PERODUA RUSA
PERODUA RUSA (1996-1997)
Perodua Rusa ialah
sebuah mikrovan dan MPV pertama Perodua. Rekaannya diambil dari model Daihatsu
Zebra dan Daihatsu Hijet Maxx. Pelancaran pertama pada tahun 1996 Perodua Rusa
1.3CX (model biasa 2 tempat duduk enjin 1.3 liter. Pada tahun 1997, dilancarkan
Perodua Rusa 1.3 GX (7 tempat duduk enjin 1.6 liter). Nama rusa berasal daripada nama seekor binatang yang mempunyai
tanduk bercabang. Sebelum digantikan dengan lambang Perodua, lambang asal van
ini adalah gambar rusa melompat. Selepas itu Perodua Rusa dikeluarkan lagi
dengan versi facelift dimana terdapat perubahan pada grill, rim baru dan lampu
belakang yang diletakkan ‘reflecting tape’.Model ini tidak mendapat sambutan dan dihenti pengeluaran pada tahun 1997.
PERODUA KEMBARA
PERODUA KEMBARA (1998-2008)
Perodua Kembara merupakan kereta pacuan empat roda (ASR) pertama keluaran Malaysia berasaskan model Daihatsu Terios. Ia dikuasakan enjin 1.3 liter dan transmisi
manual 5 kelajuan automatik 4 kelajuan Pacuan Empat Roda Sepenuh Masa (AWD).
Pada Tahun 2003 model ini dilengkapi sistem DVVT. Produksi model ini berakhir
pada tahun 2008 dan digantikan dengan Perodua Nautica yang juga berasaskan
model Daihatsu Terios yang terbaru. Model ini tidak mendapat sambutan dari peminat kereta tempatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan