Pages

23 Julai 2017

CARA DAN TEMPAT PENDAFTARAN MENGUNDI DI MALAYSIA

Sudahkah anda mendaftar sebagai Pengundi? Musim mengundi hampir tiba, Tunaikan tanggungjawab anda sebagai warganegara...Undi anda adalah rahsia..Anda penentu masa depan negara ...

Maklumat Asas Pendaftar Pemilih..
Mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, salah satu fungsi SPR adalah untuk mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih supaya mereka dapat menyertai proses memilih wakil untuk menyuarakan pendapat mereka dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.
Urusan pendaftaran ini telah dilaksanakan oleh SPR semenjak ia ditubuhkan tanpa gagal. Urusan yang dahulunya dilakukan secara bermusim iaitu setahun sekali selama antara 21 hingga 42 hari, kini dibuka setiap hari untuk sepanjang tahun sejak 16 Julai 2002.
Adalah menjadi hak setiap warga negara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri. Sebelum anda dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda perlulah mendaftarkan nama anda sebagai pemilih. Anda tidak boleh mengundi sekiranya nama anda tidak disenaraikan dalam daftar pemilih.
SPR menjalankan 2 jenis pendaftaran pemilih iaitu:
(a)Pendaftaran Baru: SPR menerima permohonan warganegara yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih buat pertama kali.
(b) Pendaftaran Tukar Alamat dan Pusat Mengundi: SPR juga menerima permohonan pemilih berdaftar yang memohon untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. Ia dikaitkan dengan pertukaran alamat Pusat Mengundi kerana secara lazimnya, sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru, maka, Pusat Mengundinya akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat tempat barunya itu.
Mengikut undang-undang pilihan raya, SPR boleh mendaftarkan 2 jenis pemilih iaitu:
(a) Pemilih Biasa: Pemilih biasa adalah pemilih berdaftar yang perlu hadir untuk mengundi di pusat-pusat mengundi semasa pilihan raya.
(b) Pengundi Tidak Hadir: Pengundi Tidak Hadir atau PTH adalah golongan pemilih yang dinyatakan dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, iaitu, anggota tentera dan pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya. PTH ini dibenarkan mengundi secara pos.
Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:
(a)Seorang warganegara Malaysia;
(b)Telah mencapai umur 21 tahun;
(c)Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
(d)Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.
Tempat Tempat untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:
(a) Ibu Pejabat SPR Malaysia

Aras G, Menara SPR
No.2, Jalan P2T, Presint 2
62100 Putrajaya
No. Telefon: 03-88927000


(b) Pejabat-Pejabat Piliihan Raya Negeri

(c) Maklumat pejabat-pejabat pos

(d) Kaunter SPR melalui Program Outreach

(e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri



(f) Penolong Pendaftar yang dilantik daripada kalangan parti-parti politik,agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan
color:black'>(b) Pejabat-Pejabat Piliihan Raya Negeri

(c) Maklumat pejabat-pejabat pos

(d) Kaunter SPR melalui Program Outreach

(e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri



(f) Penolong Pendaftar yang dilantik daripada kalangan parti-parti politik,agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan

 **SEMOGA MENJADI RUJUKAN DAN PANDUAN UNTUK KITA SEMUA**


20 Julai 2017

MEMORI INDAHNYA ZAMAN KANAK KANAK DAN ALAM PERSEKOLAHAN


Zaman kanak kanak ialah zaman terindah. Semua kita melaluinya. Kekadang kita senyum sendirian bila mengenangkan., yang lebih nastogia/memilukan bila kenangan itu bersama orang tua kita yang telah tiada..(Al Fatihah) Jom kita imbau zaman kanak-kanak kita dulu. Siapa pernah buat salah satu benda-benda kat bawah ni masa kecil-kecil dulu...nice..

1. Buka kipas meja, cakap depan kipas, nak dengar suara bertukar dan bergetar.

2. Naik kereta, tengok bulan dan ingat bulan ikut kita atau tengok berita dalam TV kemudian perasan sipembaca berita asyik tengok kita.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari ‘handle’, rasa hebat.

4. Masa sekolah, ada orang bagi milo/susu free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi.

5. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan di antara bukit. Siap ada mata lagi.

6. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni

7.Tonton tv mesti selalu dok depan sekali

8. Bila mandi sungai/laut Selalu kencing/kentut dalam air

9. Kalau tak siap kerja rumah sengaja tinggal buku latihan kat rumah !

10. Kelas pendidikan seni suka buat pemandangan sawah padi, berpetak-petak kemudian ada sebiji rumah di tengah-tengah.

11. Kalau guna warna tak nak tekan sebab takut habis.

12. Sharpener tak boleh tiup sebab takut tumpul.

13.Kelas paling suka ialah pendidikan jasmani(biasa main bola/kejar kejar dan paling tidak suka kelas matematik dan english

**KENANGAN INDAH INI MENJADI MEMORI SELAMANYA**


JADUAL AMALAN HARIAN TERBAIK UNTUK KITA SEMUA


Kehidupan kita di dunia ini hanyalah sementara, Kita jangan alpa dengan keindahan duniawi yang mengoda ini. Kita perlu sedar di dunia ini tempat kita mencari bekal sebanyak banyaknya untuk kita bawa ke akhirat nanti yang kekal abadi..Jadi marilah kita amalkan jadual yang diberi oleh para ulama dan cerdik pandai islam sebagai panduan bersama..Bab kata ilmuan "Tidak Mampu buat jangan tinggal semua"....


1. Bangun Malam (Sekitar Jam 3 Pagi) Mandi Dan Ambil Wuduk

2. Solat Sunat Wuduk

3. Solat Sunat Taubat

4. Solat Sunat Tahajjud (8 Rakaat).

5. Solat Sunat Hajat (Minta Allah Makbulkan Permintaan Kita)

6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.

7. Istighfar 100x

8. Tahlil 300x

9. Tasbih 40x

10.Solat Sunat Fajar.

11. Solat Subuh.

12. Baca Surah Yassin lepas subuh.

14.Solat Sunat Dhuha 6 Rakaat.

15. Solat Zohor-Solat Sunat Sebelum Dan Solat Sunat Selepas

16.Solat Asar-Solat Sunat Sebelum

17. Solat Maghrib-Solat sunat selepas

18. Solat Isya-Solat sunat sebelum Dan Solat sunat selepas

19. Sebelum Tidur Baca :Al-Quran (Surah Al-Mulk,Surah Sajjadah,Surah Al-Waqiah

20. Setiap Hari Mesti Sedekah, Walaupun Sedikit.

“Di Dunia Bukan Tempat Untuk Berehat Tetapi Tempat Untuk Beribadat."



KELEBIHAN DAN KEBAIKAN BILA SOLAT BERJEMAAH DI MASJID

 

Jom ke Masjid..Mari kita solat berjemaah, Jadikan masjid rumah ke 2 kita..Solat berjemaah fadilat 27 kali ganda pahala. Kalau hari jumaat, Hari puasa ramadhan lagilah tinggi pahala..Antara kelebihan dan kebaikan solat berjemaah di masjid ialah..

1. Pahala Sahut Seruan Azan

2. Pahala Melangkah Ke Masjid

3. Pahala Masuk Masjid.

4. Pahala Melangkah Kaki Kanan Kedalam Masjid

5. Pahala Doa Masuk Masjid

6. Pahala Solat Tahiyyatul Masjid

7. Pahala I'tikaf

8. Pahala Solat Berjamaah

9. Pahala Takbiratul Ihram Bersama Imam

10. Pahala Amin Bersama Imam

11. Pahala Rapatkan Sof,

12. Pahala Luruskan Sof

13. Pahala Dengar Tilawah Quran

14. Pahala Hubung Silaturrahim

15. Pahala Duduk Dalam Majlis Zikir


16. Pahala Duduk Dalam Majlis Ilmu

17. Pahala Jadi Makmum

19. Pahala Bersalaman Dgn Kwn2 Ahli Jamaah

20. Pahala Menuntut Ilmu

21. Pahala Nasihat Menasihati

22. Pahala Bersihkan Masjid

23. Pahala Mendengar Dan Mempelajari Bacaan Quran Yang Betul Melalui Bacaan Imam.
24. Pahala Mengingatkan Imam Jika Beliau Lupa

25. Pahala Menghidupkan Sunnah Rasulullah Saw

26. Pahala Menghidupkan Syiar Agama Islam

27. Pahala Doa Keluar Masjid Dan Denganlangkah Kiri.

28. Pahala Infaq/Derma Kat Tabung Masjid.

29. Pahala Solat Awal Waktu


30. Pahala Berjaya Menundukkan Hawa Nafsu Yg Mengajak Supaya Solat Di Rumah Sahaja Dah Memadai

***JOM KE MASJID***


KEBAIKAN BERSEDEKAH YANG KITA TIDAK SEDARI


Pahala bagi orang bersedekah memang banyak.Maka Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah. Dimata kasar nampak berkurangan tetapi hakikat makin bertambah..Adakah anda tahu atau pernah membaca tentang faedah bersedekah?Amat banyak faedah serta kebaikan..antaranya..

1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga.

2. Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan

3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka.

4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur.

5. Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.

7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)

9. Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10. Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya.

11. Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia.

12. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar.

14. Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa.

15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

18. Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan.

20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian.

22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung burung.

**MARILAH KITA BERSEDEKAH UNTUK SAHAM KITA DI AKHIRAT NANTI**

AMALAN SEDEKAH YANG AMAT MUDAH DAN FREE JE

Sedekah penyubur harta benda dan banyak kebaikan yang kita tidak sedari, jadi rajin rajinlah bersedekah mengikut kemampuan kita..Bagi yang tiada harta banyak lagi solution yang sebenarnya mudah, sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta'ala begitu luas dan tiada henti.
Dia menjadikan sedekah bukan hanya pada harta sahaja. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah. Sedekah itu pelbagai yang kita tidak ketahui atau sedari seperti berikut :

1. Setiap Tasbih Dan Tahmid Adalah Sedekah.

2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.

3. Amar ma'ruf nahi munkar anda (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.

4. Bukalah Whatsapp, FB, Instagram dll anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.

5. Senyum anda kepada suami dan anak-anak anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.

6. Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.

7. Tahanlah diri anda dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.

8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang dijalan, itupun sedekah.

9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui, itupun sedekah.

10. Berilah makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan, itupun sedekah.

11. Berilah makan pada kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia, itupun sedekah.

12. Muliakanlah tamu di rumah anda yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.

13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada org Islam ataupun bkn Islam, itupun sedekah.

14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan anda, itupun sedekah.

15. Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.

Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapapun...Riak Atau Maju Menunjuk Nunjuk..

Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang tuamu, suami, dan anak-anakmu). Mereka yang paling utama.... yang paling dekat, kemudian yang terdekat.Wallahu a'lam...

12 Julai 2017

WAKTU TERBAIK DAN MUDAH DI MAKBUL DOA


Doa ialah senjata bagi orang mukmin. Doa tidak memerlukan belanja. Ia adalah free dan boleh dibuat spanjang masa setiap saat tetapi kita perlu tahu saat mustajab dan mudah di makbul doa...salah satu ialah di waktu bulan ramadhan. Tiga Waktu Terkabulnya Doa di Bulan Ramadhan..

Dari Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ لِلّهِ فِى كُلِّ يَوْمٍ عِتْقَاءَ مِنَ النَّارِ فِى شَهْرِ رَمَضَانَ ,وَإِنَّ لِكُلِّ مُسْلِمٍ دَعْوَةً يَدْعُوْ بِهَا فَيَسْتَجِيْبُ لَهُ

”Sesungguhnya Allah membebaskan beberapa orang dari api neraka pada setiap hari di bulan Ramadhan, dan setiap Muslim apabila dia memanjatkan do’a, akan dikabulkan.” (Hadith riwayat. Al Bazaar. Al Haitsami dalam Majma’ Az-Zawaid, 10:14 mengatakan bahwa perawinya terpercaya. Lihat Jami’ul Ahadits, 9:224)

Ada tiga waktu utama terkabulnya do’a di bulan Ramadhan:

1- Waktu sahur

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِى فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِى فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِى فَأَغْفِرَ لَهُ

“Rabb kita tabaraka wa ta’ala turun ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir. Lantas Allah berfirman, “Siapa saja yang berdo’a kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, maka Aku beri. Siapa yang meminta ampunan kepada-Ku, maka akan Aku ampuni.” (Hadith riwayat Bukhari #1145 dan Muslim #758).

Ibnu Hajar juga menjelaskan hadits di atas dengan berkata, “Do’a dan istighfar di waktu sahur mudah dikabulkan.” (Fath Al-Bari, 3:32)

2- Saat berpuasa

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

“Tiga orang yang do’anya tidak tertolak: orang yang berpuasa sampai ia berbuka, pemimpin yang adil, dan do’a orang yang dizalimi.” (Hadith riwayat Ahmad 2:305. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahawa hadits ini shahih dengan berbagai jalan dan penguatnya)

Imam Nawawi rahimahullah berkata,

“Disunnahkan orang yang berpuasa untuk memperbanyak do’a demi urusan akhirat dan dunianya, juga ia boleh berdo’a untuk hajat yang ia inginkan, begitu pula jangan lupakan do’a kebaikan untuk kaum muslimin secara umum.” (Al-Majmu’, 6:273)

3- Ketika berbuka puasa

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الإِمَامُ الْعَادِلُ وَالصَّائِمُ حِينَ يُفْطِرُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

“Ada tiga orang yang do’anya tidak ditolak : (1) Pemimpin yang adil, (2) Orang yang berpuasa ketika dia berbuka, (3) Do’a orang yang terzalimi.” (Hadith riwayat Tirmidzi #2526, #3598 dan Ibnu Majah #1752. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa hadits ini hasan)

Dalam Tuhfah Al-Ahwadzi (7:278) disebutkan bahawa kenapa do’a mudah dikabulkan ketika berbuka puasa yaitu kerana saat itu, orang yang berpuasa telah menyelesaikan ibadahnya dalam keadaan tunduk dan merendahkan diri.

**Moga Allah SWT Memperkenankan Setiap Do’a kita **



11 Julai 2017

NIAT PUASA SEBAGAI PANDUAN KITA SEMUA


Puasa ialah Rukun Islam ke Tiga (3) .Setiap tahun kita menjalani ibadah puasa ini, Banyak kebaikan dan hikmah berpuasa yang kita sedar atau tidak..Bagi menceriakan lagi ramadhan yang mulia ini admint sertakan lafaz niat puasa sebagai peringatan dan panduan untuk kita semua.

Erti puasa menurut bahasa adalah menahan. Menurut syariat islam puasa adalah suatu bentuk ibadah kepada Allah SWT dengan cara menahan diri dari makan, minum, hawa nafsu, dan hal-hal lain yang dapat membatalkan puasa sejak terbit matahari / fajar / subuh hingga matahari terbenam / maghrib dengan berniat terlebih dahulu sebelumnya.

*Lafaz niat puasa setiap malam. Niat ringkas:*

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

"Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala."

*Lafaz lengkap:*

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

"Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala."

*Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:*

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

"Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala."

**Selamat Menunaikan Ibadah Puasa**



JANGAN SOMBONG KITA SEMUA SALING MEMERLUKAN



Di Dunia ini kita diciptakan bersaudara dan saling memerlukan antara satu sama lain..umpama cubit peha kanan peha kiri turut sakit...Cuba lihat ungkapan menarik ini..

Syurga *lelaki*
Pada  perempuan iaitu *IBU*

Syurga *perempuan*
Pada lelaki iaitu *suami.*

Sehebat-hebat *suami*
Kena patuh pada *ibu.*

Sehebat-hebat *ibu*
Kena patuh pada *suami.*

Masa *hidup*
Anak perlukan *doa ibubapa.*    

Masa *mati*
ibubapa perlukan *Doa Anak*

*Sehebat-hebat manusia*,
Bila mati dia tetap perlu orang lain untuk *kebumi jenazahnya.*

*Setinggi-tinggi ilmu yang manusia ada.
Dia tetap perlu belajar daripada seorang *guru.*

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara.
Pasti yang dirindu adalah *keluarga.*

Walau *sekaya* manapun seorang manusia.
Dia tetap perlu orang lain untuk *berurusan*

Seorang *Majikan*
tidak akan mampu uruskan perjalanan premis/Jabatannya tanpa *pekerja bawahannya.*

Seorang *raja*
Tidak berkuasa tanpa ada *rakyat jelata.*

Inilah manusia...*Lemah.*
Walau sehebat mana pun kita didunia.
Walau pun memegang pangkat dan darjat tertinggi.
Taraf kita hanya seorang *"Hamba".*


Jadi kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat ??? Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada *taraf ujub, riak,sombong dan hina* *Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat.*sombong dan merasa dia lebih baik.* Hakikatnya kita sama2 memerlukan antara satu sama lain


*Renungan Bersama*......



PERINGATAN BERGUNA BILA KITA SUDAH BERUMUR (HIKMAH DAN KEBAIKAN)

Bila sebut hari tua atau usia tua...Kita semua PASTI akan melalui juga nanti, Suka atau tidak terpaksa kita terima hakikat itu. Persoalan mengapa bila meningkat usia, banyak perkara yang digemari sewaktu muda semakin kurang menyeronokkan? lihatlah dengan mata hati supaya kita dapat muhasabah diri..

*SATU*
Bila tua, keinginan untuk makan sedap2 semakin berkurangan. Nafsu makan sudah berkurangan. 
*HIKMAHnya :*
Perbanyakkan puasa sunat Isnin/Khamis & hari purnama penuh (13hb -15hb) ataupun mengqada’ puasa2 yang pernah ditinggalkan sewaktu muda dahulu..

*DUA*
Bila tua, kerap terjaga di waktu malam & mata sukar nak lelap.
*HIKMAHnya :*
Bangunlah untuk mengerjakan solat2 tahajjud, solat witir & lain2. Barangkali sewaktu muda jarang sekali melakukannya, maka Allah beri kita peluang untuk melakukannya sebelum berakhirnya usia.

*TIGA*
Bila tua sudah kurang gemar menonton tv. Tidak ada lagi rancangan tv yang diminati. Kurang berhibur.
*HIKMAHnya :*
Waktu yang terluang itu, perbanyakkan membaca Al-Quran. Mungkin sewaktu muda jarang sekali khatam, maka sewaktu tua ini berusahalah untuk khatam & tadabbur Al-Quran, paling tidak pun sekali setahun.

*EMPAT*
Bila tua & sudah bersara, banyak waktu lapang. Banyak waktu terluang. Anak2 sudah dewasa & mempunyai keluarga masing2, jadi kita boleh mengurus masa degan lebih bermanfaat. Sisa2 usia yang Allah pinjamkan bolehlah digunakan untuk hal hal berfaedah yang manfaatnya boleh menjadi peneman kita di alam barzakh/akhirat kelak. Banyakkan menghabiskan masa di Surau/Masjid, Menghadiri majlis2 ilmu, Belajar Al-Quran supaya memahami sepenuh isi kandungan dan ambil pengajaran dan amalkan dalam kehidupan harian dan Tidak  hanya sekadar belajar sekali lalu masa kecik² dulu, jinakkan diri dengan bahasa Arab untuk cuba memahami Quran, Bertalaqi dengan ustaz dan libatkkan diri dengan program yang berfaedah.

**SEMOGA BERMENAFAAT DAN MENJADI RENUNGAN KITA SEMUA**

08 Julai 2017

MENGAPA WANITA SERING MENANGIS??

Wanita ialah insan yang cantik, mudah menangis ,lemah dan pelbagai lagi tafsiran tetapi berlainan dengan apa yang tersembunyi di dalam diri wanita..

Mengapa Wanita sering menangis?

Firman/Jawab Allah SWT:

Kerana Wanita itu unik.

AKU (ALLAH SWT) ciptakan ia sebagai makhluk istimewa.
AKU (ALLAH SWT) kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
AKU (ALLAH SWT) lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
AKU (ALLAH SWT) kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
AKU (ALLAH SWT) teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah..

AKU (ALLAH SWT) beri dia naluri untuk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang yg disayangi.

Wanita makhluk kuat tetapi jika suatu saat dia menangis itu kerana AKU (ALLAH SWT) beri air mata untuk membasuh luka batin & memberi kekuatan baru.

WANITA sangatlah istimewa...TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN AKAN MENGGONCANG DUNIA ... Malah begitu besar peranan seorang wanita dalam menentukan corak masa depan anak anaknya. Wanita bukan sekadar ibu tetapi peranan lebih luas dan besar dalam penilaian islam dan kehidupan hari ini...nice..

06 Julai 2017

PROSEDUR BAGI PENJAWAT AWAM MEMBUAT PILIHAN PENCEN AWAL

Bagi Penjawat Awam ada dua (2) jenis pencen , Pertama pencen wajib, Iaitu apabila mencapai had umur pilihan iaitu 55/56/58/60 tahun, Kedua pencen awal ialah pencen pilihan...Berikut maklumat tentang pencen pilihan ini...

Pergertian..

*A.Pegawai Kerajaan Lantikan Sebelum 12 April 1991*

*i.Syarat umur  Wanita mencapai umur 40th*

*ii.Lelaki umur 45th*

*iii.Genap berkhidmat 20th (240 bulan)*

*iv.Bayaran pencen 50% dari gaji terakhir*

*v. B.Pegawai Kerajaan Lantikan Selepas 12 April 1991*

*i.wanita dan Lelaki genap umur 40 thn*

*ii.Genap Perkhidmatan 25th (300 bulan)*

*iii.Bayaran Pencen 60% dari gaji terakhir*

*iv.Bayaran Pencen akan mula dibayar selepas sampai umur 45th bagi Wanita dan 50th bagi Lelaki*

*CATATAN.*

*i.Bayaran Gratuity akan dibayar selepas genap 10th (120 bulan) bertugas.*

*ii.Bayaran Pencen akan dibayar selepas sampai umur persaraan wajib samada 55/56/58/60 yg di tanda tangan semasa pilihan Pencen. Sila rujuk Laman Web JPA.*
*JPA (Bahagian Pembangunan Organisasi)*

* Moga Bermenafaat Prosedur Dan Maklumat Penting Ini*

TIPS MUDAH BILA ANDA JOIN GROUP WHATSUPP

Hari ini kita semua "wajib" ada Aplikasi Whatsupp .Kegunaan untuk family, tempat kerja dan lain lain..Bila ada whatsup pasti ada group.Di sini ada tips mudah untuk menjaga hubungan dalam group..nice..


1. Fahami bahawa kita memiliki perbezaan iaitu ...

☆ Pendidikan
☆ Hobi
☆ Sifat
☆ Latar Belakang
☆ Kedewasaan Rohani
☆ Pola Fikir dll


2. Dari perbezaan tersebut, harap maklum jika ada ahli yg ...

☆ Suka Humor
☆ Serius dan Santai
☆ Suka Ceramah Agama
☆ Suka Menasihat
☆ Suka Mengkritik
☆ Suka Cerita Politik
☆ Suka Pos Artikel
☆ Suka Loyar Buruk


3. Keaktifan posting para anggota ...

☆ Sangat aktif
☆ Sederhana aktif
☆ Kadang-kadang je aktif
☆ Tak aktif tapi suka baca
☆ Mmg malas buka whatsapp
☆ Jadi ahli tapi tak aktif


4. Jgn mudah terpengaruh dgn isi posting sehingga kita jadi ...

☆ Beremosi
☆ Tersinggung
☆ Tak mau kalah
☆ Percaya begitu saja


5. Jika ada posting yg isinya  keliru, kita perlu luruskan ... maka jgn menambah gaduh atau mengeruhkan suasana. Pada yg posting tak betul jika diluruskan jgn cepat tersinggung



6. Jika ada posting yg kurang berkenan di hati kita, misalnya...

☆ Humor
☆ Gambar denyut-denyut
☆ Video gerak-gerak
☆ Cerita seks
☆ Artikel terlalu panjang atau berjela-hela
☆ Biarkan saje atau delete


*Paling penting pastikan jangan jadi malas sangat atau ego. Sesekali cuba2 lah respon atau menyampuk dalam grup. Ingat...grup whatsapp diakui adalah antara medium yg sangat membantu sekiranya kite dalam apa2 masaalah.*



*Jadi ... Fokus saja pada satu tujuan iaitu menjalin tali silaturahim dan persaudaraan. Semoga ada manfaatnya bagi merealisasikan indahnya kekeluargaan / persahabatan agar terus berkekalan..Nice..