29 September 2015

LIONEL MESSI TERCEDERA LUTUT DAN TERPAKSA BEREHAT SELAMA LAPAN MINGGU

Berita mengejutkan dan amat merugikan kepada peminat bola sepak dunia dan pasukan Barcelona serta pasukan Argentina apabila bintang bola sepak dunia iaitu LIONEL MESSI telah tercedera pada perlawanan liga sabtu lepas 26 September 2015 minggu lepas iaitu apabila berlanggar dengan pertahanan Las Palmas Dani Castellano di dalam kotak penalti ketika messi cuba menjaringkan gol pada separuh masa pertama yang mana dalam perlawanan itu Barcelona menang 2-1 mengatasi kelab baru  dinaikan ke liga utama itu. Messi cuba bermain sekejap tetapi tidak mampu berlari dan beliau berada dalam kesakitan dan dikeluarkan pada minit ke 10 ,Pemeriksaan doktor menunjukan kecederaan pada ligemen lutut dan terpaksa berehat lama ini menyebabkan beliau tidak dapat beraksi selama tujuh hingga lapan minggu..

Pemain antarabangsa Argentina itu akan terlepas banyak perlawanan penting sekurang kurangnya 10 perlawanan yang melibatkan Barcelona dalam Liga (6 perlawanan) dan Liga Juara Juara (3 perlawanan) dan bersama  Argentina untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 (2 perlawanan) Messi dijangka akan dapat beraksi kembali apabila bertemu dengan Real Madrid dalam Al Classico 2015 atau mungkin lebih lama lagi hanya masa yang akan menentukan…Kita semua messi dapat beraksi lebih cepat dari yang dijangkan kerana beliau icon dunia bola sepak serta penyeri dalam sukan ini..Go Messi Go!!!








Tiada ulasan:

Catat Ulasan