Pages

30 Jun 2017

TARIF INSURANS KENDERAAN BARU MULAI JULAI 2017

Mulai Julai 2017 sistem insurans di Malaysia akan berubah sepenuhnya.Jadi bersedialah hadapi perubahan 360 darjah ni..

SEJARAH SISTEM SEDIA ADA
Selama 30 tahun harga insurans dikawal oleh tarif Bank Negara. Harga insurans ditentukan oleh market value, cc dan loading. Oleh sebab dikawal, jadi harga pun lebih kurang sama je antara semua syarikat insurans. Beza sikit-sikit je untuk kenderaan yang sama.
.
APA TU PEMANSUHAN TARIF?
Harga insurans kenderaan TIDAK lagi dikawal oleh Bank Negara. Setiap syarikat insurans bebas letak harga sendiri. Diaorang juga bebas nak revise harga pada bila-bila masa. Sistem ini telah lama dipakai di US, UK, German, China, Thailand dan Singapore.
.
APA KESAN KEPADA PENGGUNA?
✔ Mungkin harga akan lebih murah sebab persaingan.
✔ Syarikat insurans akan perkenalkan lebih banyak produk baru.
✔ Kualiti servis insurans akan bertambah baik untuk tarik pelanggan.
.
PENGIRAAN BARU NANTI MACAM MANA?
Pengiraan baru akan ambik kira risiko owner untuk tentukan harga. Risiko rendah, harga lagi murah. Risiko tinggi, harga lagi mahal. Antara pekara yang diambil kira jantina, model dan jenis kenderaan, pekerjaan, rekod claim, kegunaan kereta, umur, tempat tinggal, dsb. Terpulang la insurans tu nak ambik kira apa utk tentukan harga.
.
INGAT...
✔ Selepas Julai 2017, sebelum beli survey dulu harga. Ada lebih 30 syarikat insurans kenderaan di Malaysia. Setiap syarikat kenderaan akan kenakan harga yang berbeza. Tapi tak semestinya murah tu terbaik. Kena compare juga reputasi dan servis insurans tu.

✔ Bawak kereta dengan selamat. Tak mustahil nanti insurans akan consider saman dan mata kejara untuk kira harga.

✔ Sebelum beli kenderaan baru pun survey-survey dulu harga insuransnya..

**SEMOGA DAPAT JADI PANDUAN UNTUK KITA SEMUA**

27 Jun 2017

CARA ELAKAN HP DAN WHATSAPP ANDA HANG DAN JEM

Saya rasa kita semua melalui detik dan saat HP kita hang dan jem.. Berikut cara untuk elakkan hp kita hang atau jem disebabkan kita ada banyak group whatsApp..!

Ini dikongsikan bersama caranya:

1. Pergi ke whatsApp ```'settings'```
2. Pastu tekan ```'data usage'```
3. Pastu tekan ```'network ```
4. Akhir sekali ```'reset statistics'```

Dia cuci semua fail yang kita guna sebelum ni..! Jangan bimbang..! Dia tak kacau fail lain..!

Sebelum pergi ke ```reset statistics``` cuba tengok sebelah kiri..! Beribu-ribu kb kita dah guna..!

Lepas tu terus tekan yang paling bawah tu..! Reset statistict..! Semua nombor kb tu jadi 0..! Barulah laju..!

Rajin-rajinlah cuci, baru laju..! Selamat mencuba..! Tak payah left group..!

**SEMOGA KITA DAPAT PRAKTIKKAN...NICE**

TANDA TANDA ANDA SEORANG YANG SOMBONG

Islam amat melarang sifat sombong. Sikap sombong adalah memandang dirinya berada di atas kebenaran dan merasa lebih diatas dari orang lain. 

TANDA-TANDA ORANG SOMBONG....

Di antara tanda-tanda kita atau orang-orang yang sombong:

1. Cepat melahirkan sifat marah.

2. Suka memotong percakapan orang.

3. Suka bermujadalah yakni bertegang leher.

4. Nampak dimukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis.

5. Bercakap meninggikan suara.

6. Pantang ditegur.

7. Tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.


**Salah satu akhlak buruk yang harus dihindari oleh setiap muslim adalah sikap sombong**


HEBAT SUNGGUH INSAN BERNAMA EMAK ATAU IBU

Semua kita ada atau menpunyai emak, Kita juga dilahirkan oleh emak..Hebat "EMAK"..SAYANGI DAN HARGAI MEREKA...

*Siapa tahu apa maksud dalam ejaan EMAK :*
E:  Emak
M: Melahirkan
A:  Anak
K:  Kedunia ini

E:  Emak mampu
M: Menjaga 10 anak-anaknya.
A:  Anak belum tahu mampu menjaga seorang ibu
K:  Kerana kesibukan dan ke egowan anak-anaknya.

E:  Engkau telah
M: Mengharamkan
A:  Anaknya di gigit walaupun seekor nyamuk
K:  Ketika anaknya dilahirkan

E:  Engkau mampu
M: Mendidik dan menjaga
A:  Anakmu
K:  Kejalan kebenaran

E:  Engkau
M: Menyusukan & menyuapkan
A:  Anakmu
K:  Ketika lapar & dahaga

E:  Emak engkau telah bekorban selama
9 bulan
M: Mengandungkan
A:  Anak- anak mu
K:  Kerana ingin melahirkan anaknya

E:  Engkau tau....
M: Mengalir air mata ibu  sewaktu melahirkan
A:  Anak-anaknya dan ada juga ibu yang menghembuskan nafas terakhir
K:  Kerana melahirkan anak.

E:  Engkau tahu..
M: Menangislah seseorang emak itu
A:  Apabila anaknya melakukan
K:  Kekasaran dan  menyakiti hatinya kerana ia merasa hiba dan sedih.


E:  Emak
A:  Allah telah mengharamkan syurga
A:  Anak yang derhaka dan menyakiti hati mu
K:  Kalau kejadian itu berlaku


E:  Engkaulah ratu hatiku
M: Merindui selalu
A:  Anakmu
K:  Keikhlasan doa

E:  Engkau rasa....
berapa kali kamu
M: Menalipon ibu mu
A:  Atau bertanya
K:  Khabar dalam seminggu

E:  Eloklah....setiap kali selepas
M: Melakukan solat fardhu
hadiahkan lah
A:  Al-fatihah untuk mohon kesihatan dan
diampunkan dosa ibu
K:  Kerana itu lah sebaik baik hadiah dan balasan pengorbanan terhadap seorang ibu daripada seorang anak 

PETUA TERBAIK BAGI BAYI TERKENA DEMAN KUNING

Semua antara kita pasti menghadapi baby baru lahir dilanda penyakit atau deman kuning. Berikut antara tips mudah untuk menyembuhkan penyakit kuning tersebut...

PETUA BAYI KUNING TERKENA PENYAKIT/DEMAN KUNING 
*PETUA BAYI DEMAM KUNING*

1. *Susu Badan Ibu*
Berikan susu badan sekerap mungkin untuk galakkan bayi mbuang air besar.

2. *Makan Kurma*
Ibu perlu byk makan kurma & menelan madu sepanjang tempoh menyusu.

3. *Susu Kambing Asli*
Titiskan 5-7 titis susu kambing dalam mulut bayi.

4. *Jemur Bayi*
Jemurkan bayi pada awal waktu Dhuha ketika jam 8.30-9.30 pagi. *JANGAN LEBIH DARI WAKTU INI* kerana kulit bayi masih nipis tidak tahan panas matahari.

5. *Madu Asli*
Beri hisapan madu dr jari ibu/bapa bayi sendiri.

6. *Urutan Kening/Selawat/Zikir*
Buat urutan lembut atas kening bayi dr pangkal mata ke dlm pangkal mata luar sambil bselawat & bzikir. Ini dpt mbantu mgelakkan kuning naik ke kepala & serangan sawan.

7. Jus Anggur Hitam

8. Air Zamzam dgn Kurma

9. Jus Sengkuang Cina

10. Mandikan dgn air kucai

11. *Buah Oren Masam*
Dimakan oleh ibu dan disusukan pd bayi. Bila bayi buang air besar dgn byk kuning akan turun. (Sahabat sy Buat ni. Memang bkesan)

12. Air Kacang Bendi

13. Air Kundur

14. *Cuka Nipah*
Celup sedikit pd tisu & tisu itu calitkan pd dahi bayi. Buat mcm masa baby tsedu. Secalit tisu shj 1 kali 1 hari shj.

15. *Air cap badak*
Mandikan dgn air cap badak & titiskan 6-7 titik ke dlm mulut bayi.

16. *Daun Belimbing Buluh*
Gunakan dalam mandian bayi.

**Dinasihatkan lakukan dengan Berhati hati. Sistem badan bayi belum matang untuk makan/minum benda tersebut**

PUASA DISEGI SYARAT RUKUN DAN PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

Erti puasa menurut bahasa adalah menahan. Menurut syariat islam puasa adalah suatu bentuk aktifitas ibadah kepada Allah SWT dengan cara menahan diri dari makan, minum, hawa nafsu, dan hal-hal lain yang dapat membatalkan puasa sejak terbit matahari / fajar / subuh hingga matahari terbenam / maghrib dengan berniat terlebih dahulu sebelumnya.

Kebaikan Puasa.
Puasa memiliki fungsi dan manfaat untuk membuat kita menjadi tahan terhadap hawa nafsu, sabar, disiplin, jujur, peduli dengan fakir miskin, selalu bersyukur kepada Allah SWT dan juga untuk membuat tubuh menjadi lebih sehat.

Syarat Wajib Puasa :-

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

Syarat Sah Puasa :-

1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

Rukun-Rukun Puasa:-

1. Orang Yang Puasa
2. Berniat
3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

Perkara Yang Membatalkan Puasa :-

1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Sengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari

Perkara Sunat Ketika Puasa :-

1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh

Makruh Ketika Puasa :-

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-Kumur
4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
5. Mandi Yang Berlebihan
6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah

Golongan Yang Wajib Qada' Puasa :-

1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
6. Orang Yang Pitam/Mabuk
7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga

Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa :-

1. Mereka Yang Tidak Dapat Mngqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua - (Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal..
Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan)
2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh
3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa
4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian (Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya)
5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya

Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan :-

Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :-

1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P
(Sekiranya Tidak Mampu)
2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya)
3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin
Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat

Tingkatan Puasa:-

1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak
2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas
3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin

Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa :-

1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran
2. Orang Musafir
3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah
4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga
5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu


# Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Umat Islam Mukminin Dan Mukminat..Semoga Puasa Pada Tahun Ini Memberi Manfaat Kepada Kita..Amin..

SYARAT PENCEN PILIHAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM

PENCEN
*Bagi makluman sesiapa yg ingin pencen awal ( optional)*
************
*Menjawab persoalan berhubung Persaraan Awal (Optional).*
*A.Pegawai Kerajaan Lantikan Sebelum 12 April 1991*

*i.Syarat umur  Wanita mencapai umur 40th*

*ii.Lelaki umur 45th*

*iii.Genap berkhidmat 20th (240 bulan)*

*iv.Bayaran pencen 50% dari gaji terakhir*

*v. B.Pegawai Kerajaan Lantikan Selepas 12 April 1991*

*i.wanita dan Lelaki genap umur 40 thn*

*ii.Genap Perkhidmatan 25th (300 bulan)*

*iii.Bayaran Pencen 60% dari gaji terakhir*

*iv.Bayaran Pencen akan mula dibayar selepas sampai umur 45th bagi Wanita dan 50th bagi Lelaki*

*CATATAN.*

*i.Bayaran Gratuity akan dibayar selepas genap 10th (120 bulan) bertugas.*

*ii.Bayaran Pencen akan dibayar selepas sampai umur persaraan wajib samada 55/56/58/60 yg di tanda tangan semasa pilihan Pencen. Sila rujuk Laman Web JPA.*
*JPA (Bahagian Pembangunan Organisasi)*

* Sharing ilmu ini*

HIASI TIDUR ANDA DENGAN HIKMAH

Tidur ialah rehat bagi kita, Maka penuhi dan hiasi tidur anda dengan penuh hikmah..Ulama mengatakan tidur merupakan atau umpama "Mati" jadi bacalah coretan ini untuk pedoman kita semua..

★Suatu hari Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Ali ( R.A. ) :

Wahai Ali, lakukanlah 5 perkara ini sebelum kamu tidur...

◆ 1. Berikan sedekah 4000 Dinar, kemudian tidurlah..

◆2. Khatamkan Al Quran, lalu tidurlah..

◆3. Belilah Syurga, lalu tidurlah.

◆4. Perbaikkilah hubungan dua orang  yang tengah berselisih, kemudian kamu tidurlah.

◆5. Tunaikanlah satu kali Haji, lalu tidurlah.

★Ali ( R.A.) pun menjawab, "Ya Rasulallah. Mana mungkin aku boleh melakukan semuanya itu ?

Lalu Nabi ( SAW ) pun menjawab :

◆4 kali membaca Al Fatihah adalah sama nilai dengan sedekah 4,000 Dinar.

◆3 kali membaca surah Al Ikhlas adalah sama nilainya dengan menamatkan bacaan satu Al-Qur'an.

◆3 kali membaca Shalawat adalah sama nilai dgn harga Syurga.

◆10 kali bacaan "Istighfar" adalah sama nilainya dengan menyambung silaturrahim dua orang yg berselisih.

◆4 kali membaca  "Subhanallah,Alhamdulillah, Laa ilaaha ilallah, Allahu Akbar" adalah sama dengan menunaikan satu kali Haji.

★Lalu Ali (R.A.) pun berkata, "Ya Rasulallah SAW! Kini aku akan menjalankan semua nasihatmu itu sebelum aku masuk tidur...

★Hanya perlu masa kurang 5 minit untuk melaksanakannya,
namun lihatlah semua kebaikan amalan yg Anda akan perolehi...

★Untuk mengingatkan Anda akan amalan ini, cara termudah adalah dengan menuliskan kesemua zikir tsbt dlm sehelai kertas untuk dibaca sebelum tidur & sesuai jg utk ditampalkan dekat tempat tidur supaya Anda tak lupa untuk membacanya ๐Ÿ˜Š....
Dan tentu saja, dengan niat kerana Allah SWT....

๐ŸŒปIndahnya jika Anda blh hebahkan tulisan ini kpd seramai Muslim yang Anda kenal kerana jika atas usaha Anda seseorang itu dpt menjalankan amalan2 ini, maka Anda pun akan menerima pahala dan kebaikannya .. InsyaALLAH.
     Aamiin...YaRobbal 'Aalamiin...

๐ŸŒปSurah Al- Fatihah utk melindungi Anda dari kemurkaan Allah

๐ŸŒป Surah Yaasin utk melindungi Anda dari kehausan pada hari pengadilan.

๐ŸŒปSurah Waaqi'ah utk melindungi Anda dari kefakiran dan kelaparan.

๐ŸŒปSurah Al-Mulk utk melindungi Anda dari azab kubur.

๐ŸŒปSurat Al-Kautsar utk melindungi Anda dari kejahatan musuh.

๐ŸŒปSurat Al-Kaafiruun utk melindungi Anda dari kekafiran pd saat ajal menjemput Anda.

๐ŸŒปSurat Al-Ikhlaas utk melindungi Anda dari kemunafikan.

๐ŸŒปSurat Al-Falaq utk melindungi Anda dari merbahaya.

๐ŸŒปSurat An-Naas utk melindungi Anda dari fikiran jahat.
Pesanan ini kpd sahabat handai Anda sekarang & semoga memperolehi keberkatan dari Allah SWT..

"Aamiin Yaa  Robbal Aalamiin "


KEAJAIBAN IBU EMAK UMMI DAN ISTERI KITA

Semua kita menpunyai dan rapat wanita yang bernama ibu, emak, ummi, isteri, adik, kakak dan lain lain lagi..Mari kita kenali sifat dan erti sebenar wanita atau ibu...nicee

"Kalau isteri sakitkan hati suami, tandanya durhaka pada suami.Tapi bagaimana jika suami sakiti hati isteri?"
Jawapan Ustaz :"BERDOSA juga lah. Cuma tidak ada istilah suami durhaka pada isteri, tapi suami akan ditanda Malaikat sebagai durhaka kepada Allah
SWT.

Karena isteri, rezekimu bertambah.
Kerana isteri, maka lahirlah zuriatmu.
Kerana isteri, makan, pakaian mu dijaga.
Kerana isteri, tenang hati mu.
Kerana isteri, lembut pemandangan mata mu.

Kerana isteri adalah satunya manusia yang boleh melihat cacat cela mu yang
tersembunyi dari pandangan mata mu dan masih menerima mu seadanya.
Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah stiap pengorbanan mereka, walaupun kecil dimata mu, baginya besar bagi dirinya.

Setiap peluh yang menitik, yang dikerja untuk keluarganya, setiap airmata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda, dia isteri yang terbaik buat anda wahai yang bergelar suami.

Renungan sepintas lalu Mengenai Wanita...

Mengapa WANITA sering menangis?
Jawab Allah SWT:
Kerana WANITA itu unik.
Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa.
KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yang lain menyerah
KU beri dia naluri untuk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang yg disayangi.

WANITA makhluk kuat tetapi jika suatu saat dia menangis itu kerana KU beri air mata untuk membasuh luka batin & memberi kekuatan baru.
WANITA sangatlah istimewa...

Renungan sepintas lalu Mengenai IBU...

~Wajah ⇩IBU ⇩paling→ cantik 
~Masakan ⇩IBU ⇩paling → sedap  
~Kata ⇩IBU⇩ paling→ beharga
~Doa ⇩IBU ⇩paling→makbul
~Restu ⇩IBU ⇩paling diberkati.,
**SAYANGI DAN KASIHI SERTA HARGAI ISTERI DAN IBU ANDA**


DOA DOA RAMADHAN TERBAIK 2017/1438H

DOA RAMADHAN
*Doa Ku untuk keluarga dan sahabatku di penghujung  Ramadhan*.

Bismillahirahmannirrahim
Ya Allah Ya Tuhan kami

1. Ya Allah jika di saat ini, ada keluarga dan sahabatku yang sakit, sembuhkanlah dia.  ุขู…ِูŠّู†ْ

2. Ya Allah jika di saat ini ada  keluarga dan sahabatku yang bermasalah, beri lah jalan keluar untuk dia.  ุขู…ِูŠّู†ْ

3. Ya Allah jika di saat ini ada keluarga dan sahabatku yang kesempitan rezeki, kau lapangkanlah rezekinya. ุขู…ِูŠّู†ْ

4. Ya Allah jika di saat ini ada keluarga dan sahabatku yang bermasalah diantara satu sama lain damaikan lah mereka.  ุขู…ِูŠّู†ْ

5. Ya Allah jika disaat ini ada keluarga dan sahabatku yang sesat duniawi, kurniakan Nur kepada dia.  ุขู…ِูŠّู†ْ

6. Ya Allah jika disaat ini ada keluarga dan sahabat ku yang lalai, kurniakan lah Hidayah Mu kepada dia.  ุขู…ِูŠّู†ْ

7. Ya Allah jika di saat ini ada keluarga dan sahabatku yang bersedih hati... kembalikan lah kecerian diwajahnya.  ุขู…ِูŠّู†ْ

8. Ya Allah jika disaat ini ada keluarga dan sahabat ku yang berada di persimpangan jalan yang  berliku, tunjukkan lah jalan yg diridhoi oleh Mu.

Berikan kami semua kesempatan untuk berjumpa kembali di Ramadhan tahun depan.

ุขู…ِูŠّู†ْ  ุขู…ِูŠّู†ْ  ุขู…ِูŠّู†ْ  ูŠَุง ุฑَุจَّ ุงู„ุนَู€ู€ู€ุงู„َู…ِูŠْู†

KENAPA ISTERI KE EMPAT SELALU DI PANDANG HINA

Isteri PERTAMA 
Biasa-biasa saja,Sering dicuaikan,biasanya tidak di ambil berat .

Isteri KEDUA 
Agak cantik, agak diperhatikan .

Isteri KETIGA 
Cantik, Diperhatikan .

Isteri KEEMPAT 
Sangat cantik, lumayan, sangat diperhatikan dan disanjung dan sangat diutamakan .

Waktu pun berlalu begitu cepat dan tibalah saat sang suami tersebut nazak, lalu dipanggilnya keempat2 orang isterinya .

Dipanggilnya isteri KEEMPAT yang paling cantik dan ditanya,
" Mahukah kamu ikut menemaniku ke alam kubur ? "
" Maaf, cukup sampai disini saja aku ikut bersama mu ."
Saat dipanggil isteri KETIGA yang  cantik, sering diperhatikan dan ditanya hal yang sama, dia pun menjawab,
" Maaf, aku hanya akan menghantarmu sampai di kuburan mu saja ."
Kemudian dipanggil isteri KEDUA yang agak cantik dan ditanya hal yang sama, dia pun menjawab,
" Baik, aku akan menemanimu, tapi hanya sampai di liang lahad saja, setelah itu selamat tinggal ."
Si suami sungguh kecewa mendengar semua itu .
Tetapi inilah kenyataan dalam kehidupan dan menjelang kematian .Lalu dipanggillah isteri PERTAMA dan ditanya hal yang sama, si suami tak menyangka akan jawabannya,
" Saya akan menemanimu kemanapun kamu pergi dan akan selalu mendampingimu hingga hujung nyawa .

MAHU TAHU SIAPA ISTERI PERTAMA SAMPAI KEEMPAT ITU ??

Isteri KEEMPAT adalah," HARTA dan KEKAYAAN "
Mereka akan meninggalkan jasad kita ketika saat kita meninggal .

Isteri KETIGA adalah," TEMAN - TEMAN " kita,
Mereka akan menghantar jasad kita hanya sampai di saat kita disemayamkan .
Isteri KEDUA adalah," KELUARGA KITA ",(Saudara &Teman Dekat Kita )
Mereka akan menghantar kita sampai jenazah dikuburkan,  mereka akan meninggalkan kita setelah jenazah kita dimasukkan kedalam liang lahad.

Isteri PERTAMA adalah," AMAL dan IBADAH " kita,kerana Amal dan Ibadah kita inilahyang paling setia mendampingi kita saat menghadap Tuhan Yang Maha Esa (.)

RENUNG RENUNG KAN**

DOA TERBAIK DI PAGI HARI ANDA

DOA PAGI PAGI HARI

*ุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡ُ*

 *Selamat Pagi Sahabat Semua*

*ุจِุณูۡ…ِ ูฑู„ู„ู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญูۡ…َู€ٰู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…ِ*

*Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. Di pagi ini,Ampunkan dosa dosaku, dosa dosa kedua ibubapaku, seluruh ahli keluargaku, saudara saudaraku, sahabat sahabatku, semua pembaca dan seluruh umat Islam serta semua pembaca blog ini*.

*Panjangkan umur kami,kurniakan kami kesihatan dan keselamatan  yang baik*.

*Permudahkanlah segala urusan kami*.

*Tunjukkan kami jalan yang benar*,

*berkatilah kehidupan kami didunia dan diakhirat dan masukkanlah kami kedalam syurga mu Ya Allah*..

Wassallam

*ุขู…ِูŠّู†ْ  ุขู…ِูŠّู†ْ  ุขู…ِูŠّู†ْ  ูŠَุง ุฑَุจَّ ุงู„ุนَู€ู€ู€ุงู„َู…ِูŠْู†*

BILA HARI RAYA....KENA TAHU SIAPA YANG KITA BOLEH BERSALAM



Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin...Masih dalam mood raya , walau jem, ekonomi teruk sambutan hari raya tetap meriah..Hari bahagia bersama family dan sahabat handai terubat jua..moga berkekalan keakraban ini..Cuma dalam kunjung mengunjung kita perlu jada adat dan hukum agama..Batasan tetap ada..Terutama bab bersalam...tip tip bersalam yang tidak boleh bagi lelaki dan perempuan ialah....

  • BAGI SEORANG LELAKI
  • Isteri kepada adik beradik bapa
  • Isteri kepada adik beradik emak
  • Adik beradik perempuan bapa mertua
  • Adik beradik perempuan emak mertua
  • Anak perempuan adik beradik isteri
  • Kakak Ipar
  • Adik Ipar perempuan
  • Sepupu perempuan
  • Sepupu Ayah (perempuan)
  • Sepupu Emak (perempuan)

  • BAGI SEORANG PEREMPUAN

  • Suami kepada adik beradik bapa
  • Suami kepada adik beradik emak
  • Adik beradik lelaki bapa mertua
  • Adik beradik lelaki emak mertua
  • Anak lelaki adik beradik suami
  • Abang Ipar
  • Adik Ipar Lelaki
  • Sepupu Lelaki
  • Sepupu Ayah (lelaki)
  • Sepupu Emak
Ramai antara kita yang tidak tahu atau ambil mudah atau kadang kadang kita terlupa..Bila sudah baca catatan ini janganlah buat buat lupa lagi. Haram....Maklumkan kepada kawan kawan anda semua...benda baik perlu dikongsi...aminnn....