Di Dunia ini kita diciptakan bersaudara dan saling memerlukan antara satu sama lain..umpama cubit peha kanan peha kiri turut sakit...Cuba lihat ungkapan menarik ini..
Syurga *lelaki*
Pada perempuan iaitu *IBU*
Syurga *perempuan*
Pada lelaki iaitu *suami.*
Sehebat-hebat *suami*
Kena patuh pada *ibu.*
Sehebat-hebat *ibu*
Kena patuh pada *suami.*
Masa *hidup*
Anak perlukan *doa ibubapa.*
Masa *mati*
ibubapa perlukan *Doa Anak*
*Sehebat-hebat manusia*,
Bila mati dia tetap perlu orang lain untuk *kebumi jenazahnya.*
*Setinggi-tinggi ilmu yang manusia ada.
Dia tetap perlu belajar daripada seorang *guru.*
Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara.
Pasti yang dirindu adalah *keluarga.*
Walau *sekaya* manapun seorang manusia.
Dia tetap perlu orang lain untuk *berurusan*
Seorang *Majikan*
tidak akan mampu uruskan perjalanan premis/Jabatannya tanpa *pekerja bawahannya.*
Seorang *raja*
Tidak berkuasa tanpa ada *rakyat jelata.*
Inilah manusia...*Lemah.*
Walau sehebat mana pun kita didunia.
Walau pun memegang pangkat dan darjat tertinggi.
Taraf kita hanya seorang *"Hamba".*
Jadi kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat ??? Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada *taraf ujub, riak,sombong dan hina* *Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat.*sombong dan merasa dia lebih baik.* Hakikatnya kita sama2 memerlukan antara satu sama lain
Tiada ulasan:
Catat Ulasan