Bagi calon temuduga jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27 yang mencari tip tip soalan sebelum masuk interview jawatan diatas disini ialah tip tip untuk temuduga jawatan tersebut..Semoga berguna untuk anda semua..Enjoyy...
TUGAS
PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
DESKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab menguruskan
kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan
pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat,
pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan
Undang-undang.
CONTOH SOALAN TEMUDUGA PENOLONG PEGAWAI TADBIR
N27
CONTOH SOALAN TEMUDUGA PENOLONG
PEGAWAI TADBIR N27 DAN TEMUDUGA SPA YANG SERING DITANYA OLEH PANEL
PENEMUDUGA?
Jika anda dipanggil menjalani sesi
temuduga jawatan kerajaan seperti temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27,
anda disyorkan untuk bertanyakan rakan atau kenalan anda yang pernah menghadiri
sesi temuduga tersebut. Tanyakan apakah soalan yang ditanya oleh panel dan
minta rakan anda berkongsi pengalaman menghadiri seisi temuduga sektor awam.
Dengan cara ini anda akan mendapat gambaran ringkas situasi dan soalan yang
bakal anda hadapi nanti semasa sesi temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27.
CONTOH SOALAN
TEMUDUGA PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27 DAN JUGA TEMUDUGA SPA YANG LAIN
YANG SERING DITANYA OLEH PANEL PENEMUDUGA KEPADA CALON BERKISAR KEPADA BEBERAPA
ASPEK SEPERTI :
·
Latar belakang & kelayakan calon
·
Jawatan yang dipohon & berkaitan
dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
·
Dasar kerajaan
·
Isu semasa dalam & luar
negara.
CONTOH SOALAN TEMUDUGA PENOLONG
PEGAWAI TADBIR N27 DAN TEMUDUGA SPA BERKAITAN LATAR BELAKANG & KELAYAKAN CALON
:
1. Sila perkenalkan diri anda secara
ringkas.
2. Kenapa anda yang harus kami pilih,
dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda??
3. Apa yang menarik minat kami untuk
anda diambil bekerja dengan kerajaan? Mengapakah kami patut mengambil anda
bekerja dengan kerajaan?
4. Semasa projek akhir disemester anda,
apa yang anda lakukan? Minta ceritakan…
5. Apakah kelemahan anda yang harus
kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda
mengatasi kelemahan tersebut?
CONTOH SOALAN TEMUDUGA PENOLONG
PEGAWAI TADBIR DAN TEMUDUGA SPA BERKAITAN JAWATAN YANG ANDA POHON
1. Setakat yang anda tahu, apakah tugas
tugas yang bakal dipikul oleh anda jika nanti? Peranan Jabatan &
Kementerian ini? (bergantung kepada jawatan yang anda pohon ketika itu)
2. Sebagai seorang jurutera, selain
daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri
anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi
seorang jurutera yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?
3. Sebagai seorang jurutera, selain
daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri
anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi
seorang jurutera yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?
4. Sumbangan yang boleh anda berikan
jika menjawat jawatan yang dipohon.
CONTOH SOALAN TEMUDUGA PENOLONG
PEGAWAI TADBIR DAN TEMUDUGA SPA YANG BERKAITAN DENGAN DASAR KERAJAAN
1. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI
(Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri
menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?
2. Selain daripada KPI, apa lagi
langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur
kemampuan seseorang pekerja?
3. Apakah yang anda faham dengan konsep
1Malaysia? Apa pendapat anda dengan konsep dibawa Perdana Menteri Malaysia?
4. Apa yang anda faham dengan intipati
belanjawan negara 2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia?
5. Senarai dasar-dasar yang
dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia?
6. Apakah tema bajet 2013?
CONTOH SOALAN TEMUDUGA PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27 DAN TEMUDUGA SPA BERKAITAN ISU SEMASA DALAM & LUAR
NEGARA
·
Isu Semasa Dalam Negara
1. Boleh nyatakan tentang keputusan
Pilihanraya Umum Ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013?
2. Jelaskan tentang konflik yang
tercetus di Lahat Datu?
3. Isu perkauman yang hangat
dibangkitkan ketika ini?
4. Diskaun pembayaran balik pinjaman
PTPTN.
·
Isu Semasa Luar Negara
1. Krisis Palestin yang mengorbankan
ribuan nyawa akibat kerakusan regim Israel.
2. Krisis yang berlaku di Syria.
3. Aung San Suu Kyi adalah pejuang
demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai
sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan
oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama
mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala?
4. Campur tangan asing dalam kedaulatan
sesebuah negara.
Kegawatan ekonomi yang melanda negara Eropah
seperti Greece..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan