Syaitan adalah musuh utyama manusia dan Allah S.W.T telah berfirman dengan menegaskan bahawa syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia. Kita wajib menentang syaitan dan iblis ini dari menguasai kita atau mengikuti atau terpegaruh oleh hasutan syaitan...kali ini mari kita semua kenali sifat dan tugas tugas iblis laknatullah ini....
ANAK-ANAK IBLIS LAKNATULLAH
Syaitan dan Iblis merupakan golongan penghasut yang juga beranak-pinak
dan Syaitan ialah keturunan kepada iblis laknatullah.Namun begitu, Zaid bin
Mujahid mengatakan iblis mempunyai 5 ekor anak (sebilangan mengatakan 7 ekor
anak) dimana mereka ini mempunyai tugas jahat yang berbeza. Setiap dari mereka
telah melahirkan keturunan yang lain hasil dari perbuatan zina antara mereka
dan syaitan-syaitan betina yang lain.
Anak-anaknya adalah:
1.Tsabr : Tugasnya adalah menggoda manusia berbuat
maksiat ketika manusia sedang dalam kesusahan dan berada dalam kesedihan.Ketika
manusia dalam kesusahan dan mendapat musibah, maka datanglah Tsabr dan
kuncu-kuncunya membisik manusia agar melakukan segala kejahatan seperti
berzina,bunuh diri,menghisap dadah,minum arak,berjudi supaya manusia itu terus
leka dan jangan kembali kepada Allah.
2.A'war : Tugasnya adalah menghasut manusia supaya
mendekati zina dan terus melakukannya dengan apa cara sekali pun.A'war dan
pengikutnya akan menggambarkan keenakan dan keseronokan berzina dalam akal
fikiran manusia dan mengobar-kobar kan nafsu.
3.Miswath : Tugasnya adalah menyampaikan berita dusta atau penipuan yang
mampu menimbulkan kemarahan dan fitnah besar,agar manusia itu akan
kucar-kacir,hilang pertimbangan dan saling tuduh menuduh sehinggakan
menyebabkan pertempuran yang hebat dan dahsyat.
4.Dasim :
Tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan,mudah marah, dan
permusuhan.selalunya dalam kes rumahtangga dasim akan cuba meruntuhkan
institusi kekeluargaan.
5.Zaknabur : Tugasnya adalah memastikan dunia ekonomi dan perniagaan akan
tergugat.menghasut para pedagang agar sentiasa tamak dalam mengaut
keuntungan,kecurangan dan penipuan dalam muamalah(perhubungan).Memastikan
pengurangan dalam timbangan dan bekalan,kelumpuhan ekonomi melalui sistem
inflasi.serta merupakan pengajak utama manusia dalam melakukan riba(bunga atau
faedah dalam perniagaan).
6.Khanzab : Tugasnya menghalangi umat Islam dalam melakukan
solat,menggangu umat Islam dalam melakukan solat(sembahyang).serta mencari
jalan agar dapat menyebabkan manusia tidak akan dapat menyembah Allah dan
mengelakkan agar sembahyang menjadi sempurna.
7.Walhan : Tugasnya
menggangu umat Islam agar sentiasa was-was dalam
berwudhuk(bersuci sebelum melakukan sembahyang).ini akan menyebabkan umat Islam
tidak sah dalam solatnya.Wuduk merupakan kepentingan yang amat perlu dititik
beratkan sewaktu beribadah kepada Allah.Walhan juga,menyebabkan manusia agar
sentiasa membazir dalam menggunakan sesuatu perar atau benda.
Jadi
diingatkan agar manusia sentiasa beringatkan bahawa syaitan merupakan musuh
utama yang amat perlu dielakkan. Allah SWT sama sekali melarang untuk hambanya
mengikut taghut(perkara yang melampaui batas seperti menyembah selain Allah)dan
menjadikan syaitan sebagai idola dalam aktiviti seharian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan