Bagi pemohon atau calon yang meminta kerja dengan
SPA online dimaklumkan bahawa mulai 01 Oktober 2015 Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) tidak lagi mengeluarkan surat panggilan temu
duga secara pos bagi calon-calon yang
beralamat di Semenanjung Malaysia, Sarawak (bagi calon di Kuching, Sibu &
Miri sahaja), Sabah (bagi calon di Kota Kinabalu, Kudat, Sandakan & Tawau
sahaja) dan juga di Wilayah Persekutuan Labuan. Notis panggilan temu duga hanya
akan dikeluarkan melalui e-mel, SMS dan semakan di laman web SPA. Sehubungan
itu, calon-calon diminta untuk mengemaskini e-mel dan nombor telefon bimbit
masing-masing agar menyenangkan pihak SPA untuk memaklum kepada anda jika ada panggilan temuduga nanti. Enjoyyy….
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengambilan (kelayakan
Ijazah/Diploma) di talian 03-88856364/03-88806470 atau BahagianPengambilan Khas
(kelayakan Sijil/SPM/Separa perubatan) di talian 03-88856254/03-88856277/03-88856266/03-88856273
atau layari laman web SPA di www.spa.gov.my.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan