Statistik kemalangan di negara ini pembunuh no 1 yang meragut ribuan nyawa tanpa kita sedari.Ramai mangsa yang tidak tahu jika kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu pulak tidak mahu bayar. Dia kata bukan salah dia! Mesti kita terkedu, kecewa.. sudah la cedera. Takkan kena keluar duit sendiri masuk hospital? Tak adilkan bukan salah kita. Jadi dekat mana kita boleh claim?
Sebenarnya ada solution, ramai yang tidak tahu. Jadi disini hendak maklum untuk semua mangsa. Kes macam ini boleh claim dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB).MIB itu apa? Syarikat insurans ke? Bukan. MIB ini dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang tidak ada insurans.MIB dapat duit dari mana?
MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans wajib mencarum ke dalam MIB. Kalau begitu..Macam mana nak claim dengan MIB ye? Sebelum buat claim dengan MIB kena take note benda-benda ni dulu:
1. Claim MIB boleh dibuat sendiri atau melalui peguam.
2. MIB tak terima kes langgar lari. Mesti tahu no plet kenderaan yang melanggar.
3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian.
4. Jika kita appoint peguam dan nak saman kenderaan itu, mesti inform MIB 30 hari sebelum failkan saman.
5. MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income, dsb MIB tak cover.
6. Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri.
Sudah jelas? Kalau jelas ini dokumen yang kena hantar ke MIB untuk claim:
1. Surat kepada MIB mengandungi details kejadian, sebab untuk claim dan senarai dokumen yang disertakan.
2. Repot polis.
3. Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada).
4. Laporan perubatan.
Hantar dokumen di atas ke:
Motor Insurers' Bureau of West Malaysia
Wisma PIAM
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910
**SEMOGA MENDAPAT MENAFAAT SEMUA**
Tiada ulasan:
Catat Ulasan