Pengubahsuaian kenderaan biasanya bermula dengan menukar rim dan tayar standard kepada SPORT RIM. Dengan hanya menukar sport rim sahaja wajah
sesebuah kereta akan terus berubah dari wajah standard kepada wajah nampak lebih garang dan menarik atau bergaya racing.
Antara
kebaikan menggunakan Sport Rim ialah:
i>>Memantapkan
kenderaan terutama ketika mengambil selekoh memandangkan tayar yang
berukuran lebih lebar.
ii>>Pemasangan rim sport juga meningkatkan
keyakinan pemandu ketika membrek memandangkan kenderaan
sentiasa berada pada kedudukan yang cukup seimbang.
Antara
keburukan menggunakan Sport Rim ialah:
i>>Menyebabkan
kerosakan pada pelbagai alatan yang berkaitan dengan tayar seperti bering roda, mounting dan drive shaft yang akan menjadi cepat
rosak jika tersalah memilih sport rim yang tidak sesuai pada size rim dan tayar.
ii>>Menyebabkan kos perjagaan (servis dan maintenance
) akan lebih tinggi jika pilihan rim dan tayar tidak sesuai dengan cc kereta
anda .Ini akan menjadikan cepat rosak atau memendekkan jangka hayat pada peralatan
penyerap hentak, clearance terkeluar, aligment susah masuk, serta kesan pada
stereng dan kepada semua undercharage bush dan
arm dan balljoint .
iii>>Kos penggunaan minyak akan meningkat dan
berbeza dari rim dan tayar standard kerana faktor size. Makin besar size rim dan tayar makin tinggi penggunaan minyak.
Perkara utama yang anda perlu pastikan agar
rim yang ingin dibeli benar-benar sesuai dengan spesifikasi kereta anda. Paling sesuai dan ramai pemilik kereta akan menukar 2
inci ke 3 inci lebih besar daripada saiz rim asal sahaja. Saiz sport rim perlu berdasarkan
standard power kereta sebab bering roda, mounting dan drive shaft akan cepat
rosak kalau sport rim yang tidak sesuai..contoh panduan seperti dibawah:
Kalau kereta cc 1.3 (sport rim digunakan 14 inci )
Kalau kereta cc 1.3-1.6 (sport rim
digunakan 15 inci )
Kalau kereta cc 1.6-2000 (sport rim
digunakan 16 inci )
kalau kereta 2000cc above tetapi max sampai 21 inci.
Kesimpulannya sebelum
menukar kepada Sport Rim anda perlu berfikir banyak kali, kebaikan dan
keburukan penggunaan Sport Rim serta kesan jangka pendek dan panjang disegi pelbagai
kos yang paling penting sekali bajet anda..Kalau bajet besar tepuk dada tanya
selera..Enjoyyy!!
Contoh Sport Rim Terkini
Contoh Sport Rim Terkini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan