Jawatankuasa Tatatertib FIFA semalam telah menghukum Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas insiden kekecohan
penonton yang membawa kepada terhentinya perlawanan kelayakan FIFA World Cup
Rusia 2018 antara Malaysia dan Arab pada 8 September 2015 lepas.
Selepas analisis semua perkara
itu, khususnya laporan dari pegawai perlawanan, video dan gambar yang berkaitan
dan betapa seriusnya kejadian dengan itu Jawatankuasa Tatatertib FIFA memutuskan
HUKUMAN bahawa perlawanan seterusnya
yang melibatkan Malaysia dalam pertandingan kelayakan Piala Dunia iaitu
perlawanan (Malaysia v UAE pada 17
November 2015) akan diadakan tanpa penonton. Jawatankuasa itu juga membuat
keputusan untuk mengenakan denda sebanyak USD40,000
(RM176,000) dan juga amaran keras kepada FAM.
Mengenai keputusan
perlawanan itu Jawatankuasa Tatatertib FIFA memutuskan bahawa perlawanan tersebut
dibatalkan dan memberi kemenangan kepada pasukan Saudi Arabia dengan jaringan (0-3).
FAM bertanggungjawab penuh dengan
insiden kekecohan dan kelakuan penyokong dan didapati telah melanggar artikel 6
para 5, Peraturan-Peraturan 2018 Piala Dunia FIFA Rusia, artikel 56, artikel 65,
67 para 1 dan artikel 67 para 3 Kod Tatatertib FIFA serta artikel 4 para 2, artikel
29 para 1 dan Peraturan-Peraturan Keselamatan.
Prosiding tatatertib telah dibuka
selepas kejadian balingan bom asap dan suar yang berlaku di dalam Stadium Shah
Alam, yang membawa kepada terhenti perlawanan pada minit ke-88. Semoga
hukuman dan denda tersebut menyedarkan semua pihak FAM dan penonton agar isu keselamatan perlu dijaga pada pelawanan akan datang…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan