29 September 2015

INDONESIA NEGARA PALING RAMAI PENDUDUK MUSLIM DI DUNIA DAN SEJARAHNYA

Republik Indonesia ialah sebuah negara kepulauan yang juga disebut sebagai Nusantara (Kepulauan Antara) yang terletak di antara tanah besar Asia Tenggara dan Australia dan antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Indonesia bersempadankan Malaysia di Pulau Borneo, Papua New Guinea di Pulau Papua dan Timor Leste di Pulau Timor. Negara jiran lain termasuklah Singapura, Filipina, Australia dan wilayah India Kepulauan Andaman dan Nicobar. Ibu negara dan pusat pentadbiran Indonesia ialah Jakarta. Dengan 17,508 pulau, Indonesia merupakan negara kepulauan terbesar di dunia. Dengan jumlah penduduk seramai 222 juta orang pada 2006 ia merupakan negara keempat (4) paling ramai penduduk di dunia dan negara penduduk muslim yang terbesar di dunia walaupun secara rasminya ia bukanlah sebuah negara Islam. Indonesia merupakan sebuah republik, dengan parlimen dan presiden yang dipilih secara langsung.

SEJARAH INDONESIA
Dibawah pengaruh agama Hindu dan Buddha, beberapa kerajaan terawal terbentuk di pulau Sumatera dan Jawa .Semasa kerajaan Majapahit pada abad ke-7 hingga abad ke14 merupakan zaman kegemilangan dengan wilayah empayar meliputi negara jiran seperti Malaysia dan pulau Mindanao. Kedatangan pedagang-pedagang Arab dari GujaratIndia kemudian membawa agama Islam yang akhirnya menjadi agama terbesar di negara tersebut
Pada abad ke-17Belanda muncul sebagai kuasa yang terkuat di antara negara-negara Eropah, mengalahkan British dan Portugis(kecuali untuk tanah jajahan mereka di Timor Timur). Belanda menguasai Indonesia sebagai tanah jajahan sehingga Perang Dunia II, awalnya melalui Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), dan kemudiannya dijajah secara langsung oleh pihak Belanda sejak awal abad ke-19.
Semasa Perang Dunia II tahun 1942 Jepun menguasai Indonesia pada ,Pada Mac 1945, pihak Jepun membentuk sebuah jawatan kuasa untuk kemerdekaan Indonesia; di bawah tekanan pertubuhan-pertubuhan pemuda, kelompok pimpinan Sukarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia selepas perang Pasifik berakhir pada tahun 1945 Sukarno menjadi presiden pertama Indonesia dengan Mohammad Hatta sebagai naib presiden. Dalam usaha untuk menguasai kembali Indonesia, Belanda menurunkan angkatan tentera mereka. Usaha-usaha berdarah untuk membendung pergerakan kemerdekaan ini kemudian dikenali sebagai 'tindakanpolis' (Actie Politioneel). Di bawah tekanan perlawanan rakyat dan tentera Indonesia, Belanda akhirnya menarik tenteranya pada 27 Disember 1949.


                                                                                                                                              Pemimpin Indonesia bermula Presiden Sukarno tahun 1945-1967 (22 tahun) Presiden Suharto tahun 1967-1998 (31 tahun), Presiden Baharuddin Jusuf Habibie tahun 1998-1999 (1 tahun), Presiden Abdurrahman Wahid tahun 1999-2001 (2 Tahun), Presiden Megawati Sukarnoputri tahun 2001-2004 (3 tahun), Presiden Susilo Bambang Yudhoyono tahun 2004-2014 (10 tahun) Presiden Joko Wododo Jokowi  menjadi presiden Indonesia yang terkini.
 Antara tempat menarik di Indonesia








Tiada ulasan:

Catat Ulasan