20 November 2015

PERINGATAN UNTUK RENUNGAN DI MASA TUA ANDA



GAMBAR HIASAN

Hari tua pasti semua orang akan melalui, mahu tidak mahu saat itu akan menjelma juga , oleh itu isilah masa yang dibagi dan terluang ini dengan seribu kebaikan dan hindari 1 kejahatan demi untuk KEBAHAGIAAN di hari keramat itu , Iaitu hari tua anda.. "RENUNGAN MASA TUA"

1. Sisα hίdυρ semakin pendek
» yang boleh kita makan, makanlah » yang boleh kita pakai, pakailah
» yang Ingin kita beli, belilah » kalau masih mampu memberi, berilah
» masih mampu berbagi, berbagilah.

Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dengan ahli waris, Allah yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.Nikmatilah hίdυρ ini dengan pasangan kita selagi masih ada.

2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dengan berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tidak tahu bila kita akan dipanggil 'pergi' olehNYA.

3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !

4. Bila membandingkan keatas, kita akan selalu merasa kurang, membandingkan ke bawah, kita merasa lebih, Bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia. Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.

5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- Semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman. Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku yang Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal  diri. Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada...dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.

6. Kasih ibubapa  kepada anak2 tidak ada batasnya !!!. Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya. Sedarlah! tatkala anak sakit, hati ibubapa terhiris tetapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar...Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!! Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak SEBIJAKSANA mungkin.

7. Rumah ibubapa  adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas...  tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibubapa mereka.

"SELAMAT BERBAHAGIA PADA MASA TUA" Semoga bermanfaat..enjoyyy




GAMBAR HIASAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan