Pages

10 Ogos 2015

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MEDIA SOSIAL WHATSUPP

MEDIA sosial merupakan agen berita tersohor dan popular sekarang, semua kita hendak membaca atau mengetahui berita terkini dan sensasi, kesahihan dan kebenaran menjadi nombor dua..Whatsupp,  Instagram, Twitter, Facebbok menjadi sebutan dan medan penyetus medan maklumat yang paling popular dari kanak kanak hingga ke peringkat dewasa, rakyat biasa hingga ke profesional . Kecanggihan media baharu yang terkini (new new media) dalam memaparkan nilai interaktif sumber berita menjadikan masyarakat global terdedah dengan kepelbagaian maklumat. tidak terkecuali rakyat negara ini yang turut menikmati hasil kecanggihan media yang pesat ini menjadikan maklumat sentiasa berada hanya di hujung jari. Kalau dulu sesuatu berita lambat untuk disebarkan dan lambat untuk kita semua ketahui atau membacanya. Dahulu TV dan Surat Khabar menjadi popular selepas itu maju lagi internet melalui komputer biasa atau laptop sekarang ini hanya melalui gajet canggih yang senang diaksess seperti iphone dan lain lain

Sejumlah penganalisis berkeyakinan bahawa dunia saat ini berada di tangan pihak yang menguasai media sosial yang menjadi pembentuk pendapat umum. Di tengah meningkatnya populariti media sosial di tengah masyarakat, muncul pelbagai kebimbangan mengenai pengaruh buruknya bagi masyarakat. Lalu, apakah media sosial menjadi ancaman atau peluang yang boleh dimanfaatkan dengan baik? Semuanya bergantung kepada kita yang membaca dan pemula sesuatu berita harus berfikir sedalam dalamnya kesan baik dan buruk sesuatu berita yang kita hendak sebar, kita sebagai orang islam sesuatu berita yang tidak betul atau gambar yang lucah kita akan memperolehi “saham” dosa berpanjangan (berantai) sepanjang hayat selagi ada orang menyebarkan ..fikir fikirkanlah…
Media sosial dewasa ini telah merebak ke berbagai dimensi yang boleh diakses oleh hampir seluruh lapisan masyarakat. Mulai dari anak-anak hingga remaja hingga orang tua, sekolah, pejabat kerajaan, swasta, institusi sosial masyarakat hingga perniagaan menggunakan media sosial untuk kepentingannya masing-masing. Media sosial mempunyai beberapa pola berkaitan, salah satunya adalah jejaring sosial yang membentuk rantai pelbagai profil yang saling berkaitan. Pada awalnya jejaring media sosial hanya menjadi medan menjalin hubungan rapat dengan teman-teman dan keluarga terdekat atau kawan kawan yang dikenali rapat sahaja tetapi sejak akhir akhir ini media sosial menjadi penyebar maklumat global yang terus kepada kita semua tanpa had batasan dan kebenaranya….

Kesimpulan media sosial ini ada baik dan buruknya. Paling penting kita yang diberi pemikiran yang waras dapat menilai ssesuatu berita atau maklumat itu..wassallam..










Tiada ulasan:

Catat Ulasan