Sudahkah anda mendaftar sebagai Pengundi? Musim mengundi hampir tiba, Tunaikan tanggungjawab anda sebagai warganegara...Undi anda adalah rahsia..Anda penentu masa depan negara ...
Maklumat Asas Pendaftar Pemilih..
Mengikut Perkara 113
Perlembagaan Persekutuan, salah satu fungsi SPR adalah untuk mendaftarkan
warganegara yang layak sebagai pemilih supaya mereka dapat menyertai proses
memilih wakil untuk menyuarakan pendapat mereka dalam Dewan Rakyat atau Dewan
Undangan Negeri.
Urusan pendaftaran ini
telah dilaksanakan oleh SPR semenjak ia ditubuhkan tanpa gagal. Urusan yang
dahulunya dilakukan secara bermusim iaitu setahun sekali selama antara 21
hingga 42 hari, kini dibuka setiap hari untuk sepanjang tahun sejak 16 Julai
2002.
Adalah menjadi hak
setiap warga negara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara
melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan
Dewan-dewan Undangan Negeri. Sebelum anda dibenarkan mengundi wakil rakyat
pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda perlulah
mendaftarkan nama anda sebagai pemilih. Anda tidak boleh mengundi sekiranya
nama anda tidak disenaraikan dalam daftar pemilih.
SPR menjalankan 2 jenis
pendaftaran pemilih iaitu:
(a)Pendaftaran Baru: SPR menerima permohonan
warganegara yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih buat pertama kali.
(b) Pendaftaran Tukar Alamat dan Pusat Mengundi: SPR
juga menerima permohonan pemilih berdaftar yang memohon untuk mendaftarkan
alamat tempat tinggalnya yang baru. Ia dikaitkan dengan pertukaran alamat Pusat
Mengundi kerana secara lazimnya, sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat
baru, maka, Pusat Mengundinya akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat
tempat barunya itu.
Mengikut undang-undang pilihan raya, SPR boleh mendaftarkan 2
jenis pemilih iaitu:
(a) Pemilih Biasa: Pemilih biasa adalah pemilih
berdaftar yang perlu hadir untuk mengundi di pusat-pusat mengundi semasa
pilihan raya.
(b) Pengundi Tidak Hadir: Pengundi Tidak Hadir atau
PTH adalah golongan pemilih yang dinyatakan dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan
Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, iaitu, anggota tentera dan pasangan,
anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang
menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan
pasangan yang menetap bersamanya. PTH ini dibenarkan mengundi secara pos.
Syarat-syarat
kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:
(a)Seorang warganegara Malaysia;
(b)Telah mencapai umur 21 tahun;
(c)Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin
didaftarkan; dan
(d)Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh
undang-undang yang berkuat kuasa.
Tempat Tempat untuk
mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:
(a) Ibu Pejabat SPR
Malaysia
Aras G, Menara SPR
No.2, Jalan P2T, Presint 2
62100 Putrajaya
No. Telefon: 03-88927000
(b) Pejabat-Pejabat Piliihan Raya Negeri
(c) Maklumat pejabat-pejabat pos
(d) Kaunter SPR melalui Program Outreach
(e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat
Jeneral di Luar Negeri
Sila klik pada http://www.kln.gov.my/home/
(f) Penolong Pendaftar yang dilantik daripada kalangan parti-parti
politik,agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan
color:black'>(b) Pejabat-Pejabat Piliihan Raya Negeri
(c) Maklumat pejabat-pejabat pos
(d) Kaunter SPR melalui Program Outreach
(e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat
Jeneral di Luar Negeri
Sila klik pada http://www.kln.gov.my/home/
(f) Penolong Pendaftar yang dilantik daripada kalangan parti-parti
politik,agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan