Bagi yang telah tiada orang tersayang seperti ibubapa, adik, abang, suami, isteri doakan mereka aman di alam sana, Bagi kita yang masih hidup ini boleh membantu menambah pahala bagi mereka, walaupun sibuk dan penat dengan tugas harian luangkan masa sekejap untuk mereka yang tersayang...dengan kata lain walaupun mereka telah tiada kita boleh lagi berbakti kepada mereka..antara tip mudah dan jarang orang buat untuk dapat pahala mudah ialah..
PERKARA BIASA DILAKUKAN
1. Sedekah wang Dengan niat untuk mereka semasa bersedekah..(Masjid, Fakir Miskin)
2. Derma wang Kepada Pondok atau sekolah Tahfiz
3. Memberi makan kepada fakir miskin dan anak yatim
4. Mengadakan jamuan makan di masjid masjid atau surau
5. Mewakafkan tanah atau rumah untuk kegunaan awam seperti pembinaan masjid,surau
PERKARA JARANG DILAKUKAN
1. Membeli Al Quran biasa atau tafsiran mengikut jumlah kemampuan kita atau jumlah tertentu setiap bulan lalu di sedekahkan dengan niat untuk mereka yang telah tiada..setiap Al Quran yang dibaca setiap masa oleh para jemaah pahala akan diperolehi oleh mereka yang kita niat itu.
2. Membeli kitab kitab untuk kegunaan pondok pondok Agama atau Sekolah Tahfiz yang kebanyakan miskin dan daif mengikut jumlah kemampuan kita atau jumlah tertentu lalu (Hendak lebih elok anda telefon atau kunjungi sekolah Pondok/Tahfiz terlebih dahulu dan tanya kitab jenis apa dan berapa jumlah hendak diguna selepas itu baru beli bagi menepati jumlah dan jenis kitab) disedekahkan dengan niat untuk mereka yang telah tiada ..setiap kitab yang dibaca setiap masa oleh para pelajar pahala akan diperolehi oleh mereka yang kita niat itu.
3. Menyedia bekas air automatik untuk minuman di masjid atau surau yang bermacam macam jenama sekarang seperti Elken atau yang murah murah asalkan air bersih setiap pengunjung yang meminum air tersebut pahala akan diperolehi oleh mereka yang kita niat itu.
4. Jika ada tanah yang lebih izinkan jiran atau untuk kegunaan awam bagi dibina jalan atau wakaf untuk berteduh bagi setiap pengguna pahala akan diperolehi oleh mereka yang kita niat itu.
***Tip tip diatas juga berguna untuk kita yang masih hidup ini ,amalkan untuk kita juga, cuba bayangkan jika setiap bulan kita ambil sedikit dari gaji kita untuk saham akhirat kita,sedikit sedkit sehingga ke akhir hayat umur kita, kira banyak juga tu.. Apalah sangat dan berkira dengan gaji kita berbanding jasa dan peranan orang yang kita sayang yang membuatkan kita hidup menjadi orang berguna hingga sekarang..amin amin..
Al FATIHAH untuk mereka yang terlebih dahulu meninggalkan kita ***
Tiada ulasan:
Catat Ulasan