Johor Darul Takzim mencipta
sejarah tersendiri apabila layak keperlawanan akhir Piala Asia 2015 , Tuah
bergolek ini datang kerana Persatuan Bola Sepak Kuwait telah digantung oleh
FIFA , dengan itu dengan sendirinya dua kelab dari kuwait iaitu Al Qadsia dan Al Kuwait turut digantung oleh badan induk bola sepak dunia tersebut.
Ini bermakna JDT akan bertemu kelab Istiqlol
dari Tajikistan pada 31 Oktober 2015 nanti di ibu negara tersebut iaitu Dushanbe , cuma yang agak menjadi masalah stadium tersebut mempunyai padang tiruan yang mana sebelum ini Pahang kena 4-0 bila bermain di sana.
Selamat berjaya JDT sebagai wakil yang membawa bendera dan maruah bola sepak Malaysia dan wakil pertama Asia Tenggara ke Pertandingan Kelas dua (2) peringkat Asia
tersebut..Enjoyy…
JDT
ISTIQLOL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan