PERODUA VIVA
PERODUA VIVA (2007-2014)
Perodua ViVA telah
dilancarkan pada 10 Mei 2007. Pada asalnya dirancang sebagai pengganti Perodua
Kancil dan Perodua Kelisa namun kereta kompak ini cuma dipasarkan untuk menggantikan
Kelisa sahaja manakala Kancil terus dijual. Perodua ViVA ini direka
berdasarkan generasi keenam Daihatsu Mira. Semua versi enjin yang digunakan –
660cc, 850cc dan 1,000cc – menggunakan enjin DVVT Daihatsu. ‘Viva’ merupakan
istilah bahasa Latin yang bermakna ‘Untuk Hidup’ dan ia sering menjadi ungkapan
penghormatan yang juga bermakna ‘Selamat Panjang Umur’. Model Viva adalah
pengganti kepada model popular Perodua iaitu Kelisa. Harga atas jalan Viva
ialah antara RM28,400 hingga RM43,800 sebuah dan ditawarkan dalam lima pilihan
warna. Isian penuh tangki kenderaan boleh memuatkan 36 liter petrol. Bagi
kereta dengan keupayaan enjin 660cc dan 850cc, Viva menggunakan sistem
transmisi manual lima kelajuan. Kereta dengan enjin 1,000cc pula dibahagikan
kepada dua iaitu “Standard” dan “Premium”. Bagi Standard SX dan Premium SXi, ia
menggunakan transmisi manual lima kelajuan. Transmisi automatik empat kelajuan
pula boleh didapati pada model Standard EZ dan Premium EZi.
Kereta Viva menggunakan enjin tiga silinder dan 12 injap yang
dipertingkatkan dengan teknologi pemasaan enjin berjujukan injap dinamik
(DVVT), aci sesondol atas kembar (DOHC) dan sistem minyak suntikan bahan api
elektronik (EFI). Elemen EFI itu merupakan yang pertama seumpamanya dipasang
pada kereta enjin 660cc dan 850cc dalam mana-mana model Perodua. Kereta
keupayaan enjin 1,000cc iaitu Premium dengan transmisi manual atau automatik
juga menawarkan beg udara SRS berkembar. Varian Premium juga dilengkapkan
dengan sistem brek anti kunci (ABS) dan Edaran Brek Elektronik (EBD). Antara
ciri paling menonjol Viva ialah panjang ruang dalamannya iaitu 1,845 milimeter
yang disifatkan terpanjang dalam segmen kereta kompak sekali gus menjamin
keselesaan penumpang. Pergerakan keluar masuk juga mudah kerana keempat-empat
pintunya boleh dibuka 90 darjah. Ciri-ciri tambahan lain ialah pengubah
kedudukan kerusi, pemain audio CD, cermin sisi elektronik dan butang kawalan
keempat-empat cermin (bagi keupayaan enjin 850cc dan 1,000cc sahaja). Idea
menghasilkan Perodua ViVA bermula pada 2005 membabitkan 124 vendor yang
bekerjasama rapat dengan Perodua bagi mengeluarkan lebih 1,000 komponen secara
tempatan. Hasilnya Perodua ViVA mempunyai kira-kira 90 peratus komponen
tempatan sepenuhnya. Ini menjadikannya antara kenderaan yang paling tinggi
kandungan tempatan setakat ini. Perodua Viva telah ditamatkan pengeluarannya
pada tahun ini (2014).
PERODUA AXIA
PERODUA AXIA (2014-Kini)
Perodua Axia adalah kereta kompak lima pintu yang dihasilkan oleh Perodua. Ia
merupakan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama Malaysia dan akan dilancarkan
pada 15 September 2014. Nama ‘Axia’ disebut dengan bunyi ‘azia’ (a-zee-a)
berasal dari perkataan Asia. Huruf ‘x’ dalam ‘Axia’ juga mewakili bilangan
sepuluh mengikut nombor roman, menunjukkan Axia adalah model Perodua yang
kesepuluh. Untuk model Axia ini Perodua menggunakan slogan “Your Smart Move”
atau dalam versi Bahasa Melayu “Ternyata Bijak”. Model ini mendapat sambutan
disebabkan faktor kereta bajet terutama bagi student atau generasi muda yang
baru mengenali kereta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan