14 Julai 2015

TANGGUNGJAWAB KITA YANG SERING KITA TERLUPA SEMASA HARI RAYA

Hari Raya beberapa hari lagi akan menjelma, pelbagai persiapan telah disediakan bagi menghadapi hari mulia dan berbahagia...bagi yang diperantau lagilah terasa debaran masing masing ingin pulang ke kampung halaman untuk bertemu keluarga tercinta tetapi kita semua mungkin terlupa atau tidak ambil berat tentang tanggungjawap masing masing terhadap orang tercinta..
Dibawah ini disertakan perkara perkara yang kita semua sering terlupa sebagai peringatan dihari mulia ini...

1. Ada Suami yang lupa bahawa Ibunya lebih utama dari Isterinya.

2. Ada Isteri yang lupa bahawa Suaminya lebih utama dari Ibubapanya.

3. Ada Ibubapa yang lupa anak Perempuan perlu mengutamakan Suaminya dari Ibubapa.

4. Ada Isteri yang lupa bahawa Suami perlu mengutamakan Ibubapanya sendiri melebihi Isterinya.

5. Ada Anak Lelaki lupa bahawa tangungjawab menjaga Ibubapa tergalas dibahu mereka dan bukan pada Anak-anak Perempuan.

6. Ada Anak Perempuan terlupa bahawa dia lebih terikat dengan tanggungjawab kepada Suami lebih dari Ibubapanya sendiri.

7. Ada Suami yang lupa nafkah isteri perlu diberi, nafkah zahir dan batin keperluan asas isteri wajib dan perlu disediakan..kekadang ramai lelaki abaikan perkara lebih lebih lagi jika isteri sudah bergaji...

8. Ada Suami yang lupa nafkah anak anak adalah wajib, ramai anak yang terabai terutama bila suami isteri bercerai atau berkahwin ramai, jika tidak dilaksanakan amalan solat dan lain lain amalan tidak diterima...
**Semoga panduan ini semoga bermenafaat untuk anda semua**
😘 SYUKUR ALHAMDULILLAH 😍

Tiada ulasan:

Catat Ulasan