Berita
terkini yang mengejut seluruh peminat bola sepak dunia.Bekas bintang bola sepak
Brazil, Ronaldinho telah meninggalkan kelab Fluminense pada hari ini 29 September
2015 kurang daripada tiga (3) bulan selepas mengikat kontrak dengan kelab
tersebut. Bekas pemain antarabangsa Brazil yang menyertai kelab Fluminense dari
kelab Mexico Queretaro pada 11.07.2015 dengan perjanjian kontrak satu tahun setengah tetapi pemergiannya telah
disahkan pada Isnin. Ronaldinho yang berumur 35 tahun, bergelut dengan prestasi bagi memberi impak di Fluminense, gagal untuk menjaringkan gol dalam sembilan (9)
perlawanan untuk kelab Serie A tersebut. Pemenang dua (2) kali anugerah FIFA
World Player of the Year pernah diejek oleh penyokong sendiri ketika perlawanan
liga pada bulan Ogos lepas.
Penamatan kontrak telah disahkan oleh Fluminense
melalui laman web mereka. Penamatan kontrak tersebut dikatakan berkaitan kurang penyediaan
dan latihan beliau menyebabkan prestasi buruk di kelab barunya.Masa depannya
masih tidak jelas, tetapi Ronaldinho yang 97 kali mewakili negaranya dan pernah
membantu Brazil menjuarai Piala Dunia FIFA
2002 pasti berada dalam RADAR kelab kelab di dunia kerana namanya yang telah
menjadi lagend dalam arena bola sepak dunia .Permintaan atau minat kelab kelab
tersebut mungkin menjadi serampang dua mata ,kalau bukan prestasi beliau pasti Ronaldinho
akan menjadi produk pemasaran sesebuah kelab untuk tujuan meningkat saham dan tarikan
peminat. Enjoyyy….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan