25 Ogos 2015

BAGAIMANA CARA MENJADIKAN REZEKI ANDA BERKAT DAN BERTAMBAH

Penjawat awam hari atau tarikh yang paling diingati kekadang menjadi fobia ialah HARI GAJI. Fobia itu apabila terpaksa membayar banyak hutang disebabkan gaji lambat. Bagi yang kerja biasa atau swasta hari mendapat wang atau upah merupakan hari yang paling bahagia dan sedih untuk diri sendiri dan orang yang dibawah tanggungjawab kita..sedih bila duit gaji sekejap sahaja lesap dibelanja atau bayar hutang. Disini disertakan tip tip agar gaji atau sumber pendapatan kita mendapat berkat dan mendapat pahala sekali serta dimurah rezeki dimasa hadapan...aminnn
1.Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat transfer untuk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup.
........

2.Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!
........

3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!
........
4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!
........

5.Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.
........
6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu dahulu sblm bsdkah atau nk bntu Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat! Kerana sabit dlm hadis Rasul saw
☀☁☀☀☁☀

7.Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan2 & saudara-mara...

8.Rajin rajinlah dan biasakanlah lidah kita berselawat keatas nabi Kita Muhammad s.a.w*Marilah kita banyakkan berselawat ke atas Rasulullah SAW, nabi yang kita rindui...
..اللهم صل على محمد و على ال محمد .. ...
9.Rajin dan Ringankan lidah menyebut Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah dan Allahuakbar setiap masa seharian...

Muhasabahlah diri kita.Jika nak jadi cepat kaya, murah rezeki,panjang umur, dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang. Setiap makanan kita beri makan binatang itu dikira sedekah.( Ustaz Azhar Idrus)

Ingatlah... Rezeki untuk kita dlm pelbagai bentuk : selain RM,  tenang hati dn jiwa biar pelbagai ujian, kesihatan yang baik, anak anak yang cerdik pandai, erat kasih sayang sesama ummah juga dikira rezeki..

Rasulullah SAW
bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah
tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."(HR. Al- Bukhari)

 **BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG KITA DAPAT ,JUMLAH BUKAN PENGUKUR  YANG SEBENAR TETAPI KEBERKATAN MENJADI IDAMAN***

Tiada ulasan:

Catat Ulasan