Pages

04 November 2015

MARI KENALI JENIS RUMAH DI MALAYSIA UNTUK RAKYAT BIASA

Rumah ialah keperluan asas manusia sejak zaman berzaman cuma diubah suai reka bentuknya sahaja. Dalam erti kata umum, rumah bermaksud satu bangunan yang dijadikan tempat tinggal dalam jangka waktu tertentu. Berikut adalah jenis jenis rumah yang ada di Malaysia.


RUMAH TERES/TERRACED HOUSE

Rumah jenis ini dianggap sebagai rumah teres macam sandwich disebabkan tiada ruang kosong antara rumah jenis ini. Dikiri atau kanan rumah pasti ada sebuah rumah lain. Rumah teres kadang-kadang dibina dua-dua, tiga-tiga atau lebih. Hanya ada sedikit tanah kosong akan didapati dibelakang atau didepan rumah teres yang biasanya akan digunakan untuk bercucuk-tanam dan sidai baju. Kalau nak untung, dapatkan corner lot iaitu rumah paling hujung dalam barisan rumah teres ini akan dapat ruang tanah yang besar di tepi rumah. Nama lain untuk rumah teres ini ialah linked house.


RUMAH BERKEMBAR/SEMI DETACHED

Kalau rumah teres macam sandwich, rumah semi-detached (semi-d, rumah berkembar, separa terpisah) Boleh dianggap kembar siam sebab rumah jenis ini duduk bersebelahan, tertampal ditengah dan ditepi yang bertentangan akan ada ruang kosong. Diruang kosong ini biasanya pemilik rumah akan tambahkan tempat letak kereta, bercucuk-tanam dan sebagainya. Aktiviti sidai baju pun biasa dilakukan disini atau dibelakang rumah. Ada pemilik rumah juga yang akan buat renovasi dan tambah bilik atau besarkan ruang. Kekadang juga biasa dilihat pemilik rumah membeli semi-d secara berpasangan dan menjadikannya satu rumah banglo tetapi memerlukan bajet besar.


FLAT/PANGSAPURI

Flat biasanya dibina dalam satu kawasan dan mempunyai beberapa blok didalamnya. Setiap blok akan mempunyai 3 ke 14 tingkat atau lebih. Rumah jenis ini adalah rumah yang paling murah dan kebanyakan rumah jenis ini kosnya rendah atau sederhana rendah. Pada kebiasaannya, flat tidak dilengkapi dengan sebarang servis seperti pengawal keselamatan atau lif yang baik servisnya. Namun ada juga flat yang ada playground, kedai-kedai dan surau. Pemilik rumah flat hanya memiliki kawasan rumahnya saja dan koridor panjang di luar rumah adalah milik bersama. Dari segi parking kereta, siapa cepat dia dapat dan tiada parking berbumbung. Dua ciri lain tentang flat ialah tingkap rumah ini adalah jenis ‘naco’ dan berlantaikan simen. Rumah flat adalah pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa pendek dan panjang. Jika anda ada Wang  lebih belilah rumah flat sebagai pelabuaran anda..Apa saja jenis rumah yang kita duduki yang penting kualiti isi rumahnya...Enjoyyy...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan