MEDIA sosial merupakan agen
berita tersohor dan popular sekarang, semua kita hendak membaca atau mengetahui
berita terkini dan sensasi, kesahihan dan kebenaran menjadi nombor dua..Whatsupp, Instagram, Twitter, Facebbok menjadi
sebutan dan medan penyetus medan maklumat yang paling popular dari kanak kanak
hingga ke peringkat dewasa, rakyat biasa hingga ke profesional . Kecanggihan media baharu yang terkini (new new media)
dalam memaparkan nilai interaktif sumber berita menjadikan masyarakat global
terdedah dengan kepelbagaian maklumat. tidak terkecuali rakyat negara ini yang
turut menikmati hasil kecanggihan media yang pesat ini menjadikan maklumat
sentiasa berada hanya di hujung jari. Kalau dulu sesuatu berita lambat untuk disebarkan dan lambat untuk kita semua ketahui atau membacanya. Dahulu TV dan Surat Khabar menjadi popular selepas itu maju lagi internet melalui komputer biasa atau laptop sekarang ini hanya melalui gajet canggih yang senang diaksess seperti iphone dan lain lain
Sejumlah penganalisis
berkeyakinan bahawa dunia saat ini berada di tangan pihak yang menguasai media
sosial yang menjadi pembentuk pendapat umum. Di tengah meningkatnya populariti
media sosial di tengah masyarakat, muncul pelbagai kebimbangan mengenai
pengaruh buruknya bagi masyarakat. Lalu, apakah media sosial menjadi ancaman
atau peluang yang boleh dimanfaatkan dengan baik? Semuanya bergantung kepada
kita yang membaca dan pemula sesuatu berita harus berfikir sedalam dalamnya
kesan baik dan buruk sesuatu berita yang kita hendak sebar, kita sebagai orang
islam sesuatu berita yang tidak betul atau gambar yang lucah kita akan memperolehi
“saham” dosa berpanjangan (berantai) sepanjang hayat selagi ada orang
menyebarkan ..fikir fikirkanlah…
Media sosial dewasa ini
telah merebak ke berbagai dimensi yang boleh diakses oleh hampir seluruh
lapisan masyarakat. Mulai dari anak-anak hingga remaja hingga orang tua,
sekolah, pejabat kerajaan, swasta, institusi sosial masyarakat hingga
perniagaan menggunakan media sosial untuk kepentingannya masing-masing. Media
sosial mempunyai beberapa pola berkaitan, salah satunya adalah jejaring sosial
yang membentuk rantai pelbagai profil yang saling berkaitan. Pada awalnya
jejaring media sosial hanya menjadi medan menjalin hubungan rapat dengan
teman-teman dan keluarga terdekat atau kawan kawan yang dikenali rapat sahaja tetapi
sejak akhir akhir ini media sosial menjadi penyebar maklumat global yang terus
kepada kita semua tanpa had batasan dan kebenaranya….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan