PERODUA MYVI (2005-KINI)
Perodua Myvi ialah
model kereta hatchback supermini/subpadat buatan pengilang kereta Malaysia,
Perodua sejak tahun 2005. Myvi yang berasaskan Daihatsu Sirion/Boon generasi
kedua dan Toyota Passo ini merupakan hasil usahasama Perodua dengan Toyota dan
Daihatsu Japan. Myvi merupakan kereta yang terlaris selama lima tahun berturut-turut
mulai tahun 2006 hingga 2015 di Malaysia. Banyak ciri cirinya yang menjadi
pilihan utama yang selalu diperkata ialah jimat minya dan tiada kerenah yang kronik
untuk injin dan part part lain..Myvi menguasai pasaran dan pengeluaran kekal hingga sekarang yang mana pelbagai variasi dikeluarkan dengan pelbagai penambah baikan bagi menyaingan kereta tempatan atau import yang lain..
MYVI GENERASI PERTAMA
(2005-2011)
Kelengkapan Kereta Myvi terdiri daripada lima variasi: 1.0SR
(manual 5 kelajuan), 1.3SX (manual 5 kelajuan), 1.3EZ (auto 4 kelajuan), 1.3SXi
(manual 5 kelajuan), dan 1.3EZi “Premium” (auto 4 kelajuan). Juga terdapat Myvi
“Edisi Khas” yang berciri bodykit yang terdiri daripada bampar yang terubah
suai, skirt sisi dan spoiler. Myvi juga tersedia dengan sepasang beg udara dan
ABS. Myvi dikeluarkan dalam warna-warna Ebony Black, Olive Green,
perak, jingga, emas, merah, perak dan putih. Pada tahun 2008 rupa baru Myvi menampilkan pelbagai pilihan
warna baru yang terdiri daripada Medallion Grey, Ivory White, Pearl White,
Klasik Gold, Mistik Red, Ebony Black, Caribbean Blue dan Glittering
Silver. Perodua terhebat ialah Myvi SE terdapat dengan warna Ivory White, Ebony Black,
Glittering Siver, Pearl White dan Tangerine Orange yang eksklusif untuk Myvi
SE.
Dalam Kereta Myvi terpasang satu daripada dua enjin empat lejang
yang terdingin air daripada Daihatsu Sirion generasi pertama: enjin Ej-VE 1.0
liter dengan tiga silinder sebaris, atau Toyota Passo: enjin K3-VE 1.3 liter
dengan empat silinder sebaris; kedua-dua sistem DVVT serta pancitan bahan api
elektronik (EFI). Selain
prestasi kasar, terdapat ciri-ciri yang sebelum ini jarang terdapat dalam
kereta Perodua yang diturunkan oleh Sirion kepada Myvi, antaranya pemancit 4
lubang, uretana berbusa yang diinjek ke dalam A-pillar, centre pillar dan
B-pillar untuk menebat hingar, sistem pelumpuh dan binaan badan pengurang
kecederaan pejalan kaki. Antara ciri-ciri lain pula ialah kawalan aliran udara
rangka bawah, pancarongga pengambilan resin dan penutup kepala yang disepadukan
dengan peti pembersih udara (untuk enjin 1.0) dan roda tenaga yang anjal untuk
mengurangkan getaran semasa berjalan (untuk transmisi manual).
MYVI VERSI 2008
Pada 22 Ogos 2008 Perodua Myvi versi baru dilancarkan dengan
menampilkan perubahan pada kekisi depan, bampar depan, bonet, bampar belakang,
rim aloi, warna dan reka bentuk papan pemuka, pemain MP3/WMA dan fabrik tempat
duduk. Model 1.3 Premium pula turut dilengkapi kaca perlindungan UV yang baru,
pelaras ketinggian tempat duduk, dan juga sistem audio baru dengan ciri-ciri
USB dan Bluetooth. “Edisi Khas” Perodua Myvi SE baru ini juga dilancarkan pada
10 Oktober 2008 dengan bampar yang baru, lampu belakang yang jernih, lampu
puncak gelap, papan pemuka ambar, tempat duduk kulit, dan pemain cakera padat
2-DIN dengan sokongan MP3, WMA, USB dan Bluetooth sebagai ganti unit bersepadu.
Ia hanya terdapat dengan enjin 1.3L dengan transmisi manual atau automatik.
Pelancaran Perodua Myvi menandakan kali pertama Perodua bersaing
sengit dengan Proton iaitu pembuat kereta Malaysia yang pertama yang
memperkenalkan Proton Savvy yang setanding kelasnya ketika itu. Myvi 1.3
mengetepikan saingan Proton Savvy 1.2, untuk menjadi “Car of the Year
2005/2006″ oleh majalah tempatan Autocar ASEAN. Akhbar kewangan tempatan The
Edge Daily melaporkan bahawa jualan Myvi jauh melampaui jangkaan awalnya dan
menerima sambutan yang amat mengalakkan semenjak diperkenalkan pada bulan April.
Proton Savvy yang mulai dipasarkan beberapa bulan selepas keluarnya Myvi tidak
menjejaskan jualan Myvi. Setelah mengambil kira permintaan yang besar untuk
Myvi, penjualan kereta itu naik mendadak pada tahun
2006.
MYVI GENERASI KEDUA
(2011-KINI)
Perodua Myvi 2011 dilancarkan pada 16 Jun 2011. Perodua Myvi 2011 terdapat dalam tiga perapi untuk 1.3 liter iaitu
Standard, Premium dan Elegance, dan dua untuk 1.5 liter iaitu Special Edition
dan Extreme. Kesemuanya tersedia dengan transmisi automatik empat kelajuan dan
manual lima kelajuan. Semua kereta model ini tersedia pasang beg udara duaan.
ABS dan EBD terdapat pada varian Premium dan Elegance. Lampu kabut juga
terdapat untuk varian Premium dan Elegance. Varian Standard pula ada rim keluli
dengan pelitup manakala varian lain mendapat rim aloi. Kemudi Kuasa Elektronik
sudah dipasang di semua kereta. Batang transmisi automatik dialihkan kepada
dekat papan pemuka seperti Perodua Alza. Dalam varian Elegance sahaja tersedia
sistem navigasi DVD berskrin sentuh 6 inci 2-DIN bersepadu dengan peta yang
disumbangkan oleh Telekom Malaysia, di samping pemegang pintu krom dan kit
badan yang berbeza. Myvi terdapat dalam enam warna, lima daripadanya metalik
iaitu Ebony Black, Glittering Silver, Medallion Grey, Pearl White dan rona baru
Mystical Purple; serta satu warna padu iaitu Ivory White.
Myvi 2011 dikuasakan oleh enjin K3-VE 1.3 liter dengan DVVT serta
EFI. Walaupun sama enjinnya dengan generasi terdahulu, namun Perodua mengaku
kenaikan 4HP dalam Myvi 2011 kerana kemudi kuasa elektronik (EPS) yang
membolehkan Perodua untuk menyalurkan kuasa tambahan untuk meningkatkan kuasa
kuda. Terdapat rangkaian kuasa automatik 4 kelajuan dan manual 5 kelajuan;
kedua-dua transmisi ini memindahkan kuasa enjin kepada roda depan. Pada bampar
belakang ada liang udara yang mengurangkan masalah kepakan. Beg udara SRS
terpasang dalam semua kereta, maka Myvi merupakan kereta nasional pertama yang
dipasang sedemikian. Tali sawat tengah tempat duduk belakang bertukar dari
sekadar riba menjadi ELR tiga sudut. ISOFIX juga menjadi piawaian untuk semua
Myvi 2011 untuk pemasangan tempat duduk kanak-kanak.
MYVI SE MODEL 2005
MYVI SE MODEL 2011
MYVI SE MODEL 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan