 darjah daripada fixation.
3. Kurang Upaya Fizikal
Seseorang
yang mengalami ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan fungsi atau
tidak mempunyai satu anggota di mana-mana bahagian anggota badan termasuklah
keadaan anggota yang tidak sempurna yang mana keadaan ini akan menjejaskan
keupayaannya. Jenis yang termasuk dalam kategori ini ialah kerdil, kudung
tangan atau kaki atau keduanya, kudung ibu jari tangan, lumpuh, spina
bifida, muscular dystrophy dan cerebral palsy. Bagi
kekurangan (impairment) yang tidak menjejaskan fungsi seperti
kudung satu jari, mempunyai 6 jari atau lebih dan tidak ada atau kurang
sempurna cuping telinga tidak dikategorikan sebagai kurang upaya fizikal.
4. Masalah Pembelajaran
Seseorang
yang menghadapi masalah kecerdasan otal yang tidak selaras dengan usia
biologikalnya. Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah lembam, down
syndrome, kurang upaya intelektual, autisme, Attention Deficit
Hyperactive Disorder (ADHD), masalah pembelajaran spesifik (dyslexia,
dyscalculia, dygraphia) dan lewat perkembangan global (global
development delay).
5. Kurang Upaya Pertuturan
Individu
yang mengalami masalah pertuturan tetapi boleh mendengar.
6. Kurang Upaya Mental
Seseorang
yang menghadapi penyakit mental yang teruk yang telah menjalani rawatan atau
telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya 2 tahun oleh Pakar Psikiatri.
Akibat daripada penyakit yang dialami, mereka masih tidak berupaya untuk
berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau
perhubungan dalam masyarakat walaupun setelah menjalani rawatan psikiatri.
Antara jenis-jenis penyakit mental tersebut adalah Skizofrenia, Mood
Disorder dan Organic Mental Disorder yang serius dan kronik.
7. Kurang Upaya Pelbagai
Individu
yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya
tidak sesuai diklasifikasikan di bawah mana-mana lima (5) kategori lain yang
sedia ada. Contohnya, seorang individu yang mengalami 2 jenis ketidakupayaan
dari segi penglihatan dan pendengaran akan didaftarkan dalam kategori kurang
upaya pelbagai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan