Rumah ialah
keperluan asas bagi manusia sejak zaman berzaman cuma diubah suai reka
bentuknya sahaja. Dalam erti kata umum rumah ini bermaksud
satu bangunan yang dijadikan tempat tinggal dalam jangka
waktu tertentu. Berikut adalah jenis jenis rumah yang ada di Malaysia
APARTMENT
Dari segi saiz keluasan, apartment lebih besar dari flat tapi
lebih kecil dari condominium. Dari segi harga, boleh dikatakan apartment dalam
lingkungan kos rendah ke sederhana, tapi tengok lokasi juga. Dari segi
ketinggian, kita boleh lihat apartment yang jenis low-rise (rendah) dan
kebanyakan high-rise (tinggi). Pemilik apartment akan memiliki keseluruhan
unitnya, kawasan di depan unitnya dan selain dari itu dimiliki bersama. Antara
kemudahan yang disediakan termasuk pengawal keselamatan, ruang letak kereta
berdaftar (berbumbung dan tidak) swimming pool, clubhouse dan kedai-kedai
berdasarkan harga apartment tersebut.Ada satu lagi pecahan di bawah apartment iaitu serviced
apartment. Serviced apartment adalah commercial property dan dibina di atas
tanah komersil bukan perumahan. Dari segi cukai, pemilikan dan hal-hal legal,
banyak bezanya.
CONDOMINIUM
Condominium adalah yang paling mewah antara kesemua jenis rumah
strata. Rekabentuknya moden, unitnya luas dan kemudahan-kemudahan yang
disediakan lebih banyak dan hebat dari apartment. Namun begitu saya masih rasa
berdasarkan lokasi, ciri-ciri ini tiada beza antara apartment dan condominium.
Pengawal keselamatan condominium biasanya sangat tegas. Setiap pemilik atau
penyewa akan mempunyak kad akses untuk memasuki kawasan condominium. Pelawat
akan diminta mendaftar diri waktu masuk dan keluar kawasan dan pemandu teksi
juga tidak dikecualikan! Setiap unit akan diberikan ruang letak kereta
berdaftar. Kebanyakan condominium mempunyai sebuah unit dinamakan clubhouse dan
di sini terdapat swimming pool, gym, surau, kedai-kedai makan, pejabat
management, laundry dan pelbagai fasiliti lain yang tersedia untuk pemilik dan
penyewa. Condominium juga boleh dipecahkan kepada beberapa sub-unit iaitu
biasa, standard, penthouse dan duplex yang berbeza dari segi rekabentuk,
keluasan dan harga.
TOWNHOUSE
Townhouse adalah satu jenis rumah yang agak menarik. Ia boleh
dikatakan gabungan antara strata dan landed dari segi rupa bukan legal dan
pemilikan tanah. Rumah townhouse biasanya 2 tingkat atau lebih. Di bandar saya
tinggal, ada sebuah townhouse 4 tingkat. Uniknya townhouse ini kerana rupanya
seolah-olah rumah teres tapi setiap tingkat ada unit yang tidak bersambung
antara satu sama lain – maksudnya, setiap pemilik memiliki 1 unit untuk sesuatu
tingkat di rumah townhouse itu. Pemilik rumah akan memiliki pintu rumah berbeza
dan bahagian letak kereta sendiri. Untuk rumah townhouse 2 tingkat, kawasan
sekitar rumah akan dibahagi dua namun untuk rumah townhouse lebih dari 3
tingkat, kemungkinan besar tidak akan banyak ruang untuk dikongsi sebab ia
mirip rumah strata lain. Dari segi fasiliti, townhouse mungkin atau mungkin
tidak mempunyai pengawal keselamatan dan lain-lain. Townhouse di bandaraya
merupakan rumah townhouse 4 tingkat, dan setiap unit ada 2 tingkat. Fuh, Menarikan…Enjoyy…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan