17 September 2015

CARA MUDAH MEMBERI PAHALA KEPADA ORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA


 Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara, sejak dilahirkan hingga ke dewasa dan saat kehari tua hanya sekejap sahaja. Masa begitu cepat meninggalkan kita, Hari hari bersama yang tersayang berlalu tanpa disedari, cuba renungkan sekejap tanpa disedari insan-insan yang kita SAYANGI ada yang telah meninggalkan kita. Sejak dilahir umur 1 hingga 20 tahun dikatakan alam remaja atau muda masa itu kita bertenaga dan keinginan tinggi dalam semua segi selepas itu umur 21 hingga 59 tahun dikatakan zaman dewasa masa ini zaman kehidupan kita sebenar contoh kalau baik baik baiklah kita, kalau jahat jahat lah kita dan kalau kaya kaya lah kita dan sebaliknya . Akhir sekali umur 60 tahun keatas waktu ini dikatakan umur tua, sisa sisa umur waktu ini hanyalah subsidi ,tenaga dan keinginan telah berkurangan dan lemah..masa ini amalan hendaklah diperbanyakan banyak tumpukan pada amalan akhirat, kurangkan hal keduniaan..banyak bertaubat dan betulkan diri...amin amin...

Bagi yang telah tiada orang tersayang seperti ibubapa, adik, abang, suami, isteri doakan mereka aman di alam sana, Bagi kita yang masih hidup ini boleh membantu menambah pahala bagi mereka, walaupun sibuk dan penat dengan tugas harian luangkan masa sekejap untuk mereka yang tersayang...dengan kata lain walaupun mereka telah tiada kita boleh lagi berbakti kepada mereka..antara tip mudah dan jarang orang buat untuk dapat pahala mudah ialah..
PERKARA BIASA DILAKUKAN

1.  Sedekah wang Dengan niat untuk mereka semasa bersedekah..(Masjid, Fakir Miskin)

2.  Derma wang Kepada Pondok atau sekolah Tahfiz

3.  Memberi makan kepada fakir miskin dan anak yatim

4. Mengadakan jamuan makan di masjid masjid atau surau

5. Mewakafkan tanah atau rumah untuk kegunaan awam seperti pembinaan masjid,surau
PERKARA JARANG DILAKUKAN

1. Membeli Al Quran biasa atau tafsiran mengikut jumlah kemampuan kita atau jumlah tertentu setiap bulan lalu di sedekahkan dengan niat untuk mereka yang telah tiada..setiap Al Quran yang dibaca setiap masa oleh para jemaah pahala akan diperolehi oleh mereka yang kita niat itu.
 2. Membeli kitab kitab untuk kegunaan pondok pondok Agama atau Sekolah Tahfiz yang kebanyakan miskin dan daif mengikut jumlah kemampuan kita atau jumlah tertentu lalu (Hendak lebih elok anda telefon atau kunjungi sekolah Pondok/Tahfiz terlebih dahulu dan tanya kitab jenis apa dan berapa jumlah hendak diguna selepas itu baru beli bagi menepati jumlah dan jenis kitab) disedekahkan dengan niat untuk mereka yang telah tiada ..setiap kitab yang dibaca setiap masa oleh para pelajar pahala akan diperolehi oleh mereka yang kita niat itu.
3. Menyedia bekas air automatik untuk minuman di masjid atau surau yang bermacam macam jenama sekarang seperti Elken atau yang murah murah asalkan air bersih setiap pengunjung yang meminum air tersebut pahala akan diperolehi oleh mereka yang kita niat itu.

4. Jika ada tanah yang lebih izinkan jiran atau untuk kegunaan awam bagi dibina jalan atau wakaf untuk berteduh bagi setiap pengguna pahala akan diperolehi oleh mereka yang kita niat itu.
***Tip tip diatas juga berguna untuk kita yang masih hidup ini ,amalkan untuk kita juga, cuba bayangkan jika setiap bulan kita ambil sedikit dari gaji kita untuk saham akhirat kita,sedikit sedkit sehingga ke akhir hayat umur kita, kira banyak juga tu.. Apalah sangat dan berkira dengan gaji kita berbanding jasa dan peranan orang yang kita sayang yang membuatkan kita hidup menjadi orang berguna hingga sekarang..amin amin.. 
Al FATIHAH untuk mereka yang terlebih dahulu meninggalkan kita ***



Tiada ulasan:

Catat Ulasan