15 Oktober 2015

TIPS PEMBELIAN SPORT RIM DAN KEBAIKAN SERTA KEBURUKANNYA


Pengubahsuaian kenderaan biasanya bermula dengan menukar rim dan tayar standard kepada SPORT RIM. Dengan hanya menukar sport rim sahaja wajah sesebuah kereta akan terus berubah dari wajah standard kepada wajah nampak lebih garang dan menarik atau bergaya racing.

Antara kebaikan menggunakan Sport Rim ialah:

i>>Memantapkan kenderaan terutama ketika mengambil selekoh memandangkan tayar yang berukuran lebih lebar.

ii>>Pemasangan rim sport juga meningkatkan keyakinan pemandu ketika membrek memandangkan kenderaan sentiasa berada pada kedudukan yang cukup seimbang.

Antara keburukan menggunakan Sport Rim ialah:

i>>Menyebabkan kerosakan pada pelbagai alatan yang berkaitan dengan tayar seperti bering roda, mounting dan drive shaft yang akan menjadi cepat rosak jika tersalah memilih sport rim yang tidak sesuai pada size rim dan tayar.

ii>>Menyebabkan kos perjagaan (servis dan maintenance ) akan lebih tinggi jika pilihan rim dan tayar tidak sesuai dengan cc kereta anda .Ini akan menjadikan cepat rosak atau memendekkan jangka hayat pada peralatan penyerap hentak, clearance terkeluar, aligment susah masuk, serta kesan pada stereng dan kepada semua undercharage bush dan arm dan balljoint .

iii>>Kos penggunaan minyak akan meningkat dan berbeza dari rim dan tayar standard kerana faktor size. Makin besar size rim dan tayar makin tinggi penggunaan minyak.

Perkara utama yang anda perlu pastikan agar rim yang ingin dibeli benar-benar sesuai dengan spesifikasi kereta anda. Paling sesuai dan ramai pemilik kereta akan menukar 2 inci ke 3 inci lebih besar daripada saiz rim asal sahaja. Saiz sport rim perlu berdasarkan standard power kereta sebab bering roda, mounting dan drive shaft akan cepat rosak kalau sport rim yang tidak sesuai..contoh panduan seperti dibawah:

Kalau kereta cc 1.3 (sport rim digunakan 14 inci )
Kalau kereta cc 1.3-1.6 (sport rim digunakan 15 inci )
Kalau kereta cc 1.6-2000 (sport rim digunakan 16 inci )
kalau kereta 2000cc above tetapi max sampai 21 inci.

Kesimpulannya sebelum menukar kepada Sport Rim anda perlu berfikir banyak kali, kebaikan dan keburukan penggunaan Sport Rim serta kesan jangka pendek dan panjang disegi pelbagai kos yang paling penting sekali bajet anda..Kalau bajet besar tepuk dada tanya selera..Enjoyyy!!

 Contoh Sport Rim Terkini
Contoh Sport Rim Terkini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan