“SuperMokh” gelaran kepada Allahyarham Mokhtar Dahari (1953-1991)
Beliau adalah legenda bola sepak kebangsaan
Malaysia yang tiada pengganti sehingga kini. Gelaran
SuperMokh diberi kerana kecemerlanganya menjaringkan banyak gol sepanjang
kariernya bersama Selangor dan negara. Sepanjang karier beliau telah menjaringkan
302 gol dalam pentandingan rasmi iaitu 177 gol dalam 375 perlawanan semasa
mewakili Selangor dan 125 gol dalam 167 perlawanan semasa mewakili Malaysia.
Beliau
merupakan penyerang sensasi pasukan Selangor sejak 1971 hingga 1987 dan
Penyerang utama negara sejak 1972 hingga 1985.
Sejarah bola sepak negara telah tercatat yang mana beliau sebagai pemain Malaysia pertama yang dapat bermain dengan Lagenda bola sepak dunia Diego Maradona Peristiwa bersejarah ini berlaku pada 14 Januari 1982 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Mungkin ramai yang tidak tahu peristiswa dua legenda bolasepak ini bertemu dalam satu perlawanan persahabatan di negara ini iaitu empat tahun sebelum Maradona menjadi superstar dan terkenal pada Piala Dunia Mexico 1986 dengan mengemudi Argentina mengrakul Juara dunia FIFA 1986 yang mana tercatat sejarah Hand of God. Perlawanan itu yang kini dianggap bersejarah adalah perlawanan persahabatan diantara pasukan pilihan Selangor yang diketuai oleh Mokhtar Dahari dengan kelab terkenal Argentina Boca Juniors yang diketuai oleh Diego Maradona yang ketika itu berumur 21 tahun. Pada perlawanan itu Boca Juniors menang 2-1.
Dalam program di ASTRO Channel History satu ketika dulu ada slot mengenai karier Diego Maradona (semasa itu Maradona ditahan di pusat pemulihan akibat kesalahan berkaitan dadah dan ketagihan Alkohol) .Dalam interview itu wartawan tanya mengenai pemain bola sepak Asia..Maradona memberi jawapan salah seorang pemain asia yang hebat pernah beliau berjumpa adalah Mokhtar Dahari dari Malaysia. Kita sebagai rakyat Malaysia turut merasa bangga dengan pujian dari lagenda bola sepak dunia itu .Persoalannya sekarang mengapa SUPERMOKH menjadi pemain hebat..Berdasar catatan dan rekod antara sebabnya ialah bakat semula jadi yang dimilikinya dan usaha gigih berpanjangan tanpa rasa penat dan berputus asa contoh (Beliau berlatih sendirian melebihi pemain lain bagi menajam skill dan membaiki kelemahan) tepati masa waktu latihan (turun berlatih lebih awal dari masa yang ditetapkan tetapi menamatkan latihan lebih lambat dari pemain lain) ini semua boleh menjadi contoh untuk pemain pemain muda di Malaysia sekarang agar suatu hari nanti ada lagi supermokh II dan menjadi bintang bola sepak Asia atau dunia…Akhir sekali Al-fatihah untuk Allahyarham…Amin…

Tiada ulasan:
Catat Ulasan