03 Oktober 2015

PELABURAN EMAS MENJAMIN MASA DEPAN ANDA



EMAS semua orang didunia mengenali dan mengingini untuk dimiliki, sesuatu yang amat berharga semenjak 1000 tahun dahulu hingga kini . Sesiapa yang memiliki akan dianggap orang kaya dan dipandang tinggi dimata masyarakat , Kebaikan emas nilainya tidak akan turun sebaliknya nilai semakin lama semakin tinggi. Ada individu dan negara yang sanggup bermati matian demi emas . Pelbagai jenis emas yang popular antara emas 916, 999 dan lain lain seperti siling emas. Saja kongsi untuk tenangkan hati , hendak memiliki tiada daya…enjoyyy… 

TIPS DI AMBIL KIRA DAN PERLU FIKIR PANJANG SEBELUM MELABUR DAN MEMBELI SERTA MENJUAL EMAS

PANDUAN SEBELUM MELABUR
1. Kaedah pembelian emas fizikal yang sah di sisi undang-undang dan halal.
2. Kaedah simpanan emas fizikal yang terbaik dan pengeluaran emas yang boleh dilakukan pada bila-bila masa.
3. Kaedah penjualan emas fizikal pada bila-bila masa ketika harga emas naik untuk menjana keuntungan.

PANDUAN DI SEGI EMAS
1. Kira nilai spread harga emas beli dan harga emas jual
2. Semak jika ada stok emas sebenar atau emas fizikal yang boleh anda pegang
3. Kemudahan cawangan atau kedai pelaburan emas
4. Lokasi cawangan atau kedai yang berhampiran untuk anda ambil emas
5. Kemudahan lock’ harga emas yang anda setuju
6. Caj atau upah atau fee emas yang anda beli
7. Kemudahan safe deposit box atau peti simpanan keselamatan untuk menyimpan emas

8. Kadar upah untuk simpan emas



****Semoga berguna untuk pembaca semua****

Tiada ulasan:

Catat Ulasan