Pages

02 November 2015

MARI KENALI KERETA PERODUA RUSA DAN KEMBARA



PERODUA RUSA
PERODUA RUSA (1996-1997)

Perodua Rusa ialah sebuah mikrovan dan MPV pertama Perodua. Rekaannya diambil dari model Daihatsu Zebra dan Daihatsu Hijet Maxx. Pelancaran pertama pada tahun 1996 Perodua Rusa 1.3CX (model biasa 2 tempat duduk enjin 1.3 liter. Pada tahun 1997, dilancarkan Perodua Rusa 1.3 GX (7 tempat duduk enjin 1.6 liter). Nama rusa berasal daripada nama seekor binatang yang mempunyai tanduk bercabang. Sebelum digantikan dengan lambang Perodua, lambang asal van ini adalah gambar rusa melompat. Selepas itu Perodua Rusa dikeluarkan lagi dengan versi facelift dimana terdapat perubahan pada grill, rim baru dan lampu belakang yang diletakkan ‘reflecting tape’.Model ini tidak mendapat sambutan dan dihenti pengeluaran pada tahun 1997.

PERODUA KEMBARA

PERODUA KEMBARA (1998-2008)


Perodua Kembara merupakan kereta pacuan empat roda (ASR) pertama keluaran Malaysia berasaskan model Daihatsu Terios. Ia dikuasakan enjin 1.3 liter dan transmisi manual 5 kelajuan automatik 4 kelajuan Pacuan Empat Roda Sepenuh Masa (AWD). Pada Tahun 2003 model ini dilengkapi sistem DVVT. Produksi model ini berakhir pada tahun 2008 dan digantikan dengan Perodua Nautica yang juga berasaskan model Daihatsu Terios yang terbaru. Model ini tidak mendapat sambutan dari peminat kereta tempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan